Monday, June 3, 2013

Promosi Harga Runtuh Jun 2013: Shaklee Meal Shakes

Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif & serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak & rendah glisemik.

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan ini yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat - mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting terutamanya untuk kanak-kanak & remaja yang sedang membesar agar terus kuat dan sihat

• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli - tak perlu susah-susah cari air panas untuk bancuh, hanya gunakan air sejuk sahaja untuk menyediakannya. Meal Shakes berperisa vanila asli, anak-anak pasti menggemarinya!

• Hidangan segera untuk para atlet - membekalkan tenaga berpanjangan kerana mempunyai indeks glisemik rendah

• Kudapan menarik pada bila-bila masa - boleh dibancuh bersama-sama minuman sejuk kegemaran, dimasukkan dalam smoothies, dan boleh juga dibuat aiskrim!

• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium - "meal-replacement" yang sangat sihat. Sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengawal diet.

• Sumber terbaik serat pemakanan dan protein - cepat kenyang, lambat lapar & sangat membantu menyelesaikan masalah sembelit.

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Apa lagi yang BEST tentang Meal Shakes ini?

1) Membantu meningkatkan selera makan & berat badan.
Saya pernah berada dalam situasi 'perang' yang dilancarkan oleh anakanda kerana tidak mahu makan. Oh, sungguh dahsyat & saya hampir berputus asa! Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dengan Meal Shakes. Jangan tak tahu, Meal Shakes ialah produk Shaklee pertama yang saya beli sebaik mendaftar sebagai ahli Shaklee. & saya terus jatuh cinta dengannya! Sekarang, anakanda semakin berselera untuk makan. Berat badan juga meningkat dengan cepat berbanding sebelumnya. Alhamdulillah!

2) Membantu mengatasi masalah sembelit.
Berdasarkan pengalaman, saya tahu bagaimana seksanya melihat seorang anak sedang 'bertungkus lumus untuk membuang' sehingga mengeluarkan air mata kesakitan, terpaksa mengambil masa yang lama & kadang-kadang melekat darah pada najis yang dikeluarkan kerana geserannya pada dinding salur najis. Ya, sungguh menyeksakan! Alhamdulillah, dengan izinNya, anak saya sudah tidak mengalami sembelit setelah mengamalkan Meal Shakes yang berserat tinggi ini.

3) Membantu sistem pertahanan tubuh.
Tidak dapat dinafikan, sistem pertahanan tubuh akan menjadi lemah jika tubuh itu kekurangan zat-zat yang boleh melindunginya. Sebagai ibu bapa, kita pastinya sentiasa menginginkan supaya anak-anak terus membesar dengan sihat, jarang demam atau terkena jangkitan terutamanya apabila berada di kalangan kanak-kanak lain di pusat asuhan atau tadika. Pertumbuhan juga sedikit sebanyak akan terbantut jika anak sering sakit. Meal Shakes boleh membantu anda mencapai impian ini! Ramai sekali ibu bapa yang memberi respon bahawa anak mereka sudah kurang mendapat demam, selsema & serangan asthma setelah mengamalkan Meal Shakes. Anak sihat, ibu bapa gembira..Alhamdulillah!

Sungguh banyak kelebihan & khasiat Meal Shakes ni, bukan? Belum masuk testimoni-testimoni lagi tu. Jadi, nak tunggu apa lagi? Jom, borong Meal Shakes sekarang sempena promosi harga runtuh sepanjang Jun 2013! Sangat jarang Shaklee bagi harga ISTIMEWA macam ni, tau.. Setahun setengah sekali baru dapat jumpa.

Beli 6 percuma 1

(Boleh berpakat dengan office-mates, saudara mara untuk kumpul order. Tapi, kalau tak jumpa geng & nak beli 1 canister sahaja pun, tiada masalah.. Anda masih boleh dapatkan harga yang sangat rendah, hanya di Super Parents' Choice!)

Untuk order, boleh hubungi kami melalui salah satu daripada cara-cara berikut:
1) Tinggalkan pesanan dalam ruangan komen post ini, atau
2) Facebook Page: Super Parents' Choice; komen atau pm, atau
2) Emel: doubleAs83@gmail.com