Friday, November 27, 2015

DUIT vs. EMAS Sebagai Simpanan

Apabila memperoleh duit gaji, bab menabunglah yang paling ramai orang kita tak buat. Bukan tak tahu kepentingan menabung, bukan juga sebab tak mampu nak buat. Tapi, kebanyakannya TIDAK BERDISIPLIN dengan diri sendiri. 

Pakar ekonomi menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan kita. Contohnya, jika gaji kita RM 2000, maka jumlah yang wajib kita simpan ialah RM200. Ingat, jangan diusik duit simpanan ini! 

Sebelum ini, saya membiarkan saja duit simpanan berada dalam bank. Tapi betulkah ia tersimpan rapi? Oh, tidak sama sekali!

Silap haribulan, duit itulah yang digunakan untuk membeli beg tangan berjenama, kasut import, aksesori kereta atau apa sahaja yang diklasifikasikan kepada KEMAHUAN, bukannya KEPERLUAN. 

Tak tahu kenapa,2 bulan lepas, saya dilorongkan oleh Allah untuk mula membuat simpanan dalam bentuk EMAS. Saya rasa bersyukur tak terkira. Kalaulah saya tahu tentang perkara ini sejak dari dulu lagi, tentulah simpanan emas saya sudah membukit! 

Orang kalau betul-betul terdesak barulah akan gadaikan atau jual emas, setuju? Tak macam simpan duit di bank, bila-bila masa sahaja boleh keluarkan duit tersebut melalui mesin ATM yang sekarang ada di merata tempat. Oh ya, tak perlu ke mesin ATM pun, bukankah "internet banking" ada di hujung jari? Tengah-tengah browse Fb atau Instagram, tiba ternampak ada barang yang berkenan di hati, Terus saja klik, klik dan klik, "Tahniah, transaksi anda berjaya!"

Adoi, kalau macam tu, sikit-sikit lama-lama habislah!
Itu yang tak best tu..
Sekarang, kalau tiba-tiba rasa nak shopping yang entah apa-apa, saya mesti terfikir, "baik aku tukar duit ini kepada emas!"

Ting! Macam cerita dongeng Raja Midas gitu!

Jom, tukar simpanan duit kita kepada emas!

Nak tahu lebih lanjut tentang simpanan emas?

Hubungi saya, 
Asiyah
013 9739455
Stokis Sah Powergold

Wednesday, November 18, 2015

TIPS MENCARI SUPPLEMENTS YANG TERBAIK

  • Kalau nak cari vitamin C, carilah yang jenis sustained release (SR). Maksudnya tablet itu diuraikan secara beransur-ansur dalam badan kita supaya badan kita mendapat khasiatnya yang berterusan sepanjang hari. Kalau jenis yang biasa, sekali kita telan, tak kisahlah low dose or high dose tablet, semua sekali akan diuraikan sekaligus & selepas beberapa jam, semua vit.c tersebut akan dikumuhkan.
  • Kalau nak cari kalsium, cari yang digabungkan terus dengan vitamin D. Sebabnya, apabila ada vit.D yang cukup, barulah kalsium itu boleh diserap dengan lebih baik.
  • Pilihlah pil yang mudah ditelan, contohnya berbentuk bujur & tidak terlalu besar.
Hmm...Sebab itulah saya sayang Shaklee SR Vit. C & Ostematrix saya ni. Bukan sahaja formulasi hebat, harga pun sangat murah. Bulan ni, sebiji SR Vit.C harganya tak sampai 40 sen pun!
Murah ke murah?
Asiyah
013 9739455

Friday, November 6, 2015

Kisah Bismillah

"Mama, meh kakak bubuh sendiri susu tu", pinta Nidaaul Awatif sewaktu saya mahu membancuhkan susu untuknya.
Saya lihat mulutnya terkumat kamit menyebut lafaz Basmalah setiap kali dia memasukkan 1 sudu susu tepung ke dalam cawan yang sudah berisi air suam.
Ada sedikit susu yang tertumpah di atas lantai. Menyedari hal itu, saya lihat air mukanya berubah.
"Sikit jah tupoh ni, mama. Tadi kakak
baco Bismillah doh maso nok bubuh susu. Baco Bismillah baru la jadi mudoh, sebab tu tok banyok tupoh", ujarnya seakan membela diri.
"Betul tu, kakak. Allah tolong kakak sebab kakak baco Bismillah. Sikit jah tupoh tu. Nah, kakak amik kain ni, tolong lap hok tupoh tu deh", balas saya sambil menghulurkan sehelai kain tuala kecil kepadanya.
Saya tersentap sebenarnya.
Allah datangkan anak kecil untuk mentarbiyah mamanya yang sering lalai.
BISMILLAH..
Satu perkataan yang sangat ringkas, namun mempunyai makna yang sangat luas & mendalam. "Dengan nama Allah"; Nak buat apa-apa pun, mesti ingat Allah, dahulukan Allah..insha Allah kita takkan tersasar.

Jika Allah sentiasa "ada" di hati, kita akan malu untuk melakukan perkara mungkar.
Jika Allah sentiasa di hati, gunung api kemarahan kita takkan mudah meletus.
Jika Dia di hati, kita pasti takkan senang untuk bermalas-malasan.
Betul ke betul?

Sunday, November 1, 2015

Rumah atau Muzium?

Happiness is baking choc chip muffins together with 3 cute little helpers in your own kitchen & enjoying the freshly baked ones when it is raining cats & dogs outside ðŸ˜ŠðŸ˜Š

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah



Sudah 3, 4 hari Awatif & Abeed minta mama buatkan muffin.Permintaan sebegini agak mustahil untuk mama tunaikan pada hari bekerja. Jadi, mama berjanji untuk baking pada hujung minggu. Nak tak nak, janji wajiblah ditepati! Celik mata je, terus minta muffin..hehe..

Masa kita dengan anak-anak sangatlah berharga. Jadi, cubalah sedaya mungkin untuk libatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kita terutamanya jika kita ibu bapa yang bekerja di luar rumah. 

Memasak bersama-sama.
Jemur pakaian bersama-sama. 
Lipat baju bersama-sama. 
Main bersama-sama.
Mengemas bersama-sama.

Walaupun hasil kerja mereka tak sesempurna yang kita nak, tak apa, asalkan semuanya gembira! Secara tak langsung kita mengajar anak-anak kita erti tanggungjawab. 

Rumah bersepah sikit-sikit tu buat tak tahu je la..pejam sebelah mata & LET IT GO! 
Cakap dalam hati: "Inilah rumah, bukannya muzium!"