Sunday, February 14, 2016

Tambah Kekebalan

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Uhh, lama sungguh tak bersiaran! Alang-alang dah mengadap PC ni, tiba-tiba rasa nak mencoret sepatah dua di sini.

Apa khabar semua? Pagi-pagi ni, perkara pertama yang perlu dibuat ialah BERSYUKUR.

  • Syukur Alhamdulillah kerana masih dapat bernafas di bumi Allah selepas dibangkitkan semula dari mati sementara iaitu tidur. 
  • Syukur Alhamdulillah kerana bangun-bangun je, dapat lihat wajah-wajah kesayangan di sisi yang sihat walafiat. 
  • Syukur Alhamdulillah dapat sediakan juadah buat sarapan ahli keluarga di pagi hari.
  • Syukur Alhamdulillah kerana "harimau malaya" sudah mengaum..tiba-tiba ada 4 angka dalam akaun! Hehe..


Di sebalik nikmat yang kita kecapi, ada insan-insan yang sedang diuji. Contohnya, ada sahabat-sahabat yang sedang sakit. Ada anak-anak kecil yang sedang terlantar. Ada ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk menguruskan ahli keluarga yang tidak sihat.

UJIAN itu tanda Allah sayang. Dia mahukan kita BERIKHTIAR mencari penawar dan kemudiannya BERTAWAKAL kepadaNya untuk penyembuhan.

Anak asyik demam. Kita pula mudah tak sihat. Takkan nak biarkan macam itu je? Nanti, kerja akan lebih banyak tertangguh. Tanggungjawab lain pula mungkin akan jadi terabai. Jadi, haruslah kita berusaha meningkatkan KEKEBALAN serta ketahanan tubuh supaya perkara yang sama dapat dielakkan. Jika terjadi sekalipun, moga-moga kesihatan akan kembali pulih dalam waktu yang singkat & sakit tidak berlarutan. Insha Allah..

Cuba perhatikan gambar di bawah. Apa yang anda faham?


Haa, inilah yang saya belajar semasa mengambil subjek Immunology di UIA Kuantan dahulu. Punyalah otak ini berhempas pulas nak memahami setiap istilah. Nampak tak ada perkataan INTERFERON dalam gambar di atas?

Makhluk apakah interferon ini?
Meh. saya ceritakan dengan bahasa mudah..


  1. Pada suatu hari, virus selsema telah menyerang sel tubuh saya. 
  2. Jika saya sihat, serangan virus itu akan mengaktifkan penggera (alarm) kepada sistem kekebalan tubuh (immune system) saya supaya bertindak. 
  3. Penggera itu ialah sejenis protein yang dinamakan sebagai Interferon
  4. Tindakan interferon akan menghasilkan protein antiviral seterusnya menyelamatkan sel-sel lain daripada diserang oleh virus selsema tersebut.
Subhanallah! Hebat sungguh ciptaan Allah ini kan?

Biasanya, mereka yang mudah diserang sakit ialah mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah. Kekebalan tubuh pula ada kaitannya dengan kandungan interferon dalam sel seseorang. 

Seorang pakar immunologi (immunologist) Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima telah mengambil masa lebih 40 tahun melakukan kajian untuk mencari bahan-bahan yang boleh meningkatkan paras interferon dalam tubuh. Sepanjang kajiannya, beliau telah menjalankan uji kaji terhadap ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba sebelum akhirnya menghasilkan NutriFeron!

 
Woww! Ini betul-betul serius, bukan main-main ye..bukan "kajian" di belakang dapur rumah!

Sekarang, NutriFeron telah dipatenkan. Maknanya, produk seumpama ini hanya ada di Shaklee. Hak cipta terpelihara, orang lain tak boleh tiru. NutriFeron ni sebenarnya hasil gabungan 4 jenis ekstrak tumbuhan yang bertindak sebagai immune booster.



Sepanjang bulan Februari 2016 ini, Shaklee ada buat promosi NutriFeron: BELI 6 PERCUMA 1 & BELI 2 DAPAT DISKAUN 5%.

Jadi, tak perlulah nak fikir panjang, kita yang dah tahu manfaat NutriFeron ni silalah rembat sekurang-kurangnya 1 kotak NutriFeron segera untuk diletakkan di rumah kita sebagai persediaan menghadapi hari-hari tidak sihat yang kita pun tak tahu bila. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan".. Haa, gituuuu!


SMS/WhatsApp untuk tempahan atau pertanyaan lanjut;

ASIYAH
013 973 9455

(SID; 916957)

[Pengeposan ke seluruh negara, COD sekitar Kota Bharu]