Friday, May 3, 2013

Promosi Harga Runtuh Mei 2013: Vivix

"Umur si isteri sebenarnya jauh lebih muda berbanding suami. Tapi, kenapakah si isteri kelihatan jauh lebih berusia daripada suami?"

Inilah antara ayat-ayat 'power' yang boleh mengganggu kesihatan 'mental' seorang isteri, yang menyebabkan isteri berasa tidak senang duduk. Memang secara biologinya, wanita lebih cepat matang daripada lelaki semasa melalui waktu tumbesaran yang sama. Namun, itu tidak bermakna wanita harus tampak lebih tua berbanding usianya yang sebenar!

Kerana mahu nampak lebih muda, ramai antara kita rela melaburkan sejumlah wang untuk membeli produk kesihatan yang dipercayai mengandungi ramuan antioksidan. Namun, hasilnya tak seperti yang digembar-gemburkan. Sudahlah duit hangus, badan pula terpaksa menanggung kesan sampingan yang pelbagai! Usah perjudikan batang tubuh kita. Dapatkan hanya yang terbaik untuk diri sendiri & insan-insan tersayang!


Revolusi Terbaru dari Shaklee: Awet Muda Secara Sihat dengan Vivix!
 
Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.


Kenapa perlukan Vivix?
  • Kandungannya yang terbukti berkesan untuk melambatkan proses penuaan di peringkat sel (awet muda!)
  • Membaiki pertahanan sel, tenaga sel, pembaikian sel dan prestasi sel - Tekanan, pemakanan yang tidak menentu, dan toksin daripada alam sekitar merupakan antara faktor-faktor yang melemahkan sistem pertahanan tubuh, merendahkan tenaga sel dan mengurangkan prestasi sel (*sila rujuk lampiran di bawah)
  • Membekalkan lebih 15 polifenol termasuklah ellagitannins, salah satu antioksidan yang paling berkesan
  • Ramuannya yang 10 kali ganda lebih berkuasa dalam melambatkan proses penuaan di peringkat sel berbanding resveratrol sahaja
  • Semulajadi - tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet
Bagaimanakah cara pengambilan Vivix?
  • Hanya 1 sudu teh sahaja
  • Setiap hari 
  • Sejurus selepas makan
  • Goncang sebelum minum
  • Simpan di dalam peti sejuk
Mengapakah perlu membeli sekarang?
  • Promosi harga runtuh sepanjang Mei 2013 sahaja
  • Setahun sekali sahaja! - Boleh beli sekarang untuk stok sepanjang tahun!!
  • Lebih banyak, lebih murah! - Beli satu botol Vivix dengan harga promosi dan setiap pembelian susulan akan diiringi dengan super-duper-discount!! Jimat bukan?
  • Fast action, fast result - jangan tunggu lama-lama kerana usia anda semakin meningkat dari hari ke hari
JAMINAN KAMI: Produk-produk Shaklee sentiasa berkesan, sentiasa selamat & sentiasa mesra alam.

*Lampiran:

Studies show Vivix® ingredients positively impact four key mechanisms of aging at the cellular level.
1.  Cell Defense
In a clinical study, Vivix key ingredients were shown to blunt the biological stress response, which, over time, can lead to cellular aging.*
2. Cell Energy
In a laboratory study, Vivix key ingredients were shown to increase energy production at the cellular level, which is known to decline as we age.*
3. Cell Repair
In laboratory studies, Vivix key ingredients were shown to protect and repair DNA, which is assaulted millions of times every day.* These assaults can damage the cell’s DNA, creating a “typo” that may compromise cell function and longevity.
4. Cell Performance
In laboratory studies, Vivix key ingredients activated a genetic regulator that helps improve cellular performance and slows the formation of damaging AGE proteins, which can accumulate and result in cell damage.*
Study name: A Resveratrol and Polyphenol Preparation Suppresses Oxidative and Inflammatory Response to a High-Fat, High-Carbohydrate Meal. Date published: February 2, 2011.

Muscadine Grapes
Muscadine grapes are one of most potent fruits with a unique polyphenol profile that offers a number of health benefits. Unlike other grapes, muscadine grapes boast superior concentrations of ellagitanins that, when combined with other muscadine grape polyphenols, yield immense antioxidant power.
 
Resveratrol
A natural antioxidant compound found in some plants, seeds, and fruits, including grapes and grape-derived products such as red wine. Resveratrol is a polyphenol that has been found to potentially improve health and well-being in laboratory studies from around the globe.


Factors such as stress, poor diet, and environmental toxins can weaken cells’ natural defenses, lower cell energy, damage DNA , and decrease cell performance—all of which can contribute to cellular aging.

Penyusuan Eksklusif: Ilmu Terkini

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones" 
 
 

Adakah kita masih ingat akan frasa ini: "Membaca Jambatan Ilmu?"
Untuk mengetahui ilmu & maklumat terkini, ibu bapa perlu rajin membaca apa-apa sahaja artikel yang ditulis oleh mereka yang bertauliah & berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu.

Tak ada masa? Susah nak dapatkan sumber terkini?
Oh, cukuplah dengan alasan-alasan sedemikian! Kita bukan lagi berada di zaman tok kaduk. Kita sekarang berada di zaman siber..apa sahaja boleh dilakukan dengan jari, hatta mencari info berkaitan penyusuan. Tak guna kalau telefon sahaja yang pintar tapi pemiliknya tidak bijak menggunakannya. Sekali sekala, cubalah selak lembaran majalah-majalah keibubapaan yang berada di rak-rak kedai buku, pasti di sana ada sesuatu yang dikongsikan tentang penyusuan susu ibu! Jangan asyik nak shopping baju, beg dan kasut sahaja ya.

Selain daripada membaca, rajin-rajinkan diri untuk mendengar pengalaman mereka yang telah berjaya. Tak salah kalau kita mendengar saranan daripada orang-orang tua, akan tetapi ilmu kita seharusnya sentiasa berkembang dengan lebih baik seiring dengan penemuan-penemuan semasa. Contohnya, untuk memperbanyak penghasilan susu, ibu disarankan untuk minum 2-3L air sehari. Ironinya, ada orang-orang tua berpesan agar jangan minum banyak air semasa dalam pantang, takut rahim mengembang, katanya. Nah, sudah ada satu pertembungan maklumat di sini? Jadi, kita harus mencari fakta untuk memilih maklumat yang sebenarnya.

Jika kita cuba mencari maklumat, pasti kita akan ketemui bahawa air adalah komposisi utama susu ibu. Apabila si ibu kurang minum air, sudah pasti penghasilan susu terjejas. Apa kaitannya pula minum air dalam kuantiti yang banyak dengan pengembangan rahim? Semua sedia maklum bahawa rahim ibu yang baru sahaja bersalin sebaik-baiknya kecut & kembali ke posisi yang asal dalam waktu yang singkat untuk pemulihan kesihatan dalaman ibu itu sendiri. Tahukah ibu bapa yang budiman sekalian, bahawasanya kaedah terbaik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan? Sewaktu penyusuan berlaku, selain daripada hormon prolactin, hormon oxytocin juga dirembeskan. Hormon oxytocin ini jugalah yang bertanggungjawab dalam pengecutan rahim! Jadi, semakin kerap si ibu menyusukan bayi, semakin cepat kesihatan rahim dapat dipulihkan!

Terlalu banyak ilmu yang harus ibu bapa pelajari. Justeru, jangan sekadar menunggu ilmu itu disuapkan, sebaik-baiknya, berusahalah untuk terus mencarinya! Jika ingin menjayakan penyusuan eksklusif, ibu bapa perlu menguasai ilmu-ilmu berikut:
- kebaikan susu ibu
- cara-cara penyusuan yang betul
- faktor-faktor yang boleh merencatkan penghasilan susu
- kaedah-kaedah untuk meningkatkan penghasilan susu
- berpantang secara sihat
- pemilihan kelengkapan penyusuan yang baik
- pengumpulan stok susu ibu
- pengendalian susu ibu perahan (SIP)
....dan banyak lagi!

Ayuh, jadi ibu bapa yang berilmu!