Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Mubarak!

Ramadhan‬ 1435H yang lalu, saya sarat mengandungkan Nisreen Aisyah. Set Mengandung‬ Shaklee‬ menjadi santapan wajib sewaktu bersahur & berbuka puasa.

Saya dijangka bersalin pada 2 Syawal tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Saya post-date 6 hari. (Aisyah nak bagi mama beraya puas-puas dulu kot kan? Hehe..) Alhamdulillah, Allah izinkan saya bersalin normal tanpa di"induce".


Ramadhan 1436H pada kali ini, Set Menyusu pula menjadi ikhtiar untuk saya dapat terus berpuasa tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu. Sesi mengepam perlu diteruskan seperti biasa supaya stok untuk bayi tidak putus.

Apa persamaan antara kedua-dua set tersebut?
Kedua-duanya mengandungi ESP, VitaLea , B. Complex, Vita-C dan OsteMatrix..vitamin-vitamin asas untuk kekal cergas bertenaga! Semua itu tidak terhad kepada ibu-ibu sahaja, malah ayah-ayah pun boleh turut sama menikmati khasiatnya :-)

Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Ameen..

Ramadhan Mubarak!
Kullu 'aam wa antum bi khair..

**Aktiviti perniagaan Super Parents' Choice insha Allah berjalan seperti biasa sebagaimana di bulan-bulan lain. Jadi, usah segan silu untuk menghubungi saya untuk sebarang tempahan beserta konsultasi.

Asiyah
0139739455

(Whatsapp/call/sms)

[COD Kota Bharu‬]

Thursday, June 11, 2015

Tahniah, Puan Hamil!

Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan seorang isteri yang sekian lama menantikan perkhabaran gembira ini, kan? Bukan semua wanita dapat menikmati indahnya perjalanan sesuatu kehamilan. Alhamdulillah, ia suatu nikmat Tuhan yang tidak dapat didustakan. Justeru, sebaik menerima berita ini, sudah tentu kita mahu menyediakan YANG TERBAIK buat zuriat kita. Dalam banyak-banyak persediaan, persediaan untuk pertumbuhannya adalah yang PALING PENTING.

Semua ibu bapa mahukan anak yang sihat, cergas & cerdas. Biar apa pun jantina si anak, tiada seorang ibu bapa pun yang mahu anaknya dilahirkan cacat atau tidak sempurna samada secara fizikal atau mental. Pernah dengar kes bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala? Atau, bayi dilahirkan dengan kecacatan pada saraf atau tulang belakang? Atau, bayi yang dilahirkan tetapi mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran? Mendengarnya pun dah seriau, nak menghadapinya tentulah lebih rumit. Na'uzubillahi min zalik.


Tahukah ibu bapa sekalian, kes-kes yang saya sebutkan di atas sebenarnya boleh dicegah?
Ya, NUTRISI YANG CUKUP SEMASA HAMIL boleh mencegahnya, dengan izin Allah tentunya!

Secara umumnya, keperluan nutrisi bagi sesorang wanita yang mengandung adalah lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengandung. Nama pun "berbadan dua", kan?

Gambar di bawah menunjukkan keperluan kalsium harian yang diperlukan oleh setiap golongan termasuklah ibu mengandung.


Tak payah susah-susah. Kalau masih belum membuat pilihan, kami cadangkan ibu-ibu megnamalkan Set Ibu Mengandung atau Set Kehamilan Shaklee bagi melengkapkan nutrisi harian seorang ibu mengandung. Ingat, corak pemakanan kita bakal memberi kesan kepada zuriat yang sedang dikandung!


Di bawah ini, saya senaraikan antara kepentingan-kepentingan setiap produk untuk ibu mengandung & janin yang dikandung.

  1. Energizing Soy Protein (ESP): Sel-sel tubuh manusia dibina berasaskan protein. Tak cukup protein, sel tak dapat terbentuk dengan sempurna. ESP juga dapat membantu ibu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 
  2. VitaLea: membekalkan vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh termasuklah ZAT BESI yang sangat penting dalam tumbesaran janin. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah menurun (anemia), kekurangan oksigen serta boleh mengakibatkan komplikasi kepada bayi & komplikasi semasa kelahiran.
  3. B. Complex: menyalurkan vitamin-vitamin B yang penting untuk pertumbuhan janin termasuklah penghasilan sel-sel darah, memberikan tenaga kepada ibu & meredakan tekanan (stress) manakala asid folik pula membantu perkembangan saraf janin.

  4. Vita-C: membantu penyerapan zat besi, meningkatkan ketahanan tubuh si ibu & mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit
  5. OsteMatrix: membantu pertumbuhan tulang & gigi bayi, mengatasi kekejangan otot & lenguh-lenguh badan, menguatkan gigi & tulang ibu
  6. OmegaGuard: penting untuk mebantu perkembangan otak, saraf serta penglihatan fetus serta dapat membantu mengawal kenaikan berat badan ibu semasa mengandung


Nak melalui proses kehamilan dengan seronok kan?
Akan lebih bahagia jika bayi yang dilahir itu sihat, cergas & cerdas!
Jadi, awasi pemakanan kita!
Ambillah yang halal lagi baik..


Set Ibu Mengandung ini dapat membantu, biiznillah..insha Allah :-)

Hubungi saya segera:

Nur Asiyah
013-973 9455

[COD area Kota Bharu, Kelantan & penghantaran ke seluruh negara]