Saturday, December 19, 2015

INI CERITA TENTANG MADU

Cerita ini berkisar tentang madu yang manis, ya.. bukan madu yang pahit tu (Eh?)

Anak-anak perempuan kami suka minum madu. Kalau diikutkan kehendak mereka, 1 sudu teh sekali minum, takkan mencukupi. Anak lelaki nan seorang itu pula, kena paksa barulah minum. Manis sangat, katanya. 

Berikut dikongsikan artikel menarik berkaitan madu yang diambil dari Fb page Farmasi Rimadex KB. Semoga bermanfaat!

🐝Madu merupakan makanan & juga penawar.

Kenapa makanan?

✔Sebabnya, daripada 5 elemen nutrisi yang utama, madu asli mengandungi kesemuanya (vitamin, mineral, protein & karbohidrat) kecuali LEMAK.
✔Madu sebagai penawar pula, ada difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran (16: 69) & terdapat juga dalam As-Sunnah [Bukhari (5356 & 5684) serta Muslim. (2217)].

🐝Namun begitu, janganlah terlalu OBSES dengan madu sehingga menolak semua jenis rawatan moden yang lain!

🍴Amalan meminum madu perlulah sekadarnya, tidak berlebih-lebihan serta bergantung kepada kondisi kesihatan masing-masing.

Madu boleh dicemari oleh spora bakteria yang mengakibatkan INFANT BOTULISM, sejenis jangkitan yang jarang terjadi tetapi boleh membawa maut di mana usus yang dijangkiti oleh spora kuman ini akan mengeluarkan toksin merbahaya.

👶Selepas usia 1 tahun, usus bayi semakin matang & mampu membentuk sistem pertahanan yang boleh menghindari jangkitan ini.

Atas sebab inilah, madu DILARANG untuk diberikan kepada bayi yang berusia bawah 12 bulan.