Thursday, July 20, 2017

Pillow Talk

Pillow talk, atau berbual-bual dengan anak-anak/pasangan sebelum tidur adalah satu momen yang Kak AC sangat, sangat hargai kerana bukan selalu Kak AC dapat peluang macam ni. Maklumlah, kita mama yang berkerjaya & anak-anak bersekolah atau berada dengan pengasuh di waktu siang, suami pun sibuk bekerja. 

Jadi, waktu malam sahajalah tempoh yang ada untuk digunakan untuk berkomunikasi & berinteraksi dengan mereka. Adakalanya, disebabkan mama & anak-anak sudah keletihan, mata terus je terpejam sebaik sahaja kepala diletakkan di atas bantal. Jika begini keadaannya, maka tiadalah pillow talk pada malam tersebut. 

Pernah dalam satu sesi perbualan santai pillow talk ni, anakanda sulung kami yang berusia 7 tahun bertanya, "Mama, bolehkah kalau kita tak nak berkawan dengan orang lain? Kita berkawan dengan orang ni tapi tak nak berkawan dengan orang tu. Boleh ke macam tu, mama?"

Haa, apa jawapan mama-mama sekalian kalau anak bertanya soalan sebegini? 
Boleh kongsi?

Jawapan Kak AC, "Allah & Nabi suruh kita berkawan dengan semua orang, buat baik dengan orang lain walaupun dia ada buat jahat kepada kita. Kita akan dapat banyak pahala kalau buat apa yang Allah & Nabi suruh, dapat masuk syurga yang indah!"

"Itulah, kakak dah beritahu kawan kakak macam tu, tapi dia asyik suruh kakak jangan kawan dengan ***** tu, dia nak kakak kawan dengan dia je. Kakak kata, kakak nak berkawan dengan semua orang" ujar puteri kami ini. 

"Bagus anak mama ni, mesti Allah sayang sangat sebab suka buat baik & nak berkawan dengan semua orang. Seronok kan, kalau kita ramai kawan? Boleh belajar sama-sama, bermain sama-sama dengan gembira", terus Kak AC rangkul tubuh Nidaaul Awatif & cium dahinya. 


Dalam hati seorang mama, Kak AC berdoa..Ya Allah, peliharalah anak ini. Jauhkannya dari segala sifat buruk & hasutan syaitan. Semoga dia mampu menjadi ikutan yang baik...Aameen. 

Nampak kan, betapa pentingnya komunikasi dua hala antara ibu bapa dengan anak-anak? Pillow talk boleh dijadikan sebagai salah satu komunikasi yang efisien. Kita sebagai mama, kena cuba juga cari ruang untuk melakukannya. Di situlah kita akan mengetahui perihal kehidupan anak-anak di sekolah atau di rumah pengasuh. Di situ juga kita berpeluang menerapkan sifat mahmudah dalam jiwa anak-anak, secara tak langsung menjadi medan untuk kita memperbaiki diri sendiri.

Bayangkan, apa akan jadi jika di rumah pun masing-masing membuat urusan sendiri. Mama baba dengan kerja rumah & telefon bimbitnya, anak-anak dengan TV atau tabletnya. Semua orang berada di dunia yang terasing walau hakikatnya jasmani di bawah satu bumbung yang sama. Sangat tak syok, kan?

Alaaah, tak perlu luangkan masa sejam pun untuk berbual dengan anak-anak. Kadang-kadang, komunikasi selama 5-10 minit sebelum tidur itu lebih berkesan daripada bebelan kita setengah jam sehari (errkkk, iye ke jumlah masa bebel kita macam tu?). 

Itu sebab kenapa Kak AC suka pillow talk! Bukan sahaja berbual dengan anak-anak, tapi dengan bapa kepada anak-anak kita juga. 

Semoga rumahtangga kita semua sentiasa dilimpahi dengan sakinah, mawaddah wa rahmah. Aameen. 





Monday, July 10, 2017

Tips Melabur Untuk Ibu Bapa

Nak kata banyak ilmu & pengalaman, tak juga, sebab baru ada 4 orang anak. Tapi, Kak AC nak juga pesan kepada semua bakal ibu bapa, "melaburlah di tempat yang sepatutnya".
Kita melabur sebab nak untung, kan? Tiada orang yang melabur sebab nak rugi.
Sebagai seorang mama, setakat ni, Kak AC tak pernah menyesal "melabur" untuk dapatkan alat-bantu berikut:
- Deep freezer
- Pam susu
- Ergonomic baby carrier
- Car-seat
- Supplements
Benda-benda ni bukanlah wajib beli. Tapi, kewujudannya, sangat-sangatlah membantu ibu ayah & anak.

Berapa harga setiap satu item di atas? Total makan ribu riban juga tu, huhu.
Kalau beli skaligus memang tak berasaplah dapur kami rakyat marhaen ni. Lainlah kalau memang dah ada duit berkepuk dalam simpanan.
Solusinya, menabung sedari awal. Ya, seawal mungkin!
Tak payahlah habiskan duit tabungan semata-mata nak buat majlis perkahwinan yang grand, lepas tu honeymoon keliling dunia.
Takut nanti, bila dah dapat anak, itu tak ada, ini tak ada. Lepas tu stress, meroyan, lepas tu susu merudum, lepas tu..lepas tuu... (Sila sambung sendiri)
Lagi satu, carilah produk yang berkualiti. Recce, rajin-rajin survey. Mahal sikit tak mengapa asalkan bermanfaat, tahan lama & selamat. Kalau boleh, beli alat yang sekali beli je masa beranakkan anak sulung, lepas tu untuk adik-adiknya pakai yang sama je.
Orang kata, "alah membeli, menang memakai". Haaa, gittewww...
Sekian tips daripada Kak AC,
Mama anak 4