Thursday, November 14, 2013

PROMOSI HARGA RUNTUH SHAKLEE NOVEMBER 2013: VIVIX

Ini kali kedua Shaklee mengadakan promosi beli 6 percuma 1 untuk Vivix pada tahun ini. Kali pertama pada bulan Mei yang lepas. Memang sangat menarik! 


Entri saya sebelum (http://superparentschoice.blogspot.com/2013/05/promosi-harga-runtuh-mei-2013-vivix.html) ini sudah banyak menerangkan segala-galanya tentang 'tonik ajaib' Vivix. Jadi, pada kali ini saya akan menambah apa yang belum saya kongsikan. 

Ada yang bertanya, adakah Vivix sekadar untuk anti-penuaan? 
Oh, tidak sama sekali! Bahkan, manfaat Vivix yang sangat kaya dengan antioksidan ini sebenarnya lebih daripada itu. Antara lain ialah: 


Vivix juga sangat sesuai untuk mengawal paras gula dan ini tentunya merupakan berita gembira buat para penghidap penyakit kencing manis yang semakin bertambah bilangannya di Malaysia. Kencing manis yang tak terkawal boleh menyebabkan penghidapnya mengalami komplikasi mikrovaskular dan makrovaskular yang sangat memudaratkan seperti neuropathy (masalah saraf), nephropathy (masalah buah pinggang), retinopathy (masalah mata), masalah jantung & strok.

Selain itu, Vivix terbukti dapat membantu para perokok untuk berhenti merokok. Dengan tekad yang kuat dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh, tak mustahil si perokok tegar akan mula membenci rokok! Bagus kan, kalau tiada lagi asap rokok yang membahayakan di sekeliling kita? Ia dapat membantu menyelamatkan nyawa ramai orang terutamanya nyawa perokok pasif.

Ramuan Vivix sangat unik. Diadun daripada 4 bahan utama yang terbaik, anda hanya perlu meminum 1 sudu teh sahaja (5ml) setiap hari untuk memastikan kesihatan anda di tahap yang optimum. Jangan tak tahu, ada pesakit strok yang diizinkan Allah untuk kembali pulih selepas mengamalkan Vivix! Yang selalu sakit-sakit lutut pun, Alhamdulillah dah boleh berjalan dengan lebih baik..tentunya dengan izin Allah jua.


Alhamdulillah, setakat ini semua pelanggan Super Parents' Choice sangat meyukai Vivix termasuklah saya dan keluarga. Bukan sekadar dibeli untuk kegunaan diri sendiri, malah ada juga anak-anak soleh solehah yang menghadiahkan Vivix kepada orang tua mereka! Ma sha Allah, ini satu pelaburan yang sangat mulia! Semoga semuanya beroleh manfaat daripada Vivix..biiznillah.. 

Ayuh, rebut peluang keemasan ini!

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi kami melalui salah satu medium berikut:
1) Fb page: Super Parents' Choice
2) Call/SMS/WhatsApp: +60146301876

Saturday, November 2, 2013

Tua Sebelum Usianya

"Abah malu besar semalam. Tak pernah lagi abah rasa macam tu sekali. Memang rasa malu sungguh!", abah memulakan bicaranya tatkala kami sekeluarga duduk santai di rumah.

"Kenapa pula, abah?", teruja dengan penyataan yang keluar daripada mulutnya, saya terus bertanyakan bapa mertua saya kisah yang sebenarnya.

"Malam tadi, abah ke rumah kawan lama abah. Ramai ahli keluarganya yang ada sekali pada masa itu. Ketika abah duduk berbual dengan kawan abah itu, muncullah seorang perempuan. Abah tanya kawan abah, siapa perempuan tu, mak atau mak mertua?", bersungguh-sunguh abah bercerita.

"Tau tak apa jawapan kawan abah?", abah menyoal kami.

"Siapa, abah?", soalan dijawab dengan soalan.

"Kawan abah jawab, "Kamu ni, itu isteri aku..bukan emak atau mak mertua aku"..Ya Allah, abah terus jadi serba tak kena, terus berpeluh satu badan dan tak tahu nak respon apa. Bersungguh-sungguh abah minta maaf daripada kawan abah & isterinya. Apabila sudah sampai di rumah pun, abah masih terfikir-fikir tentang kata-kata abah tadi sebabnya tekaan abah sebelum-sebelum ni selalunya betul. Tak sangka pula yang kali ini terpesong jauh", abah serius meneruskan cerita.

Saya tergamam seketika. Menurut kawan abah, mereka suami isteri sebaya sebenarnya. Usia mereka belum pun menginjak 55 tahun. Tetapi, entah kenapa rupa paras si isteri nampak jauh lebih berusia daripada umur sebenarnya.

Oh, tua sebelum usianya?
Hmm..bunyinya agak mengerikan, bukan?
Banyak kemungkinan yang boleh dijadikan asbab kepada perkara ini, antaranya:

- Kurangnya seri di wajah mungkin disebabkan kurangnya kesan wudhuk (air sembahyang). Kesan wudhuk sememangnya akan terpancar di wajah Muslim yang sentiasa mengamalkannya.

- Gaya hidup yang kurang sihat, mungkin? Hidup dalam tekanan, maka akan kurangnya senyuman terukir di wajah. Apabila otot-otot senyum kurang bergerak, maka akan kusamlah wajah. Cukup pakej kalau pemakanan pula tidak seimbang, kurang makan sayur serta buah-buahan segar, banyak makan makanan berkolesterol tinggi & kalori berlebihan serta jarang bersenam.

Selesai sahaja abah bercerita, saya dan suami saling memandang antara satu sama lain. Ya, umur  kami sebaya! Saya hanya 7 bulan lebih muda daripada suami & saya sungguh tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi jika cerita isteri kawan abah itu berlaku ke atas saya.

Apa yang terbayang di fikiran saya pada saat itu hanyalah: WUDHUK, GAYA HIDUP YANG LEBIH SIHAT dan tentunya "VIVIX"!
Dengan izin Allah jua tentunya..

Friday, November 1, 2013

R.E.Z.E.K.I.

Niat asal hanya untuk makan sendiri. Tak pernah terfikir untuk terjebak dalam bisnes multi-level marketing (MLM), apatah lagi membina empayar sendiri. Namun, setelah genap 8 bulan berdaftar sebagai pengedar sah Shaklee, Allah mentakdirkan bahawa saya mampu menolong lebih ramai orang dengan cara ini di samping menjana pendapatan sampingan yang kini berjumlah 4 angka dengan anak-anak buah melebihi 10 orang. Alhamdulillah!


Berada dalam dunia Shaklee telah menyedarkan saya erti rezeki yang sebenar. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit yang akan kita peroleh setiap kali kita memasukkan kad bank ke dalam mesin ATM. Kesihatan yang lebih baik itu juga dinamakan rezeki. Kebahagiaan yang dirasai oleh hati itu juga dinamakan  rezeki. Ilmu yang bertambah serta kenalan yang ramai itu juga rezeki. Yang paling penting, rezeki tidak akan datang bergolek! Perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Saya pernah berkeyakinan bahawa sebanyak mana yang diusahakan, sebanyak itulah yang akan diganjarkan. Hampir saja saya meninggalkan elemen tawakkal dalam pencarian rezeki saya. Mujur saya disedarkan oleh sifu-sifu saya bahawa tugas kita hanyalah berusaha, kemudian bertawakkal kepadaNya. 

"Just keep on sharing the benefits and then leave everything to Allah for He who controls the human hearts". 

Hanya Dia yang bisa menggerakkan hati-hati manusia samada untuk membeli produk daripada kita atau sebaliknya. Betapa rezeki itu milik Allah, jika Dia tidak mengizinkannya untuk kita, maka tiada siapa yang boleh membawanya kepada kita. Namun, Dia jualah Ar-Razzaaq & Al-Wahhaab, Yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya.

"Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain"

Bonus 4 angka itu milik saya seorangkah? Secara lahirnya, memang nampak begitu. Duit bonus itulah yang dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Namun, padanya ada hak orang lain yang kita kenal, juga ada hak orang yang kita tidak kenal. Para sifu Shaklee saya selalu berpesan agar menginfakkan sebahagian daripada bonus tersebut kepada mereka yang memerlukan kerana takkan miskin orang yang bersedekah. Yakinlah bahawa semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang Allah akan kembalikan kepada kita!

Saya tidak pasti adakah saya akan menyedari hakikat rezeki ini jika saya tidak dipertemukan dengan Shaklee. Apa yang saya pasti, saya tidak pernah menyesal melaburkan RM65 dalam Shaklee. Itulah modal permulaan saya untuk mendalami ilmu Allah tentang REZEKI! 

Subhaanallahil 'azeem, subhaanallahi wa bihamdih..