Monday, April 29, 2013

Penyusuan Eksklusif: 'Minda Positif'

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones"

Pernah suatu ketika, Mama duduk bersembang dengan seorang rakan sekerja yang juga mempunyai anak kecil.

Rakan: Akak nak let go breast pump akak. Kalau awak ada kawan-kawan yang nak beli yang second-hand punya, beritahu akak ya
Mama: Oh, nak jual? Kenapa?
Rakan: Akak dah tak pam susu. Susu badan sikit, sempat pam sekejap je. Dah lama dah bagi susu formula kepada baby.
Mama: Memang nekad nak jual ke? Kenapa tak simpan je untuk kegunaan bakal anak-anak?
Rakan: Tak naklah simpan. Akak dah fed-up. Akak ni memang jenis susu badan sikit. Tak guna kalau pam pun sebab keluar sikit sangat. Baik akak jual je pam tu.

Nampak tak apa yang Mama nak kongsikan di sini?
Ya, keadaan minda! Ternyata sekali, kakak tersebut tidak mempunyai keadaan minda yang terbaik untuk menjayakan penyusuan eksklusif. Sebaliknya, dia telah menanamkan dalam dirinya cas-cas negatif sedari awal lagi. Lalu, cas-cas negatif tersebut mencetuskan tindakan yang negatif juga. 

Mengikut Stacey H. Rubin dalam bukunya yang berjudul "The ABCs of breastfeeding", pandangan dalaman (internal view) si ibu akan menentukan sama ada penyusuan susu ibu itu berjaya dilaksanakan atau tidak. Fikiran positif tentang penyusuan susu ibu akan membantu seseorang ibu itu dalam mengenali dan mengatasi apa jua cabaran yang bakal menjelma. Semudah ABC, Stacy memberikan penekanan terhadap 3 aspek berikut: Attitude (A), Body (B), Creation (C).

Attitude:

Semak semula apakah sikap peribadi kita terhadap penyusuan susu ibu. Pemikiran dan perasaan negatif akan menghalang jalinan penyusuan antara kita dengan bayi pada masa hadapan. Bagaimanakah sikap kita terhadap persepsi orang lain terutamanya mereka yang mempromosikan pemberian susu formula kepada anak, yang mengatakan bahawa penyusuan eksklusif itu sesuatu yang menyusahkan hidup serta memakan banyak masa?

Justeru, adalah sangat penting untuk si ibu mempunyai pemikiran dan sikap yang positif supaya dirinya dapat menguasai perasaan-perasaan negatif yang tiba-tiba datang menyelubungi. Kalau belum apa-apa lagi sudah putus asa & mengaku kalah, memang akan kalahlah jawabnya. Ingat, biar minda positif sahaja yang menguasai setiap yang negatif!

Body:

Percayakan kemampuan tubuh badan anda! Batang tubuh kita dicipta oleh Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mengetahui setiap keperluan makhluknya. Badan kita sebenarnya telah diprogramkan bahawa kita akan menyusukan anak kita sebaik sahaja si kecil itu dilahirkan ke dunia. Seiring dengan perkembangan janin di dalam rahim, payudara si ibu juga sebenarnya sedang melalui beberapa perubahan & perkembangan sebagai persediaan untuk menyusukan nanti. Sel-sel di dalam payudara mula menghasilkan kolostrum (susu awal) sebagai hidangan pertama zuriat kita. Kolostrum berwarna kuning atau keemasan, pekat dan sedikit kuantitinya.

Selain daripada melindungi si kecil  yang baru lahir itu daripada jangkitan kuman, kolostrum juga membantu perut dan ususnya membuat persediaan untuk menerima lebih banyak susu ibu yang lebih matang. Meskipun anak itu lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan, badan ibu akan tetap menghasilkan kolostrum & susu ibu. Proses kehamilan & kelahiran itu sendiri sebenarnya sedang mempersiap-siagakan tubuh badan kita dalam segala aspek bagi membolehkan kita menyusukan sendiri zuriat yang bakal lahir. Subhanallah!

Creation:

Cipta pemikiran positif tentang penyusuan susu ibu. Belajarlah bagaimana mahu reset minda kita untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Sekiranya kita mempunyai sebarang pemikiran dan perasaan negatif, sekarang merupakan masa yang terbaik untuk kita mengubahnya. Langkah pertama, kenal pasti apakah pemikiran-pemikiran & perasaan-perasaan negatif yang menguasai kita. Kedua, ubah pemikiran & perasaan negatif tersebut kepada pemikiran & perasaan yang positif untuk membentuk pandangan peribadi yang lebih baik berkenaan penyusuan susu ibu. Kemudian, tulis azam kita di kertas & tampalkannya di tempat yang kita mudah untuk melihatnya. Sentiasa bayangkan situasi-situasi yang menarik lagi mendamaikan semasa kita menyusukan zuriat yang kita sendiri lahirkan!

Azam & kuasa visualisasi akan membantu kita membina pemikiran positif tentang penyusuan susu ibu, dan merupakan langkah pertama ke arah mempelajari cara untuk menyusukan dengan jayanya.

Tuesday, April 23, 2013

Penyusuan Eksklusif: 'Persenjataan' Terbaik

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones" (Nur Asiyah Mustapha Kamil, 2013).

Sebaik-baiknya, susu ibu diberikan secara langsung kepada bayi. Namun, keadaan menjadi agak sukar bagi ibu-ibu yang berkerjaya kerana mereka terpaksa meninggalkan anak mereka kepada pengasuh. Justeru, ibu yang bijak perlu memiliki 'persenjataan yang terbaik' untuk terus membekalkan anak mereka khasiat susu ibu sepenuhnya walaupun dia tidak berada di sisi. Di sinilah pentingnya kewujudan peralatan-peralatan yang boleh membantu ibu mengumpul stok susu perahan seperti pam payudara (breast pump), botol/plastik untuk menyimpan susu dan botol yang sesuai untuk kegunaan bayi, serta deep-freezer sekiranya perlu. Jika ibu selesa dengan kaedah marmet, teruskan sahaja dengan mengepam menggunakan tangan sendiri. Pilih alat bantu yang terbaik, sesuai dengan keperluan & tahap kewangan masing-masing.

Berikut merupakan antara senjata-senjata penting Mama yang banyak membantu dalam menjayakan penyusuan eksklusif kepada kepada kedua-dua anakanda tercinta:


Keperluan nutrisi yang seimbang bagi ibu juga tidak kurang pentingnya. Apabila ibu kekal segar & sihat, 'pertempuran' akan lebih mudah dikuasai walaupun di saat ibu masih berada dalam pantang. Jangan tak percaya, pengambilan air yang mencukupi & makanan tambahan yang betul (supplements) semasa berpantang telah terbukti dapat mempercepat proses penyembuhan luka bersalin, mengurangkan lenguh-lenguh badan, mengatasi rasa cepat lapar, memberikan tenaga berterusan dan membantu menambah pengeluaran air susu ibu.

Ini pula antara kemestian dalam pemakanan Mama setiap hari: 


Jadi, usah berlengah untuk melaburkan sedikit wang demi membeli peralatan & pemakanan yang terbaik kerana anda tidak akan rugi satu sen pun. Malah, dengan berbuat demikian, si ibu sebenarnya sedang menunaikan hak terhadap dirinya sendiri & pada masa yang sama menunaikan hak anaknya. Ya, anak anda berhak menerima susu ibunya! Maka, tunaikanlah hak anak anda dengan sebaik-baiknya!

Saturday, April 13, 2013

Promosi Harga Runtuh Shaklee April 2013: NutriFeron

Anda atau orang tersayang kerap demam? Badan tak tahan lasak? Ada kemungkinan bahawa sistem pertahanan tubuh anda agak lemah. Secara fitrahnya, sebaik sahaja seseorang itu dijangkiti sesuatu kuman (pathogen), sejenis protein yang dikenali sebagai 'interferon' akan dikeluarkan oleh sel badan untuk mengambil bahagian dalam mengaktifkan sistem pertahanan (imun) tubuh, seterusnya memusnahkan kuman tersebut.

Masalah akan timbul apabila interferon tidak dapat dihasilkan dengan baik atau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna dalam pertahanan badan. Walaupun demikian, usah risau..Shaklee ada penyelesaiannya; Shaklee NutriFeron - sememangnya dicipta khas untuk memantapkan sistem imun anda sekeluarga!

Untuk permulaan, anda boleh beli 10 sachet dahulu sebagai persediaan menghadapi waktu-waktu ditimpa musibah. NutriFeron akan membantu memulihkan kesihatan anda dalam waktu yang cepat..in sha Allah.

NutriFeron™ Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko KojimaSatu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. Lebih daripada 40 Tahun PenyelidikanDr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

~ Exclusive patented formula providing our highest level of daily immune protection*

~ The only supplement created by the discoverer of interferon. Exclusive Patented Formula
NutriFeron is available only through Shaklee. This unique patented formula is a Shaklee exclusive. A powerfully effective supplement, it has exceeded a stringent set of scientific tests for safety, purity, potency, and performance.

~ Naturally increases levels of interferon*. Scientists and medical communities have identified interferon as critical to healthy immune function. NutriFeron is the only dietary supplement in the U.S. created by the discoverer of interferon that naturally increases the production of interferon in the body.*

~ Supported by 4 human clinical studies. Human Clinical Studies:

1. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. Clinical efficacy of EH0202, a Kampo formula, on the health of middle-aged women. Am J Chin Med. 2004; 32(5):755-770.
2. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. A pilot study of a Kampo formula, EH0202, with intriguing results for menopausal symptoms. J Altern Complement Med. 2004 Apr; 10(2):397-399.
3. Kaji K, Yoshida S, Nagata N, Yamashita T, Mizukoshi E, Honda M, Kojima Y, Kaneko S. An open-label study of administration of EH0202, a health-food additive, to patients with chronic hepatitis C. J Gastroenterol. 2004 Sep; 39 (9):873-878.
4. Kubo M, Hashimoto Y, Yoshida S. The effect of health food containing EH0202 on physical and mental symptoms accompanying menstruation in women with premenstrual syndrome (PMS). Clin Pharm Ther. 2004; 14(2):129-142

~ Contains MACH*, a patented blend of interferon-boosting plant extracts (500 mg) and a Shaklee exclusive. This proprietary blend of natural plant extracts is derived from pumpkin seeds, safflower flowers, plantago seeds, and Japanese honeysuckle flower buds, which have been clinically proven to support and stimulate the natural immune response process at the cellular level.*

Tuesday, April 9, 2013

Penyusuan Eksklusif: Susah Sangat Ke?

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones" (Nur Asiyah Mustapha Kamil, 2013).

Susah sangatkah untuk menyusukan bayi secara eksklusif sehinggakan perlu diisytihar sebagai "perang"?

Sebelum menjawabnya, kita perlu pastikan bahawa kita betul-betul faham makna sebenar penyusuan susu ibu secara eksklusif atau "Exclusive breastfeeding" (EB). Berikut disertakan saranan yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO):

"Breast milk contains all the nutrients an infant needs in the first six months of life. It protects against common childhood diseases such as diarrhoea and pneumonia, and may also have longer-term benefits such as lowering mean blood pressure and cholesterol, and reducing the prevalence of obesity and type-2 diabetes.

Exclusive breastfeeding means that the infant receives only breast milk. No other liquids or solids are given – not even water – with the exception of oral rehydration solution, or drops/syrups of vitamins, minerals or medicines.

WHO recommends that infants should be exclusively breastfed for the first six months of life to achieve optimal growth, development and health. Thereafter, infants should receive nutritionally adequate and safe complementary foods, while continuing to breastfeed for up to two years or more."


 Ya, hanya susu ibu diberikan kepada si manja sejak dia lahir sehingga berusia 6 bulan! Alhamdulillah, saya diizinkan oleh Allah menyusukan kedua-dua anak saya secara eksklusif setelah mengharungi pelbagai cabaran, antaranya:

1- Mengubah persepsi orang lain tentang ketidakperluan susu formula & pemberian air masak kepada bayi
2- Mengikis adat berpantang yang keterlaluan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu
3- Mengajar ahli keluarga & pengasuh anak tentang cara pengendalian susu perahan (expressed breast milk: EBM) yang betul
4- Mengumpul stok EBM sebelum dan setelah bekerja semula
5- Menangani masalah-masalah kesihatan yang biasa berlaku di sepanjang tempoh penyusuan.

Walaupun hanya 5 cabaran besar, tapi Tuhan sahajalah yang tahu bagaimana susahnya mengatasi kelima-lima cabaran ini. Sebab itulah saya ibaratkan penyusuan susu ibu itu sebagai satu "peperangan". Justeru, bagi memastikan misi EB dapat dijayakan dengan sempurna, sebagai "pahlawan", si ibu harus bersiap siaga dengan "senjata" yang paling baik, minda yang sentiasa positif, lengkap dengan maklumat & ilmu terkini untuk bertindak bijak dalam mengawal keadaan semasa berhadapan dengan "musuh" dan mendapat restu & sokongan yang penuh daripada insan-insan tersayang terutamanya si bapa.

Setakat ini dulu buat kali ini. Saya akan kongsikan lagi tips-tips menarik dalam post yang akan datang, in sha Allah.