Showing posts with label GLA. Show all posts
Showing posts with label GLA. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Rambutku Mahkotaku..

Pernah tak alami keguguran rambut yang teruk hingga menyebabkan anda berdoa, "Tolonglah jangan botak"?

Tak payah angkat tangan. Sila simpan jawapan sendiri ya.

Saya nak mengaku yang saya pernah alaminya. Seriously, masa tu memang macam dah tak ada harapan. Rambut makin menipis. Sekali sikat, hampir penuh segenggam rambut. Yang jatuh atas lantai tak usah kira la..

Macam-macam jenis syampu saya dah cuba tapi tak berhasil. Mungkin Yun Nam je yang saya belum try lagi. Pernah juga terdetik, moga-moga ini bukan kesan disihir. Nauzubillahi min zalik..

 
Rambut memang akan gugur dengan sendiri selepas mencapai tempoh matangnya. Namun, jika lebih 100 helai rambut yang gugur dalam masa sehari, ia bukan sesuatu yang normal. Rawatan diperlukan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

Alhamdulillah, episod yang mengerikan buat saya itu sudah berlalu hasil ikhtiar rawatan luar & dalam menggunakan produk-produk Shaklee, tentunya dengan izin Allah jua. Sebagaimana badan memerlukan makanan untuk terus berfungsi dengan baik, rambut juga begitu. 

Apa yang rambut perlukan untuk tampil sihat & menawan?

Rawatan Dalaman:
  1. Vitamin - multivitamin termasuklah vitamin B6, B12, zat besi dan asid folik (boleh didapati dalam VitaLea & B-Complex)
  2. Mineral - termasuklah zinc, magnesium & biotin (boleh didapati dalam Zinc Complex, VitaLea & B-Complex)
  3. Protein - terutamanya kolagen dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cantik & kuat (Shaklee Collagen Powder & Energizing Soy Protein)
  4. GLA untuk menyeimbangkan hormon sekiranya hormon tidak seimbang terutamanya bagi perempuan.
Rawatan Luaran:
  1. Cuci rambut dengan syampu & perapi yang sesuai - Rangkaian Set Penjagaan Rambut ProSante mengandungi ekstrak herba-herba terpilih, tidak toksik dan dapat membantu memberikan rambut yang lebih sihat & cantik!
  2. Biarkan ia kekal asli - kurangkan penggunaan bahan kimia seperti pewarna rambut & teknik-teknik rebonding dll.
  3. Sikat dengan betul - Menyikat rambut merupakan salah satu sunnah Rasulullah yang patut diamalkan oleh semua umat Islam. Elakkan menyikat rambut sewaktu rambut basah kerana pada waktu tersebut akar rambut dalam keadaan lema.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua. Semua orang pun boleh dapat rambut sihat yang cantik menawan..macam model gituu (sila Google sendiri ya kalau nak tengok gambar rambut cantik! Hehe..)

Jika anda/pasangan/kenalan/saudara mara anda mengalami masalah yang sama, saya sedia membantu!

Pm saja..nk wassap/sms pun boleh:

Nur Asiyah Mustapha Kamil
0139739455
[Penghantaran ke seluruh negara & COD area Kota Bharu, Kelantan]

Rujukan:
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/eating-right-keep-hair-healthy
  •  http://www.medicinenet.com/hair_loss/page10.htm#what_vitamins_are_good_for_hair_loss
  •  http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/313.html

Thursday, August 14, 2014

Promosi Shaklee Ogos 2014: GLA Complex (Beli 6 Percuma 1)




Saya terlebih dahulu mengenali Evening Primrose Oil (EPO) berbanding Borage Oil. Kenal pun sebab ummi saya amalkan EPO ni sejak bertahun-tahun. Untuk kesihatan wanita, katanya. 


Dah besar ni baru tau yang EPO mengandungi Gamma Linoleic Acid (GLA) yang sangat penting untuk manusia, terutamanya wanita. 

Saje je nak bagitau..Ummi saya telah melahirkan 10 orang anak & orang selalu tegur ummi & anak-anaknya nampak macam kakak & adik-adik je.. Setakat ni ummi masih sihat tanpa sebarang penyakit kronik, alhamdulillah..

Apabila join Shaklee, baru saya tau yang Shaklee pun ada produk GLA iaitu GLA Complex. Bezanya, GLA Complex ni diekstrak daripada Borage Oil yg mengandungi 2 kali ganda lebih banyak GLA berbanding ekstrak EPO. 





GLA sebenarnya boleh digunakan oleh lelaki & wanita. Namun, GLA lebih popular di kalangan wanita sehinggakan GLA dianggap sebagai teman baik wanita. Kenapa teman baik wanita?

Tak lain & tak bukan disebabkan manfaat-manfaatnya yang sangat banyak membantu wanita terutamanya sebelum & ketika datang bulan. Wanita sahaja yang mengalami premenstrual syndromes (PMS) & senggugut, bukan? Dan wanita sahaja yang mengalami menopause. Yang baik-baik & comel-comel pun boleh berubah kalau cik PMS, senggugut atau menopause ni datang menyerang. 



Alhamdulillah, saya tak pernah rasa sakit senggugut tapi saya pernah lihat bagaimana siksanya keadaan kawan-kawan yang diserang senggugut ni. Nak duduk serba tak kena, yang meringkuk memanjang dan berguling-guling pun ada. Ramai juga yang terpaksa mengambil cuti rehat kecemasan atau bertandang ke klinik untuk konsultasi dengan doktor & mendapatkan MC.

Mujur ada GLA! Saya mendapat banyak maklumbalas positif daripada pelanggan-pelanggan yang mengamalkan GLA ini, antaranya:
  • Sakit senggugut berkurang
  • Kitaran haid kembali teratur
  • Berjaya hamil setelah sekian lama mencuba
  • PMS terkawal / hampir tiada
  • Kulit & rambut semakin cantik (glowing & blushing gituu!)





Ok, I think I've fallen in love with Shaklee GLA Complex! 



Ayuh, rembat sekarang sementara promosi harga runtuh ni! 

Kalau tak nak beli 6 botol pun tak apa..masih dapat harga murah hanya di Super Parents' Choice.




** Ahakkkss..Nak sihat, subur & awet muda macam ummi jugak! Kita ikhtiar..lepas tu barulah bertawakkal **




Macam biasa, sebarang pertanyaan lanjut / tempahan, boleh pm di Fb Super Parents' Choice atau personal Fb saya:

Nur Asiyah Mustapha Kamil (0139739455 - SMS/WhatsApp)

Tuesday, July 30, 2013

Promosi Harga Runtuh Julai 2013: Shaklee Gamma Linoleic Acid (GLA) Complex

Gamma Linoleic Acid (GLA):
  • sejenis asid lemak omega-6 yang penting untuk kesihatan tubuh manusia 
  • GLA digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin, sejenis bahan anti-radang yang terlibat dalam pelbagai fungsi badan
  • Orang muda yang sihat boleh menghasilkan GLA daripada linoleic acid. Namun, sebilangan besar daripada kita tidak mampu untuk menghasilkan GLA dengan berkesan disebabkan kekurangan zat-zat tertentu dalam pemakanan, kesan merokok, jangkitan virus, menghidap penyakit-penyakit tertentu dan juga kerana proses penuaan
  • Pengambilan GLA sebagai makanan tambahan dapat memastikan kewujudan rantaian asid lemak omega-6 dalam badan manusia mencukupi & dapat berfungsi dengan baik

 Kebaikan-kebaikan GLA untuk kesihatan:
  1. Kolesterol: 
    • merendahkan paras 'kolesterol jahat' (LDL)
    • berupaya mengurangkan paras kolesterol 170 kali ganda lebih efektif berbanding omega-6 itu sendiri
  2. Hormon: 
    • menangani sindrom pra-haid (PMS) terasuklah kemurungan, mudah meradang, sakit pada payudara dan rentensi cecair dalam badan
    • mengurangkan simptom menopaus seperti "hot flashes", brpeluh pada waktu mala, kekeringan faraj & "mood" yang berubah-ubah
  3. Eczema:
    • pesakit eczema yang dirawat dengan GLA kurang mengalami kerengsaan / kekeringan / kegatalan kulit, kulit bersisik
    • pelembap anti-penuaan: melembapkan & memberi nutrisi kepada lapisan epidemis sekaligus meningkatkan keupayaan menghasilkan sel-sel kulit yang baru
  4. Kesihatan sendi:
    • menyokong kesihatan sendi 
    • mengurangkan simptom Rheumatoid Arthritis
  5. Kencing manis:
    • meningkatkan pengaliran darah & halaju konduksi saraf 
    • mengurangkan risiko mendapat komplikasi kencing manis pada sistem saraf
  6. Kesuburan: 
    • meningkatkan kualiti mukus pada serviks pada waktu subur (ovulasi)
    • menjadikan faraj sebagai persekitaran yang lebih sesuai untuk sperma
    • meningkatkan peluang untuk mendapat zuriat
Kandungan Shaklee GLA Complex: 
  1. Minyak borage:
    •  mengandungi kandungan GLA yang tinggi (20% GLA) berbanding minyak evening primrose (EPO) yang hanya mengandungi 8-10% GLA
    • mudah diserap
  2. Minyak bunga matahari
  3. Vitamin E


Dapatkan Shaklee GLA Complex sekarang!
  1. Pm kami di facebook: https://www.facebook.com/pages/Super-Parents-Choice/275169562615149 atau
  2. Hubungi kami di talian: 0146301876
Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan!
Semoga amalan kita diterima Allah s.w.t.. ameen