Monday, October 7, 2013

Promosi Harga Runtuh Oktober 2013: SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Oh, macam tak percaya, Shaklee mengadakan promosi harga runtuh Shaklee Collagen Powder (SPC) pada bulan ini! Beli 6 percuma 1..Inilah masa yang dinanti-natikan kerana peluang sebegini sangat jarang Shaklee beri untuk kita.


Apa itu kolagen & mengapa kolagen sangat penting untuk kita?

Kolagen = sejenis protein semulajadi yang dijumpai dalam badan manusia dan haiwan terutamanya pada daging & tisu penyambung (connective tissues) seperti tendon, ligamen, kulit, kornea, sendi, tulang, rawan, salur darah, usus dan salur pencernaan. 25-35% daripada protein dalam tubuh terdiri daripada kolagen. Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kolagen dalam tubuh akan berkurang seiring dengan peningkatan usia.

Sila klik gambar di bawah untuk mengetahui kebaikan-kebaikan kolagen. 


Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder (SCP)?

Menggunakan bahan asas iaitu kolagen berjisim molekul rendah (1000 Dalton) daripada sisik ikan merah (Red Snapper Scales) yang hidup di laut dalam serta mampu menahan tekanan tinggi sehingga 5000m ke bawah dasar laut, SCP dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan

 Selain itu, SCP juga mengandungi:
  • Ekstrak glukosamina sebagai pelincir sendi dan mata
  • Bakteria baik Lactobacillus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan kolagen
  • ekstrak biji Camellia japonica yang menghidrat & membekal nutrisi kepada sel
  • Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon & untuk kekuatan dalaman
  • Vitamin C debagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh
  • Vitamin B yang berfungsi menukarkan karbohidrat & lemak kepada tenaga sekaligus meningkatkan kadar metabolisma badan untuk menghasilkan kolagen

Keberkesanan SCP

Berdasarkan kajian yang dilakukan, SCP terbukti berkesan untuk memperbaiki tektur kulit dan menghilangkan kedutan!


Harga SCP

Harga pasaran:RM 298 sekotak
Harga biasa Super Parents' Choice: RM23_ sekotak
Harga PROMOSI Super Parents' Choice: RM20_ sekotak

MEMANG TERSANGAT JIMAT!!

Untuk tempahan / pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen atau pm kami di Fb page: Super Parents' Choice atau hubungi 014-6301876 (call/SMS/WhatsApp)

Wednesday, October 2, 2013

Shaklee Vita-Lea & B-Complex

Vita-Lea & B-Complex; kedua-duanya tergolong dalam nutrisi penting untuk kesihatan manusia.


Baru-baru ini, telah dimuatkan beberapa soalan kuiz berkenaan Vita-Lea & B-Complex dalam Fb page Super Parents' Choice. Berikut ialah jawapan kepada persoalan-persoalan yang diutarakan:

1) Siapakah pengeluar multivitamin yang pertama di dunia & pada tahun berapakah ia dipasarkan?


  • Shaklee ialah pengeluar multivitamin yang pertama di dunia. 
  • Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee, pengasas syarikat Shaklee telah membangunkan mutivitamin yang pertama di dunia yang diberi nama Shaklee's Vitalized Minerals. 
  • Seiring dengan peredaran zaman serta kecanggihan teknologi perubatan dan farmaseutikal, produk pertama Shaklee ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan. 
  • Kini, Vitalized Minerals dikenali dengan nama Vita-Lea dan dilengkapi dengan formula zat besi.

 2) Apakah perbezaan antara multivitamin Shaklee berbanding multivitamin syarikat lain?


  • Vita-Lea; multivitamin & multimineral yang mampu dimiliki  
  • makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee
  • diformulasikan khusus dengan 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa
  • disokong oleh 7 kajian klinikal
  • dibangunkan melalui teknologi 'folic acid micro-coating' yang berpaten - membenarkan pembebasan segera (immediate release) folic acid sebaik sahaja Vita-Lea memasuki perut bagi meningkatkan penyerapannya ke dalam darah
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang & sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengandung kerana mengandungi zat besi (ferrous fumarate) untuk mengelakkan anemia, meningkatkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah & membantu perkembangan fetus. Asid folik (Folic acid) dalam Vita-Lea pula memainkan peranan yang penting bagi membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru serta mengelakkan terjadinya kecacatan kepada bayi.

3) Apakah keistimewaan vitamin B complex Shaklee berbanding vitamin B complex syarikat lain?

  • mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang
  •  mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpaten untuk meningkatkan penyerapan
    asid folik
  • jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita bermula dari 3 bulan sebelum hamil, terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah saraf tunjang seperti spina bifida
  • membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain
  • meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan
  • penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik termasuklah sintesis DNA, menguruskan tekanan serta membina tenaga metabolisme
  • membantu memberikan tenaga & meningkatkan selera makan

Semoga pencerahan di atas dapat membantu menambahkan pengetahuan & menambahkan keyakinan kepada produk-produk asas Shaklee. 

Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi 0146301876 (Asiyah) atau pm di Fb page: Super Parents' Choice. Terima kasih!