Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

TIPS MENCARI SUPPLEMENTS YANG TERBAIK

  • Kalau nak cari vitamin C, carilah yang jenis sustained release (SR). Maksudnya tablet itu diuraikan secara beransur-ansur dalam badan kita supaya badan kita mendapat khasiatnya yang berterusan sepanjang hari. Kalau jenis yang biasa, sekali kita telan, tak kisahlah low dose or high dose tablet, semua sekali akan diuraikan sekaligus & selepas beberapa jam, semua vit.c tersebut akan dikumuhkan.
  • Kalau nak cari kalsium, cari yang digabungkan terus dengan vitamin D. Sebabnya, apabila ada vit.D yang cukup, barulah kalsium itu boleh diserap dengan lebih baik.
  • Pilihlah pil yang mudah ditelan, contohnya berbentuk bujur & tidak terlalu besar.
Hmm...Sebab itulah saya sayang Shaklee SR Vit. C & Ostematrix saya ni. Bukan sahaja formulasi hebat, harga pun sangat murah. Bulan ni, sebiji SR Vit.C harganya tak sampai 40 sen pun!
Murah ke murah?
Asiyah
013 9739455

Wednesday, June 17, 2015

Ramadhan Mubarak!

‎Ramadhan‬ 1435H yang lalu, saya sarat mengandungkan Nisreen Aisyah. ‪Set Mengandung‬ ‪Shaklee‬ menjadi santapan wajib sewaktu bersahur & berbuka puasa.

Saya dijangka bersalin pada 2 Syawal tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Saya post-date 6 hari. (Aisyah nak bagi mama beraya puas-puas dulu kot kan? Hehe..) Alhamdulillah, Allah izinkan saya bersalin normal tanpa di"induce".


Ramadhan 1436H pada kali ini, ‪Set Menyusu‬ pula menjadi ikhtiar untuk saya dapat terus berpuasa tanpa menjejaskan penyusuan susu ibu. Sesi mengepam perlu diteruskan seperti biasa supaya stok untuk bayi tidak putus.

Apa persamaan antara kedua-dua set tersebut?
Kedua-duanya mengandungi ESP, VitaLea , B. Complex, Vita-C dan OsteMatrix..vitamin-vitamin asas untuk kekal cergas bertenaga! Semua itu tidak terhad kepada ibu-ibu sahaja, malah ayah-ayah pun boleh turut sama menikmati khasiatnya :-)

Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Ameen..

Ramadhan Mubarak!
Kullu 'aam wa antum bi khair..

**Aktiviti perniagaan Super Parents' Choice insha Allah berjalan seperti biasa sebagaimana di bulan-bulan lain. Jadi, usah segan silu untuk menghubungi saya untuk sebarang tempahan beserta konsultasi.

Asiyah
0139739455

(Whatsapp/call/sms)
‪
[COD Kota Bharu‬]

Thursday, June 11, 2015

Tahniah, Puan Hamil!

Tuhan sahaja yang tahu apa perasaan seorang isteri yang sekian lama menantikan perkhabaran gembira ini, kan? Bukan semua wanita dapat menikmati indahnya perjalanan sesuatu kehamilan. Alhamdulillah, ia suatu nikmat Tuhan yang tidak dapat didustakan. Justeru, sebaik menerima berita ini, sudah tentu kita mahu menyediakan YANG TERBAIK buat zuriat kita. Dalam banyak-banyak persediaan, persediaan untuk pertumbuhannya adalah yang PALING PENTING.

Semua ibu bapa mahukan anak yang sihat, cergas & cerdas. Biar apa pun jantina si anak, tiada seorang ibu bapa pun yang mahu anaknya dilahirkan cacat atau tidak sempurna samada secara fizikal atau mental. Pernah dengar kes bayi yang dilahirkan tanpa tempurung kepala? Atau, bayi dilahirkan dengan kecacatan pada saraf atau tulang belakang? Atau, bayi yang dilahirkan tetapi mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran? Mendengarnya pun dah seriau, nak menghadapinya tentulah lebih rumit. Na'uzubillahi min zalik.


Tahukah ibu bapa sekalian, kes-kes yang saya sebutkan di atas sebenarnya boleh dicegah?
Ya, NUTRISI YANG CUKUP SEMASA HAMIL boleh mencegahnya, dengan izin Allah tentunya!

Secara umumnya, keperluan nutrisi bagi sesorang wanita yang mengandung adalah lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengandung. Nama pun "berbadan dua", kan?

Gambar di bawah menunjukkan keperluan kalsium harian yang diperlukan oleh setiap golongan termasuklah ibu mengandung.


Tak payah susah-susah. Kalau masih belum membuat pilihan, kami cadangkan ibu-ibu megnamalkan Set Ibu Mengandung atau Set Kehamilan Shaklee bagi melengkapkan nutrisi harian seorang ibu mengandung. Ingat, corak pemakanan kita bakal memberi kesan kepada zuriat yang sedang dikandung!


Di bawah ini, saya senaraikan antara kepentingan-kepentingan setiap produk untuk ibu mengandung & janin yang dikandung.

  1. Energizing Soy Protein (ESP): Sel-sel tubuh manusia dibina berasaskan protein. Tak cukup protein, sel tak dapat terbentuk dengan sempurna. ESP juga dapat membantu ibu untuk kekal bertenaga sepanjang hari. 
  2. VitaLea: membekalkan vitamin & mineral yang diperlukan oleh tubuh termasuklah ZAT BESI yang sangat penting dalam tumbesaran janin. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah menurun (anemia), kekurangan oksigen serta boleh mengakibatkan komplikasi kepada bayi & komplikasi semasa kelahiran.
  3. B. Complex: menyalurkan vitamin-vitamin B yang penting untuk pertumbuhan janin termasuklah penghasilan sel-sel darah, memberikan tenaga kepada ibu & meredakan tekanan (stress) manakala asid folik pula membantu perkembangan saraf janin.

  4. Vita-C: membantu penyerapan zat besi, meningkatkan ketahanan tubuh si ibu & mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit
  5. OsteMatrix: membantu pertumbuhan tulang & gigi bayi, mengatasi kekejangan otot & lenguh-lenguh badan, menguatkan gigi & tulang ibu
  6. OmegaGuard: penting untuk mebantu perkembangan otak, saraf serta penglihatan fetus serta dapat membantu mengawal kenaikan berat badan ibu semasa mengandung


Nak melalui proses kehamilan dengan seronok kan?
Akan lebih bahagia jika bayi yang dilahir itu sihat, cergas & cerdas!
Jadi, awasi pemakanan kita!
Ambillah yang halal lagi baik..


Set Ibu Mengandung ini dapat membantu, biiznillah..insha Allah :-)

Hubungi saya segera:

Nur Asiyah
013-973 9455

[COD area Kota Bharu, Kelantan & penghantaran ke seluruh negara]

Thursday, August 21, 2014

Bersalin & Berpantang

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2014 yang lepas, saya dianugerahkan Allah seorang lagi puteri solehah yang bakal memberi manfaat kepada ummah. Nisreen Aisyah nama diberi. Sepanjang mengandungkan Aisyah, Set Kehamilan Sihat Shaklee menjadi peneman saya. Alhamdulillah, melalui uneventful pregnancy, mama & si kecil sihat walafiat. 

Tersenyum sendirian saya dibuatnya apabila mengenangkan pengalaman berpantang anak sulung & kedua yang lalu. Mana taknya, umur anak dah masuk setahun pun, jamunya masih belum berjaya dihabiskan. Ada yang "panas", tak sesuai dengan perut bayi. Setiap kali mama makan, anak mesti cirit. Jadi, terpaksalah tangguh dulu pengambilannya sehingga anak besar sikit. Ada juga yang dikhuatiri dapat menyebabkan jaundis atau memburukkan keadaan. Sekali lagi, terpaksa tangguh walaupun anak sihat. 

Merasai sendiri kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan supplement Shaklee, saya nekad untuk meneruskan pengambilan produk-produk ini selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee pula menjadi  set berpantang pilihan pada kali ini. Yang ini confirm saya dapat habiskan! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca sehingga habis..

Sebelum kita tengok apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee & mengapa set ini menjadi pilihan ibu-ibu masa kini, jom kita teliti semula mengapa ibu-ibu yang baru bersalin perlu berpantang serta apa yang mahu dicapai semasa berpantang.
  1. Kembali bertenaga & sihat fizikal dan mental
  2. Luka luaran & dalaman cepat sembuh
  3. Bayi sihat & tidak meragam
  4. Ibu ceria, tidak murung
  5. Susu badan banyak
  6. Mendapatkan semula bentuk badan idaman
  7. Ibu & anak membuang air besar & kecil dengan baik
Cara berpantang orang Melayu misalnya, tak sah kalau tak ada ikan bakar, tak boleh makan sayur / buah-buahan yang bersifat "sejuk/angin". Ada sesetengahnya terpaksa menghadap menu yang sama setiap hari, tiada kepelbagaian. Agak-agaknya, kalau cara berpantang macam ni, dari mana badan si ibu mahu mendapatkan segala jenis zat untuk mencapai objektif-objektif di atas dengan jayanya? Mujurlah ada Set Bersalin Shaklee. 




Jom, kita tengok apa kebaikan-kebaikan yang Set Bersalin Shaklee ini tawarkan kepada ibu-ibu yang sedang berpantang!

PRODUK
KEBAIKAN
VitaLea
·         Multivitamin yang mengandungi 28 nutrien untuk memulihara & memelihara kesihatan tubuh.
·         Dilengkapi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
B-Complex
·         Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
·         Dilengkapi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
·         Memberikan tenaga (energy booster)
·         Membantu mengatasi kemurungan (depression)
SR Vita-C
·         Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
·         Memperkukuh sistem pertahanan badan
·         Membantu dalam pembentukan kolagen bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat & cantik
Zinc
·         Mempercepat penyembuhan luka luaran & dalaman
Energizing Soy Protein (ESP)
·         Memberikan tenaga segera (energy booster) yang berpanjangan
·         Sumber protein yang berkualiti – penting dalam penghasilan sel-sel baru
·         Meningkatkan kesihatan & kecantikan kulit serta rambut
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
OsteMatrix
·         Menyediakan nutrien harian termasuklah kalsium yang diperlukan untuk pembentukan & kesihatan tulang dan gigi.
·         Membantu menghilangkan lenguh-lenguh, sakit urat & sengal sendi
·         Memudahkan proses pembuangan air besar (ibu lebih lawas)
Alfalfa
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
·         Untuk kesihatan dalaman wanita


Set Bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas melahirkan (kecuali Alfalfa) & pengambilannya sangat digalakkan untuk diteruskan sebagai makanan tambahan harian walaupun tempoh berpantang sudah pun tamat. Kenapa? Kerana kebaikan-kebaikan yang diberikannya cukup banyak kepada ibu & bayi!

Tujuan ibu-ibu berpantang akan dapat dicapai dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang konsisten & dengan cara yang betul, insha Allah..tentunya dengan izin Allah jua. 

Berpantanglah dengan sihat, wahai ibu-ibu semua!
Cepatlah pulih..suami & anak-anak memerlukan perhatianmu!

Ikuti kupasan khas Dr. Zubaidi tentang Set Bersalin Shaklee di sini..

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan Set Bersalin Shaklee, sila SMS/WhatsApp 0139739455 (Asiyah) atau pm kami di Fb page: Super Parents' Choice. 

Jaminan harga terendah untuk semua!

Saturday, August 24, 2013

Shaklee: Sentiasa Berkesan

"Awak jual Shaklee memang sebab barang-barang dia bagus & dah dicuba sendiri ke?", seorang kawan bertanya saya.

Ya, saya dah cuba sendiri produk-produk Shaklee & memang sgt bagus!

Dulu, sebelum kenal Shaklee, saya & suami ada beli macam-macam jenis supplement juga tapi kami mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskannya. Dah dekat nk expired barulah kalut nak habiskan. Susah ke sebenarnya nak istiqamah makan supplement?

Selepas kenal Shaklee, tak jadi macam tu la pula. Elok je kami dapat habiskan satu-satu botol produk tu. Yang memang kami tak tinggal ialah item-item kegemaran ni: Energizing Soy Protein (ESP) pada setiap pagi, OsteMatrix pada setiap pagi & malam, serta Meal Shakes & Vitamin C untuk anak-anak pada setiap hari.

Apa yg menyebabkan kami begitu konsisten makan supplement pada kali ni? Tentulah sebab kami dah rasa sendiri kesannya yang sangat bagus! Tak susah pun utk istiqamah sebenarnya kerana Shaklee sentiasa berkesan.

Alhamdulillah dengan izinNya, sekarang ni dah tak selalu sakit-sakit badan macam dulu, dah tak abaikan sarapan disebabkam asyik terkejar-kejar je pada setiap pagi, dah makin cergas kat tempat kerja & yg paling menarik, apabila pulang ke rumah taklah terus tumbang atas katil dek kepenatan sampai tak sempat bermain dgn anak-anak.  Hidup kini dirasakan lebih berkualiti.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.


Jom, sihat bersama Shaklee!


Pm segera jika berminat untuk menyertai kami :-)

Saturday, March 9, 2013

Hadiah Buat Nenek

Petang semalam, usai menghadiri ceramah perkongsian di Shaklee Cawangan Kota Bharu, kami sekeluarga balik ke kampung untuk menziarahi nenda tercinta. Kalau merujuk kepada tarikh lahir dalam kad pengenalan, nenek sebelah abah yang kami panggil sebagai "Mok" ini sudah pun berusia 84 tahun. Alhamdulillah, Mok masih sihat, tiada penyakit 3 serangkai yang sangat popular sekarang. Cuma, Mok mengalami sedikit masalah pendengaran & sakit lutut yang membataskan pergerakannya. Meskipun menghadapi limitasi sebegini, kebanyakan solatnya masih dikerjakan di masjid yang berhampiran dan untuk sampai ke masjid, Mok perlu menyeberangi jalanraya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus. Aduh, ini sudah cukup untuk menjadi muhasabah buat kita yang masih muda ini!

Mok seolah-olah dapat menghidu kedatangan cucu cicitnya ini. Ketibaan kami disambut dengan hidangan nasi dagang berlaukkan gulai udang & ikan tongkol yang super sedap! Alhamdulillah. Inilah yang orang katakan sebagai langkah kanan sungguh. Terima kasih, Mok. Lain kali nak lagi :-) Sebelum terlupa, kami serahkan kepada Mok buah tangan istimewa daripada kami, khas untuk Mok yang memang memerlukannya..Shaklee OsteMatrix. Dengan izin Allah, semoga supplement ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup Mok ke arah yang lebih baik.

Adakah OsteMatrix hanya untuk warga tua yang mempunyai masalah tulang? Oh, tidak. Anda perlukan OsteMatrix jika:
  • selalu keletihan, cepat penat
  • lenguh-lenguh, sakit pinggang
  • kurang makan sayur hijau & produk tenusu
  • mengandung / menyusukan bayi
  • kejang otot (cramp)
  • ada gejala-gejala PMS - senggugut, kembung perut, mudah meradang
2 biji OsteMatrix yang diambil selepas sarapan pagi & 2 biji selepas makan malam sebenarnya dapat memenuhi keperluan kalsium harian anda. Penyerapan kalsium daripada OsteMatrix ke dalam darah adalah lebih cepat berbanding jika anda mengambil sebiji tablet kalsium semata-mata kerana OsteMatrix juga mengandungi Magnesium, Vitamin D dan zat-zat galian lain yang diperlukan dalam proses penyerapan. Kajian Shaklee menunjukkan, kalsium OsteMatrix tadi akan kekal berada dalam darah selama lebih kurang 12 jam.

Ayuh, masih belum terlambat untuk memperbaiki kesihatan diri kita & ahli keluarga kita sekarang! Pilihan yang kita ambil pada hari ini akan menentukan kondisi kita pada 10 tahun akan datang.

Promosi hebat daripada Shaklee untuk bulan Mac 2013:

Beli 6 botol OsteMatrix, Percuma 1 botol Ostematrix

Berminat?

Hubungi kami segera di;
Fb: Super Parents' Choice, atau
E-mel: doubleAs83@gmail.com

Terima kasih.