Saturday, December 19, 2015

INI CERITA TENTANG MADU

Cerita ini berkisar tentang madu yang manis, ya.. bukan madu yang pahit tu (Eh?)

Anak-anak perempuan kami suka minum madu. Kalau diikutkan kehendak mereka, 1 sudu teh sekali minum, takkan mencukupi. Anak lelaki nan seorang itu pula, kena paksa barulah minum. Manis sangat, katanya. 

Berikut dikongsikan artikel menarik berkaitan madu yang diambil dari Fb page Farmasi Rimadex KB. Semoga bermanfaat!

🐝Madu merupakan makanan & juga penawar.

Kenapa makanan?

✔Sebabnya, daripada 5 elemen nutrisi yang utama, madu asli mengandungi kesemuanya (vitamin, mineral, protein & karbohidrat) kecuali LEMAK.
✔Madu sebagai penawar pula, ada difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran (16: 69) & terdapat juga dalam As-Sunnah [Bukhari (5356 & 5684) serta Muslim. (2217)].

🐝Namun begitu, janganlah terlalu OBSES dengan madu sehingga menolak semua jenis rawatan moden yang lain!

🍴Amalan meminum madu perlulah sekadarnya, tidak berlebih-lebihan serta bergantung kepada kondisi kesihatan masing-masing.

Madu boleh dicemari oleh spora bakteria yang mengakibatkan INFANT BOTULISM, sejenis jangkitan yang jarang terjadi tetapi boleh membawa maut di mana usus yang dijangkiti oleh spora kuman ini akan mengeluarkan toksin merbahaya.

πŸ‘ΆSelepas usia 1 tahun, usus bayi semakin matang & mampu membentuk sistem pertahanan yang boleh menghindari jangkitan ini.

Atas sebab inilah, madu DILARANG untuk diberikan kepada bayi yang berusia bawah 12 bulan.

Friday, November 27, 2015

DUIT vs. EMAS Sebagai Simpanan

Apabila memperoleh duit gaji, bab menabunglah yang paling ramai orang kita tak buat. Bukan tak tahu kepentingan menabung, bukan juga sebab tak mampu nak buat. Tapi, kebanyakannya TIDAK BERDISIPLIN dengan diri sendiri. 

Pakar ekonomi menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan kita. Contohnya, jika gaji kita RM 2000, maka jumlah yang wajib kita simpan ialah RM200. Ingat, jangan diusik duit simpanan ini! 

Sebelum ini, saya membiarkan saja duit simpanan berada dalam bank. Tapi betulkah ia tersimpan rapi? Oh, tidak sama sekali!

Silap haribulan, duit itulah yang digunakan untuk membeli beg tangan berjenama, kasut import, aksesori kereta atau apa sahaja yang diklasifikasikan kepada KEMAHUAN, bukannya KEPERLUAN. 

Tak tahu kenapa,2 bulan lepas, saya dilorongkan oleh Allah untuk mula membuat simpanan dalam bentuk EMAS. Saya rasa bersyukur tak terkira. Kalaulah saya tahu tentang perkara ini sejak dari dulu lagi, tentulah simpanan emas saya sudah membukit! 

Orang kalau betul-betul terdesak barulah akan gadaikan atau jual emas, setuju? Tak macam simpan duit di bank, bila-bila masa sahaja boleh keluarkan duit tersebut melalui mesin ATM yang sekarang ada di merata tempat. Oh ya, tak perlu ke mesin ATM pun, bukankah "internet banking" ada di hujung jari? Tengah-tengah browse Fb atau Instagram, tiba ternampak ada barang yang berkenan di hati, Terus saja klik, klik dan klik, "Tahniah, transaksi anda berjaya!"

Adoi, kalau macam tu, sikit-sikit lama-lama habislah!
Itu yang tak best tu..
Sekarang, kalau tiba-tiba rasa nak shopping yang entah apa-apa, saya mesti terfikir, "baik aku tukar duit ini kepada emas!"

Ting! Macam cerita dongeng Raja Midas gitu!

Jom, tukar simpanan duit kita kepada emas!

Nak tahu lebih lanjut tentang simpanan emas?

Hubungi saya, 
Asiyah
013 9739455
Stokis Sah Powergold

Wednesday, November 18, 2015

TIPS MENCARI SUPPLEMENTS YANG TERBAIK

  • Kalau nak cari vitamin C, carilah yang jenis sustained release (SR). Maksudnya tablet itu diuraikan secara beransur-ansur dalam badan kita supaya badan kita mendapat khasiatnya yang berterusan sepanjang hari. Kalau jenis yang biasa, sekali kita telan, tak kisahlah low dose or high dose tablet, semua sekali akan diuraikan sekaligus & selepas beberapa jam, semua vit.c tersebut akan dikumuhkan.
  • Kalau nak cari kalsium, cari yang digabungkan terus dengan vitamin D. Sebabnya, apabila ada vit.D yang cukup, barulah kalsium itu boleh diserap dengan lebih baik.
  • Pilihlah pil yang mudah ditelan, contohnya berbentuk bujur & tidak terlalu besar.
Hmm...Sebab itulah saya sayang Shaklee SR Vit. C & Ostematrix saya ni. Bukan sahaja formulasi hebat, harga pun sangat murah. Bulan ni, sebiji SR Vit.C harganya tak sampai 40 sen pun!
Murah ke murah?
Asiyah
013 9739455

Friday, November 6, 2015

Kisah Bismillah

"Mama, meh kakak bubuh sendiri susu tu", pinta Nidaaul Awatif sewaktu saya mahu membancuhkan susu untuknya.
Saya lihat mulutnya terkumat kamit menyebut lafaz Basmalah setiap kali dia memasukkan 1 sudu susu tepung ke dalam cawan yang sudah berisi air suam.
Ada sedikit susu yang tertumpah di atas lantai. Menyedari hal itu, saya lihat air mukanya berubah.
"Sikit jah tupoh ni, mama. Tadi kakak
baco Bismillah doh maso nok bubuh susu. Baco Bismillah baru la jadi mudoh, sebab tu tok banyok tupoh", ujarnya seakan membela diri.
"Betul tu, kakak. Allah tolong kakak sebab kakak baco Bismillah. Sikit jah tupoh tu. Nah, kakak amik kain ni, tolong lap hok tupoh tu deh", balas saya sambil menghulurkan sehelai kain tuala kecil kepadanya.
Saya tersentap sebenarnya.
Allah datangkan anak kecil untuk mentarbiyah mamanya yang sering lalai.
BISMILLAH..
Satu perkataan yang sangat ringkas, namun mempunyai makna yang sangat luas & mendalam. "Dengan nama Allah"; Nak buat apa-apa pun, mesti ingat Allah, dahulukan Allah..insha Allah kita takkan tersasar.

Jika Allah sentiasa "ada" di hati, kita akan malu untuk melakukan perkara mungkar.
Jika Allah sentiasa di hati, gunung api kemarahan kita takkan mudah meletus.
Jika Dia di hati, kita pasti takkan senang untuk bermalas-malasan.
Betul ke betul?

Sunday, November 1, 2015

Rumah atau Muzium?

Happiness is baking choc chip muffins together with 3 cute little helpers in your own kitchen & enjoying the freshly baked ones when it is raining cats & dogs outside πŸ˜ŠπŸ˜Š

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah



Sudah 3, 4 hari Awatif & Abeed minta mama buatkan muffin.Permintaan sebegini agak mustahil untuk mama tunaikan pada hari bekerja. Jadi, mama berjanji untuk baking pada hujung minggu. Nak tak nak, janji wajiblah ditepati! Celik mata je, terus minta muffin..hehe..

Masa kita dengan anak-anak sangatlah berharga. Jadi, cubalah sedaya mungkin untuk libatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kita terutamanya jika kita ibu bapa yang bekerja di luar rumah. 

Memasak bersama-sama.
Jemur pakaian bersama-sama. 
Lipat baju bersama-sama. 
Main bersama-sama.
Mengemas bersama-sama.

Walaupun hasil kerja mereka tak sesempurna yang kita nak, tak apa, asalkan semuanya gembira! Secara tak langsung kita mengajar anak-anak kita erti tanggungjawab. 

Rumah bersepah sikit-sikit tu buat tak tahu je la..pejam sebelah mata & LET IT GO! 
Cakap dalam hati: "Inilah rumah, bukannya muzium!"

Tuesday, October 6, 2015

Jerebu..Oh, Jerebu!

Ibu bapa yang bijak sekalian,
Sila ambil serius tentang keadaan kesihatan anak-anak kecil kita di musim jerebu ini. Sakit tekak, pedih mata, batuk & selsema merupakan antara petanda-petanda bahawa sistem imunisasi sedang terganggu dengan musibah ini.

Berikut kami kongsikan panduan bagi menghadapi jerebu: 


Berusahalah sedaya mungkin untuk meningkatkan kekebalan tubuh anak-anak.

  • Makanan tambahan yang tinggi kandungan antioksida seperti Vitamin C dapat membantu meningkatkan tahap imunisasi badan. 
  • Nutriferon pula bertindak sebagai immune booster & terbukti dapat membantu memperkuat sistem pertahanan badan kerana ia berperanan mengaktifkan interferon. 
  • Di samping itu, pengambilan Performance Drink dapat menolong mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan
  • Jika seseorang mempunyai sejarah serangan asthma (lelah), ada baiknya dia mengamalkan OmegaGuard sebagai ejen anti radang yang boleh membantu mengawal serangan asthma


Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sendiri & ahli keluarga!
Semoga semuanya baik-baik saja ya..

Asiyah
013 9739455
Shaklee Independent Distributor
[ID: 916957]

*** COD sekitar Kota Bharu & Penghantaran ke seluruh negara ***

Wednesday, August 19, 2015

Panduan "Potty-Training"

Anakanda sudah besar tapi masih belum bebas daripada lampin (diapers) sepenuhnya? Huu..risaunya memikirkan tentang ini! Dahlah harga diapers makin mahal di musim-musim kegawatan ekonomi ni. Anak pula makin meningkat usia dan akan dihantarkan ke tadika dalam masa terdekat. Kebanyakan tadika ada menetapkan syarat untuk tidak menerima kanak-kanak yang masih perlu memakai lampin.

Jadi, apa yang perlu dibuat? Ya, latihan ke tandas (potty-training) perlu dimulakan!

Alhamdulillah, anak sulung kami Nidaaul Awatif berjaya bebas lampin sepanjang waktu siang ketika dia genap berusia 2 tahun. Di usia 4 tahun setengah, barulah Awatif bebas lampin sepenuhnya, siang & malam.

Anakanda kedua, Muhammad Abeed sedikit terlambat untuk memulakan potty-training. Umur 3 tahun 3 bulan baru mula latihan. Namun, alhamdulillah, tak sampai 2 minggu dia berjaya off-diapers, siang & malam! Wah, ibu bapa mana tak gembira, kan?

Di sini, kami kongsikan antara tips & panduan yang kami aplikasikan sewaktu melatih anak-anak dalam potty-training:

  1. Mula segera
  2. Jelas & mudah
  3. Jadual
  4. Penggunaan alat bantu
  5. Ulang & ulang 
  6. Beri penghargaan
1. MULA SEGERA

Ibu bapa boleh memulakan latihan sebaik sahaja anak pandai membuat ayat, contohnya, "Mama, nak susu!". Ini bermaksud bahawa si anak sudah pandai menyuarakan keinginannya apabila dia dahaga. Jadi, kemungkinan besar dia mampu untuk memberitahu kemahuannya yang lain termasuklah untuk membuang air.

2. JELAS & MUDAH

Gunakan perkataan yang jelas & mudah difahami oleh anak secara berperingkat. Apabila sudah melepasi satu peringkat, teruskan peringkat yang seterusnya. Contohnya:

  • Suarakan keinginan: "Kalau adik rasa nak kencing, adik cakap kuat-kuat: 'Mama, nak kencing!'" - Di permulaan peringkat ini, "accidents" pasti akan berlaku, contohnya, dah siap kencing baru beritahu mama yang dia nak kencing. Rasa geram? Memanglah, tapi jangan dimarah anak kita itu. Ingat, dia sedang belajar!
  • Tahu untuk bertindak: "Nak kencing, nak berak, masuk tandas" - Sepertimana peringkat di atas, "keciciran" juga pasti akan berlaku di peringkat ini. Bertenang ya, ibu bapa sekalian. Usah dimaki anak kita itu. Sekurang-kurangnya, dia sudah berada di dalam tandas sebelum siap buang air. Manalah dia tahu, berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke tandas, betul kan? Mop dan basuh sajalah tempat yang tak sengaja dikotorkan itu. 
3. JADUAL

Mengamalkan jadual "atur kencing" sangat berkesan dalam melaksanakan potty-training. Contohnya, bawakan anak ke dalam tandas setiap 2 jam, dudukkannya & ajarnya untuk buang air kecil dengan membunyikan "Ssshhh.." Tak mengapa jika dia masih belum mahu membuang, ajarkan saja. Teknik ini perlu dilakukan siang & malam sekerap mungkin untuk membiasakan si anak. 

Begitu juga, pastikan anak ke tandas untuk membuang air sebelum tidur malam. Kadang-kadang kita rasa serba salah, rasa kasihan untuk kejutkan anak daripada lena. Jadi, kita pakaikan anak diapers sebelum dia tidur. Cara ini sebenarnya akan melambatkan lagi proses ke arah diaper-free kerana secara tidak langsung si anak akan menganggap "tidak mengapa untuk kencing sewaktu tidur kerana sudah ada lampin". 

Seboleh-bolehnya, kejutkan anak 2-3 jam selepas dia melelapkan mata. Kalau matanya nampak macam susah benar nak celik, angkat anak atau pimpinnya untuk ke tandas. Keesokan harinya, sebaik sahaja bangun dari tidur, terus sahaja bawa anak ke tandas. Penjadualan sebegini sekiranya dilakukan berterusan akan berubah menjadi kebiasaan (habit). 

4. PENGGUNAAN ALAT BANTU

Ibu bapa perlu membuat sedikit pelaburan (investment) jika mahu menggunakan alat bantu. Nama pun, alat bantu, jadi alat-alat bantu bukanlah perkara yang wajib ada jika mahu potty-training berjaya. Namun, ia terbukti boleh mempercepatkan proses potty-training. 
  1. Lampin kain (cloth diapers, CD) - Kami pakaikan anak sulung lampin pakai buang pada waktu malam & CD pada siang hari sejak dia berumur beberapa bulan sehingga berjaya off-diapers di siang hari pada usia 2 tahun. Mungkin sebab itulah dia berjaya bebas lampin pada waktu siang hari lebih awal berbanding adiknya yang hanya sekejap sahaja dipakaikan CD & menggunakan lampai pakai buang di kebanyakan waktu.  
  2. Training pants - seluar ini dibuat daripada material khas yang tidak cepat menyerap air & dibentuk lebih "fit" di sekeliling peha. Jika anak terkencing dalam seluar ini pun, najis tidak akan terus meleleh keluar membasahi lantai. 
  3. Training toilet seat - mangkuk tandas khas ini mudah dialih & dicuci. Terdapat pelbagai bentuk, corak dan warna di pasaran. 
  4. Water proof bed sheet protector - alas cadar kalis air ini boleh dibentangkan di atas tilam sebelum anak tidur. Hanya basuh alas ini sahaja tanpa perlu membasuh cadar & tilam jika anak terkencing sewaktu tidur. 

5. ULANG & ULANG 

Berapa lama masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini?
Jawapannya, tiada tempoh waktu yang spesifik. Ajar sehinggalah si anak mampu bebas-lampin sepenuhnya. Kuncinya, ulang dan ulang dan ulang lagi cara-cara di atas secara konsisten.

Proses ini bergantung kepada kemampuan & usaha kedua-dua belah pihak; pengajar & pelajar. Oleh itu, pengajar tidak boleh cepat berputus asa & jangan cepat menghukum si pelajar.

6. BERI PENGHARGAAN

Penghargaan sangat penting untuk meningkatkan motivasi seseorang. Begitu juga halnya dengan anak yang sedang mengikuti potty-training. Puji perbuatan anak, berikan pelukan & ciuman ekstra kepada anak jika dia berjaya melakukan sesuatu langkah yang diajar dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Tak perlu tunggu betul-betul pandai baru kita memuji. Contohnya, "Bagusnya adik, dah pandai masuk tandas sendiri!" Boleh juga janjikan hadiah yang sesuai mengikut minat anak & kemampuan ibu bapa jika mereka berjaya.

Macam anak kedua kami, dia sangat ingin ke tadika bersama kakaknya. Jadi, kami berikan tawaran, "Kalau Abeed nak pergi sekolah dengan kakak tahun depan, Abeed tak boleh pakai pampers..Abeed kena kencing & berak dalam tandas.." Akhirnya, apabila dia berjaya mencapai misi bebas-lampin, kami sekeluarga memujinya & dia sendiri mengulang-ulang ayat ini dengan gembira: "Tahun depan, Abeed dah boleh pergi sekolah, kan mama? Yeay!"

Akhir kalam, disamping berusaha & berdoa, banyakkan berSABAR, SABAR & SABAR.

Potty-training is a process & a process takes time. So, let's enjoy the process!
Semoga panduan yang dikongsi ini bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba!

(Feel free to share..)

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Mubarak!

Ramadhan‬ 1435H yang lalu, saya sarat mengandungkan Nisreen Aisyah. Set Mengandung‬ Shaklee‬ menjadi santapan wajib sewaktu bersahur & berbuka puasa.

Saya dijangka bersalin pada 2 Syawal tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Saya post-date 6 hari. (Aisyah nak bagi mama beraya puas-puas dulu kot kan? Hehe..) Alhamdulillah, Allah izinkan saya bersalin normal tanpa di"induce".


Ramadhan 1436H pada kali ini, Set Menyusu pula menjadi ikhtiar untuk saya dapat terus berpuasa tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu. Sesi mengepam perlu diteruskan seperti biasa supaya stok untuk bayi tidak putus.

Apa persamaan antara kedua-dua set tersebut?
Kedua-duanya mengandungi ESP, VitaLea , B. Complex, Vita-C dan OsteMatrix..vitamin-vitamin asas untuk kekal cergas bertenaga! Semua itu tidak terhad kepada ibu-ibu sahaja, malah ayah-ayah pun boleh turut sama menikmati khasiatnya :-)

Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Ameen..

Ramadhan Mubarak!
Kullu 'aam wa antum bi khair..

**Aktiviti perniagaan Super Parents' Choice insha Allah berjalan seperti biasa sebagaimana di bulan-bulan lain. Jadi, usah segan silu untuk menghubungi saya untuk sebarang tempahan beserta konsultasi.

Asiyah
0139739455

(Whatsapp/call/sms)

[COD Kota Bharu‬]

Thursday, June 11, 2015

Tahniah, Puan Hamil!

Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan seorang isteri yang sekian lama menantikan perkhabaran gembira ini, kan? Bukan semua wanita dapat menikmati indahnya perjalanan sesuatu kehamilan. Alhamdulillah, ia suatu nikmat Tuhan yang tidak dapat didustakan. Justeru, sebaik menerima berita ini, sudah tentu kita mahu menyediakan YANG TERBAIK buat zuriat kita. Dalam banyak-banyak persediaan, persediaan untuk pertumbuhannya adalah yang PALING PENTING.

Semua ibu bapa mahukan anak yang sihat, cergas & cerdas. Biar apa pun jantina si anak, tiada seorang ibu bapa pun yang mahu anaknya dilahirkan cacat atau tidak sempurna samada secara fizikal atau mental. Pernah dengar kes bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala? Atau, bayi dilahirkan dengan kecacatan pada saraf atau tulang belakang? Atau, bayi yang dilahirkan tetapi mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran? Mendengarnya pun dah seriau, nak menghadapinya tentulah lebih rumit. Na'uzubillahi min zalik.


Tahukah ibu bapa sekalian, kes-kes yang saya sebutkan di atas sebenarnya boleh dicegah?
Ya, NUTRISI YANG CUKUP SEMASA HAMIL boleh mencegahnya, dengan izin Allah tentunya!

Secara umumnya, keperluan nutrisi bagi sesorang wanita yang mengandung adalah lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengandung. Nama pun "berbadan dua", kan?

Gambar di bawah menunjukkan keperluan kalsium harian yang diperlukan oleh setiap golongan termasuklah ibu mengandung.


Tak payah susah-susah. Kalau masih belum membuat pilihan, kami cadangkan ibu-ibu megnamalkan Set Ibu Mengandung atau Set Kehamilan Shaklee bagi melengkapkan nutrisi harian seorang ibu mengandung. Ingat, corak pemakanan kita bakal memberi kesan kepada zuriat yang sedang dikandung!


Di bawah ini, saya senaraikan antara kepentingan-kepentingan setiap produk untuk ibu mengandung & janin yang dikandung.

  1. Energizing Soy Protein (ESP): Sel-sel tubuh manusia dibina berasaskan protein. Tak cukup protein, sel tak dapat terbentuk dengan sempurna. ESP juga dapat membantu ibu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 
  2. VitaLea: membekalkan vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh termasuklah ZAT BESI yang sangat penting dalam tumbesaran janin. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah menurun (anemia), kekurangan oksigen serta boleh mengakibatkan komplikasi kepada bayi & komplikasi semasa kelahiran.
  3. B. Complex: menyalurkan vitamin-vitamin B yang penting untuk pertumbuhan janin termasuklah penghasilan sel-sel darah, memberikan tenaga kepada ibu & meredakan tekanan (stress) manakala asid folik pula membantu perkembangan saraf janin.

  4. Vita-C: membantu penyerapan zat besi, meningkatkan ketahanan tubuh si ibu & mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit
  5. OsteMatrix: membantu pertumbuhan tulang & gigi bayi, mengatasi kekejangan otot & lenguh-lenguh badan, menguatkan gigi & tulang ibu
  6. OmegaGuard: penting untuk mebantu perkembangan otak, saraf serta penglihatan fetus serta dapat membantu mengawal kenaikan berat badan ibu semasa mengandung


Nak melalui proses kehamilan dengan seronok kan?
Akan lebih bahagia jika bayi yang dilahir itu sihat, cergas & cerdas!
Jadi, awasi pemakanan kita!
Ambillah yang halal lagi baik..


Set Ibu Mengandung ini dapat membantu, biiznillah..insha Allah :-)

Hubungi saya segera:

Nur Asiyah
013-973 9455

[COD area Kota Bharu, Kelantan & penghantaran ke seluruh negara]

Monday, January 19, 2015

PROMOSI HARGA RUNTUH JANUARI 2015: Vivix, Alfalfa & Vita-Lea for Children

Ummi: Long, OmegaGuard & Vivix ummi nok abih doh tu..
Saya: Ok, nati ore beli, insha Allah..mujur bule ni ado promosi Vivix, banyak buleh jimat tu! 

Hmm..Mesti best kan, OmegaGuard & Vivix ni?
Kalau tak, takkan ibu saya repeat order kan?
 
Ramai pelanggan saya yang memborong Vivix pada bulan ni, alhamdulillah!

Kalau nak harapkan kita makan segala macam mak nenek buah-buahan yang kaya dengan antioksidan tu setiap hari, saya rasa kebanyakan kita tak mampu membuatnya.Yang menariknya, para saintis Shaklee dah siap-siap formulakan Vivix ni untuk kita telan. Hanya 1 sudu teh Vivix setiap pagi & kita akan dapat rasai sendiri manfaat-manfaatnya. Mudah kan?


Selain Vivix, ada juga promosi untuk raja segala makanan iaitu Alfalfa serta Vita-Lea for Children; multivitamin & multimineral untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang susah untuk menelan pil.



Ada kisah menarik yang saya mahu kongsikan berkenaan Vita-Lea for Children. Saya akan muatkan dalam post selepas ini, insha Allah. 

Teruskan membaca & mengalami sendiri "Shaklee Effect"!

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan / tempahan:
Nur Asiyah Mustapha Kamil
013-9739455

[COD area Kota Bharu, Kelantan]

Ruam??


Risau kan, kalau kat badan anak ada rashes merah-merah..nappy rash (ruam lampin) / merah-merah di leher / merah di pipi kesan susu etc. Bayi saya pun sebelum ini ada masalah-masalah seperti yang disebutkan. Tapi, sekarang ni dah licin putih bersih dah kulit dia.
Herbal Blend Multipurpose Cream memang terbaik! Bukan baby je yang pakai, mak nenek pun suka! Saya sendiri sapukan krim ini di tumit kaki yang pecah-pecah. Alhamdulillah, sekejap sahaja kulit tumit dah kembali licin, lembut dan cantik.


Krim ini juga boleh disapu pada:
- Kulit kering/gatal/kasar
- Kesan gigitan nyamuk/serangga


No steroid, no heavy metals..
Natural herbs only..

SAFE FOR ALL!

Hubungi:
Nur Asiyah Mustapha Kamil
013 9739455