Sunday, March 23, 2014

5 MASALAH, 1 PENYELESAIAN

1- Ada seorang anak dara, tak lama lagi dia akan menikah. Tapi dia risau melihatkan penampilannya sebab kulit & rambutnya bermasalah; tekstur tak lembut, berminyak, tona kulit tak sekata, rambut mudah putus & gugur.

2- Ada seorang pengantin baru, katanya sudah bersedia untuk hamil jika diizinkan Tuhan. Tapi, dia risau kalau-kalau tubuh badannya sendiri belum bersedia untuk menerima kehadiran si kecil kerana pemakanan sehariannya yang tidak begitu seimbang & selalu berhadapan dengan stress. Kalau boleh, dia tidak mahu berdepan dengan risiko keguguran dek kerana kekurangan zat-zat tertentu.

3- Ada seorang isteri yang sedang hamil, selalu sahaja merasa cepat lapar & mudah letih seiring dengan kandungan yang makin membesar. Dia tak mahu keadaan sebegitu berterusan kerana dia perlu menguruskan rumahtangganya, anak-anak yang sedang aktif & suaminya juga perlu dilayan. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu mengabaikan nutrisi penting untuk si manja yang masih berada di alam rahim.

4- Ada seorang isteri, tak lama lagi akan menimang cahaya mata. Si suami ingin menghadiahkannya set berpantang yang terbaik, yang selamat & alami, yang boleh membantu isterinya menyusukan si permata hati dengan baik, yang boleh menolong isterinya pulih dengan lebih cepat & kekal ceria bertenaga walaupun masih dalam pantang.

5- Ada seorang hamba Allah, dia sudah bosan dengan berat badannya yang berlebihan. Paras kolesterol dalam darahnya juga tinggi. Dia semakin bimbang akan tahap kesihatannya. Dia mahukan sesuatu yang boleh membantunya menurunkan berat badan & dalam masa yang sama menjaga kesihatan jantungnya.

 Apakah penyelesaiannya?

Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) dan konco-konconya!
 

Thursday, March 13, 2014

PROMOSI HARGA RUNTUH MAC 2014: SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)!


Sejak saya berdaftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID), ini kali pertama saya bertemu dengan PROMOSI HARGA RUNTUH ESP, BELI 6 PERCUMA 1. Mana taknya, tarikh pendaftaran saya 26/2/13 sedangkan promosi terakhir yang Shaklee buat untuk ESP ni ialah Oktober 2012! Masa tu saya tak pernah hirau pun tentang Shaklee.

Nak dijadikan cerita, ESPlah produk pertama yang saya cari pada hari pendaftaran gara-gara mahu meneruskan penyusuan susu ibu buat anakanda tersayang dengan lebih bertenaga. Sayangnya, pada waktu tersebut stok ESP baru sahaja habis di Shaklee cawangan Kota Bharu. Dalam hati saya terdetik, "Kuat betul penangan ESP, tak hairanlah kalau selalu cepat habis stok! Memang best-seller Shaklee betul ESP ni..". Kesudahannya, saya terpaksa menunggu beberapa minggu untuk mendapatkan sumber protein terbaik ini.

Semua orang pun tahu, betapa pentingnya pengambilan protein yang mencukupi dalam diet seharian.
  • Protein ada dalam setiap inci batang tubuh kita - di otot, tulang, kulit, rambut, dan di segenap bahagian tubuh serta tisu badan. 
  • Protein diperlukan untuk membentuk enzim-enzim yang bertanggungjawab dalam pelabagi tindakbalas kimia dalam tubuh dan hemoglobin yang mengangkut oksigen di dalam darah.
  • Protein terbina daripada rangkaian asid amino. Sebahagian asid amino boleh dibuat sendiri oleh badan. Namun, sebahagian lagi hanya dapat diperoleh daripada makanan (essential amino acids; asid amino perlu).
  • Sekurang-kurangnya 0.8 gram protein diperlukan untuk setiap kilogram berat badan orang dewasa.
Tanda-tanda kekurangan protein:
  • Pertumbuhan terbantut
  • Jisim otot menyusut
  • Tahap imuniti merosot
  • Jantung & sistem pernafasan lemah
  • Penyakit kwashiorkor
  • Kematian
 Kenapa ramai sangat yang mengejar ESP, ya? Apa istimewanya protein dalam ESP? Jom, tengok 10 sebab mengapa anda perlukan ESP!
  1. Sumber protein soya bukan-GMO yang terbaik & lengkap dengan semua asid amino perlu
  2. 14 gram protein dalam setiap 3 sudu besar ESP
  3. Rendah lemak, bebas laktosa & kolesterol berbanding protein daripada sumber daging, telur & tenusu
  4. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  5. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  6. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  
  7. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  8. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti daripada proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  9. ESP terkandung dalam:
    • Set "Energy-Booster"
    • Set Kesihatan Asas
    • Set Kesuburan
    • Set Kehamilan Sihat
    • Set Berpantang
    • Set Menyusu
    • Set Kesihatan & Kecantikan Kulit
    • Set Kesihatan Jantung
    • Set Pelansingan
  10.  Sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga dengan pelbagai cara.
Apa manfaat yang akan anda peroleh jika membeli 6 bekas ESP sekarang?
  • PERCUMA: 1 bekas ESP (jimat RM150)
  • PERCUMA: keahlian Shaklee (jimat RM65)
  • REBAT TUNAI: cash-bonus dimasukkan terus ke akaun anda
  • Peluang menjana pendapatan
  • Peluang untuk hidup lebih sihat, lebih bahagia!
Ayuh, rebut tawaran HARGA YANG LEBIH ISTIMEWA hanya di Super Parents' Choice!

PM kami di Fb: Super Parents' Choice atau hubungi 0146301876 untuk tempahan/pertanyaan lanjut.