Wednesday, September 24, 2014

Magis Di Dapurku!

Saya ada sebuah kuali kecil kesayangan yang dibeli 2 tahun lepas sempena menduduki rumah baru. Saya suka sangat guna kuali ni sebab saiznya yang ngam-ngam dengan hidangan yang dimasak. Sekali masak biasanya untuk 3 orang makan je.

Saya sangat enjoy memasak. Cuma, bahagian mencuci tu yang kurang sikit. Lagi-lagi kalau nak menyental bontot kuali yang dah kehitaman. Saya rela surrender kalau 2, 3 kali sental dengan pencuci pinggan biasa pun tak hilang. Akhirnya, makin bertambah hitam legamlah bontot kuali saya, huhu.. Bersih tu memanglah bersih tapi mata ni tak sedap nak menengoknya.

Baru-baru ni, saya terpanggil untuk membuat eksperimen di dapur. Saya nak cuci kuali kesayangan saya tu dengan menggunakan Basic-H yang sudah lama dibeli tapi hanya digunakan untuk mengemop lantai sahaja.

Saya letakkan beberapa titik cecair Basic-H ke dalam sebekas kecil air & saya gunakannya untuk menyental kuali saya yang sudah legam itu dengan sedikit kudrat yang ada. Hasilnya, silalah perhatikan gambar di bawah ni. Macam tak percaya je itu kuali kecil kesayangan saya. Dia sudah bertukar wajah! Magic!!


Tiba-tiba saya berkata dalam hati, "Ruginya, kenapalah baru hari ni aku guna Basic-H untuk cuci kuali ni? Kalau dari dulu lagi aku guna, taklah membazir masa & tenaga asyik duk menyental tak sudah-sudah"

Basic-H memang pencuci serbaguna yang organik & selamat digunakan. Sebotol Basic-H boleh digunakan untuk mencuci pelbagai jenis barang seperti yang tertera di dalam gambar di bawah ni.  



Jadi, lepas ni, tak payah semakkan kepala untuk pilih nak beli pencuci lantai jenama apa, pencuci tandas jenama apa, pencuci dapur jenama apa, pencuci pinggan mangkuk jenama apa. Kita guna Basic-H je! Nak cuci bekas karat di baju pun boleh tau..


Jimat wang, jimat masa, jimat tenaga..kan?
Basic-H terbukti sangat membantu para surirumah. I like!! 
Habislah..lepas ni semua jadi LIKE-NEW gituu..suami & anak-anak pun mesti tercengang!




Hubungi saya segera untuk pertanyaan lanjut/tempahan:

0139739455
Fb page: Super Parents' Choice

[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]

Monday, September 22, 2014

Perut Nasi Nak Berdiet

Saya baru sahaja menghabiskan segelas Cinch Shake Mix (CSM) perisa coklat kegemaran sebagai hidangan sarapan pada pagi ini, Alhamdulillah..terasa nikmat ianya berkaitan dengan coklat. Almaklumlah, saya hantu coklat! Suami pula minat CSM perisa cafe latte. Bau kopinya memang menyegarkan! 

Selalunya saya, kalau pagi-pagi dah ber"Cinch", sampai pukul 1-2 petang pun masih belum rasa lapar. Rasa nak minum air je, tak rasa pun nak makan. Kalau 1 liter air tu sekejap je saya boleh habiskan. Hatta perut juga tak bagi signal lapar.. berkeroncong ke, marhaban ke apa.


Ramai pelanggan yang merungut kepada saya:
  1. "Tak boleh nak diet la macam ni..kalau aku tak makan nasi, nanti nak makan apa? Boleh mati kebulur aku macam ni!"
  2. "Makanan lain bagi aku tak mengenyangkan. Almaklumlah, makan nasi je dari kecik. Kalau makan makanan lain pun mesti nak nasi juga lepas tu"
Dah namanya orang Melayu, memang nasi jadi makanan ruji. Nak nak orang Kelantan macam saya ni, celik mata terus cari nasi berlauk. Bukan salah nasi pun kalau kita gemuk. Salah kita yang ambil melebihi kadarnya, terlebih ikut rasa! 

Tapi tak apa, dengan CSM perisa kegemaran anda, anda takkan kelaparan walaupun tak menjamah nasi. Bukan itu sahaja, bonusnya, inci ukur lilit akan berkurang & badan tak menggeleber! Best kan? Haa, inilah sebabnya mengapa saya jatuh cinta dengan CSM!


Jadi, kalau ada yang berdiet tanpa rasa lapar untuk mengawal / menurunkan berat badan, saya takkan ragu-ragu untuk syorkan pengganti hidangan yang sangat hebat ini; Cinch Shake Mix, the BEST meal-replacement ever!

Sebaik-baiknya, ambillah set yang lengkap untuk membantu menurunkan berat badan & kekal langsing iaitu yang mematuhi prinsip 3B: Bakar, Buang, Bina 



Cinch Tea Mix (CTM) pula diambil sebagai snek sebagai penggalak metabolisma (metabolism booster). Ye lah, daripada makan jajan yang tinggi lemak & kolesterol tu, jauh lebih baik bersnek dengan CTM! Bonusnya, kalori akan dibakar dan dalam masa yang sama kita kekal bertenaga. Sebab itulah di kalangan pengedar Shaklee, CTM juga dikenali sebagai "ubat untuk elakkan mengantuk". 


Ok, macam biasa, roger-roger lah saya kalau tuan puan perlukan maklumat tambahan / nak buat tempahan. Semestinya harga & konsultasi yang terbaik daripada saya, insha Allah!


0139739455
Fb page: Super Parents' Choice

[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]

Friday, September 19, 2014

Tangan Yang Di Atas

"Tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah"


Bagaimana nak jatuhkan ego? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menarik rezeki? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menyelesaikan masalah hidup yang datang bertimpa-timpa? Bersedekah / infaq.

Bagi mereka yang masih belum menjadikan bersedekah sebagai rutin harian, bersedekah mungkin satu perkara yang amat berat untuk dilaksanakan. Apa kata, mulakan dengan memberi sesuatu yang menggembirakan kepada ahli keluarga sendiri dahulu. Takkan kita tak nak tengok ahli keluarga sendiri gembira, kan?

Kemudian, panjangkan jangkauan kepada orang di sekeliling yang memerlukan dan seterusnya kepada mereka yang lebih jauh. Sekalipun kita tak dapat keluar bertemu mata dengan "pemilik tangan di bawah", kita masih boleh menggunakan kemudahan serta kecanggihan teknologi yang ada sebagai pengganti tangan kita, misalnya bersedekah melalui SMS & online transfer.

Kelebihan bersedekah sangat banyak. Namun, bersedekahlah ikhlas kerana mengharapkan redha Allah, bukan kerana fadhilat bersedekah semata-mata. Saya sangat menyukai frasa ini; "Erti hidup pada memberi" kerana dengan memberi kita akan menerima. Sifirnya mudah, kita tolong orang lain dan Allah akan tolong kita. Memang rugilah sesiapa yang menolak pertolongan Raja Segala Raja!

Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Kenapa? Sebab sedekah bukan dinilai pada besarnya jumlah yang diberikan tapi nilaiannya bergantung kepada keikhlasan amalan. Bahkan, takkan miskin orang yang bersedekah!


Berikut dikongsikan beberapa cara untuk bersekah:

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH:-
  1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid Mekah & Madinah). 
  2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
  3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk dsumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
  4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
  6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang-orang yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dll).
  7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
  8. Belilah mushaf (Al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
  10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
  12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.
  13. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya.


 Selamat bersedekah!

Thursday, September 11, 2014

Rambutku Mahkotaku..

Pernah tak alami keguguran rambut yang teruk hingga menyebabkan anda berdoa, "Tolonglah jangan botak"?

Tak payah angkat tangan. Sila simpan jawapan sendiri ya.

Saya nak mengaku yang saya pernah alaminya. Seriously, masa tu memang macam dah tak ada harapan. Rambut makin menipis. Sekali sikat, hampir penuh segenggam rambut. Yang jatuh atas lantai tak usah kira la..

Macam-macam jenis syampu saya dah cuba tapi tak berhasil. Mungkin Yun Nam je yang saya belum try lagi. Pernah juga terdetik, moga-moga ini bukan kesan disihir. Nauzubillahi min zalik..

 
Rambut memang akan gugur dengan sendiri selepas mencapai tempoh matangnya. Namun, jika lebih 100 helai rambut yang gugur dalam masa sehari, ia bukan sesuatu yang normal. Rawatan diperlukan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

Alhamdulillah, episod yang mengerikan buat saya itu sudah berlalu hasil ikhtiar rawatan luar & dalam menggunakan produk-produk Shaklee, tentunya dengan izin Allah jua. Sebagaimana badan memerlukan makanan untuk terus berfungsi dengan baik, rambut juga begitu. 

Apa yang rambut perlukan untuk tampil sihat & menawan?

Rawatan Dalaman:
  1. Vitamin - multivitamin termasuklah vitamin B6, B12, zat besi dan asid folik (boleh didapati dalam VitaLea & B-Complex)
  2. Mineral - termasuklah zinc, magnesium & biotin (boleh didapati dalam Zinc Complex, VitaLea & B-Complex)
  3. Protein - terutamanya kolagen dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cantik & kuat (Shaklee Collagen Powder & Energizing Soy Protein)
  4. GLA untuk menyeimbangkan hormon sekiranya hormon tidak seimbang terutamanya bagi perempuan.
Rawatan Luaran:
  1. Cuci rambut dengan syampu & perapi yang sesuai - Rangkaian Set Penjagaan Rambut ProSante mengandungi ekstrak herba-herba terpilih, tidak toksik dan dapat membantu memberikan rambut yang lebih sihat & cantik!
  2. Biarkan ia kekal asli - kurangkan penggunaan bahan kimia seperti pewarna rambut & teknik-teknik rebonding dll.
  3. Sikat dengan betul - Menyikat rambut merupakan salah satu sunnah Rasulullah yang patut diamalkan oleh semua umat Islam. Elakkan menyikat rambut sewaktu rambut basah kerana pada waktu tersebut akar rambut dalam keadaan lema.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua. Semua orang pun boleh dapat rambut sihat yang cantik menawan..macam model gituu (sila Google sendiri ya kalau nak tengok gambar rambut cantik! Hehe..)

Jika anda/pasangan/kenalan/saudara mara anda mengalami masalah yang sama, saya sedia membantu!

Pm saja..nk wassap/sms pun boleh:

Nur Asiyah Mustapha Kamil
0139739455
[Penghantaran ke seluruh negara & COD area Kota Bharu, Kelantan]

Rujukan:
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/eating-right-keep-hair-healthy
  •  http://www.medicinenet.com/hair_loss/page10.htm#what_vitamins_are_good_for_hair_loss
  •  http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/313.html

Wednesday, September 10, 2014

Kerana Sayangkan Anak

Kerana sayangkan anak, 
KIta belikannya gajet-gajet canggih ratusan ribu ringgit,
Hingga terlupa yang setiap hari anak ke sekolah tanpa sarapan.


Kerana sayangkan anak, 
Kita hadiahkannya baju-baju berjenama setiap bulan,
Hingga terlupa tubuh & otaknya perlukan khasiat tambahan.


Kerana sayangkan anak, 
Kita berikannya barang permainan berkotak-kotak banyaknya,
Hingga terlupa segala penyakit yang dideritainya saban masa.



Ya, kita semua sayangkan anak-anak kita.
Mereka zuriat kita, bakal pewaris masa depan negara.
Jika benar kita sayangkan anak, kita takkan teragak-agak membelanjakan secukupnya supaya mereka membesar dengan sihat.


Setin Meal Shakes yang kaya dengan vitamin, mineral & serat ini tentunya jauh lebih rendah harganya berbanding gajet-gajet, baju berjenama & segala macam permainan yang ada. 


Kenapa murah?
  1. Murah sebab setin tak sampai RM100 pun untuk penggunaan 2 bulan!
  2. Murah sebab selepas ni anak-anak akan lebih cerdas & cergas!
  3. Murah sebab bulan ni ada promosi BELI 3 PERCUMA 1 & KOS PENGHANTARAN PERCUMA!
  4. Murah sebab KESIHATAN anak-anak itu lebih mahal harganya!
Siapa yang GEMBIRA apabila anak berselera makan, asthma & eczema terkawal, sembelit dah tak ada & otak makin bijak?

Tentulah kita!

Nak Meal Shakes murah untuk anda seisi keluarga?

SMS/Whatsapp saya sekarang (kalau betul-betul sayangkan anak laaa..):
ASIYAH 0139739455
Pengedar Sah Shaklee Anda :-)

[Penghantaran ke seluruh negara]
[COD area Kota Bharu, Kelantan]

Monday, September 1, 2014

Tak Sempat..Macam Mana Ni?

RUSH HOUR = waktu puncak 

"A time during the day early in the morning or late in the afternoon when many people are traveling on roads to get to work or to get home from work"

Kalau di rumah saya, waktu puncak pada setiap pagi hari bekerja merupakan waktu yang sangat kritikal. Pada masa inilah semua orang tengah kalut ribut terutamanya kalau anak-anak lambat bangun daripada tidur & berlengah-lengah untuk bersiap. Bertambah haru kalau ada yang nak buang air besar apabila semua orang sudah pun berada dalam kereta. Allah, memang menguji kesabaran sungguh!


Pun begitu, perkara WAJIB yang tak boleh ditinggalkan pada waktu puncak ini ialah SARAPAN. Teringat masa zaman kecil dahulu, setiap pagi ummi & abah wajibkan anak-anaknya bersarapan sebelum melangkah ke sekolah. Lewat macam mana sekali pun, tekak tak boleh nak telan makanan ke, kami adik beradik sekurang-kurangnya wajib minum segelas susu. Apa yang segelas susu boleh bekalkan? Kalsium, protein, vitamin-vitamin dan garam-garam mineral yang pelbagai. Semua tu sangat penting untuk tumbesaran & pembelajaran. 

Kalau perut terlalu lapar, apa yang cikgu ajar kita akan susah nak tangkap. Badan pun lemau semacam je walaupun tidur dah cukup. Sarapan boleh meningkatkan kadar metabolisma badan seseorang, seterusnya membantu mengekalkan berat badan ideal. Sebaik-baiknya, pilihlah hidangan yang kaya dengan protein semasa bersarapan. 


Sekarang ni, ada cara yang lebih mudah untuk bersarapan. Hanya "cedok" & "goncang"! Nak minum di rumah boleh, nak minum dalam kenderaan pun boleh. Alasan "Tak sempat nak sarapan" dah tak boleh pakai dengan adanya 3 pilihan minuman berprotein tinggi yang Shaklee tawarkan ini:
  • Cinch Shake Mix* (perasa coklat/vanilla/cafe latte) - untuk mereka yang sedang mengurangkan berat badan
  • Meal Shakes (perasa vanilla) - PROMOSI beli 3 PERCUMA 1 sepanjang bulan ini!!
  • ESP (perasa vanilla)
*Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang Cinch Shake Mix dalam entry yang akan datang, in sha Allah..

Sibuk macam mana sekalipun, kita masih punyai pilihan untuk mulakan hari kita dengan sarapan bernutrisi daripada Shaklee yang bukan sekadar susu!

Untuk tempahan/pertanyaan lanjut, sila hubungi Asiyah (0139739455 - SMS/Call/WhatsApp) atau pm di Fb page: Super Parents' Choice.


P/S:
Ada satu lagi RUSH HOUR yang paling, paling mendebarkan iaitu apabila KIAMAT tiba. Itulah saat di mana kita akan menjadi terlalu sibuk dan tidak menghiraukan lagi akan orang lain. Pada waktu tersebut, baik Cinch Shake Mix, ESP atau Meal Shakes tak dapat membantu kita. Hanya iman & amal soleh di dunia yang bakal menjadi pembantu setia.