Showing posts with label SSC. Show all posts
Showing posts with label SSC. Show all posts

Thursday, June 21, 2018

Kelebihan Gendong Dengan Betul

Bukan sekadar gendong. Kesan gendongan yang betul itu yang lebih berharga ๐Ÿ˜
✔Bayi kurang menangis
✔Bayi lebih bijak
✔Tidak memberi tekanan kepada tulang belakang bayi
✔Membantu tumbesaran emosi bayi
✔Memudahkan penyusuan susu ibu

Pilihlah alat penggendong yang sesuai & selamat supaya anda & bayi memperoleh manfaat yang optimum!
---------------------------------------------------------------------
Dengan pembelian ergonomic baby carrier jenama #Tugeda daripada kami, anda layak mendapat sepasang "drool pads" comel pada harga diskaun 10% ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
๐Ÿ“ฒ WhatsApp:
013 973 9455
013 973 9455

Tuesday, November 28, 2017

5 Tips Penjagaan Penggendong Bayi


  1. Basuh - Basuh tempat yang kotor sahaja (spot clean). Lap dengan tuala basah yang bersih atau sental dengan lembut bahagian berkenaan dengan air paip sahaja. Jika perlu mengunakan sabun, guna sabun yang lembut dan tidak melunturkan fabrik. Sekiranya penggendong terlalu kotor dan memerlukan basuhan menyeluruh, basuh menggunakan tangan agar dapat memelihara jangka hayat penggendong. Jika mahu menggunakan mesin basuh, letakkan penggendong dalam net berzip atau sarung bantal berzip dan guna mode delicate cold cycle. Jangan campur dengan pakaian lain.
  2. Jemur - Sidai penggendong di tempat yang teduh, bukan secara langsung di bawah cahaya matahari untuk memelihara ketahanan fabrik agar tidak cepat lusuh.
  3. Anginkan - Anginkan penggendong jika tidak digunakan
  4. Elak - Elakkan menyimpan penggendong dalam bonet kereta. Pemeruwapan bahan kimia daripada enjin kereta serta udara panas yang terkumpul boleh merosakkan material penggendong. Risiko terkena tumpahan air bateri kereta atau buckle tersepit bonet kereta juga dapat dielakkan. 
  5. Simpan - Simpan penggendong dalam beg khas ketika berpergian supaya terpelihara daripada kotoran dan mudah dicapai apabila mahu digunakan. 

Semoga bermanfaat!

p/s: Semua SSC Tugeda didatangkan khas dengan beg penyimpanan yang sesuai..PERCUMA sahaja begnya!๐Ÿ˜Š

Monday, November 27, 2017

Keluar Berdua Itu Mudah

Alangkah indahnya hidup ini jika semua urusan anak-anak dapat dilakukan bersama-sama. Kerana itulah dalam sebuah keluarga adanya ibu dan ayah untuk saling melengkapi. Namun, ada ketikanya ibu atau ayah perlu menguruskan si kecil sendirian.

Misalnya, apabila ibu atau terpaksa keluar bertugas atau tinggal berjauhan daripada ayah atas sebab-sebab tertentu, yang selalu orang istilahkan sebagai PJJ; perkahwinan jarak jauh. Nak tak nak, semua urusan bayi wajib dilakukan sendirian dari A sampai Z. Puan Mawaddah dari Negeri Sembilan & bayinya ini contohnya, terpaksa berjauhan dengan suami & anak-anak yang lain yang berada nun di Kelantan kerana tuntutan kerja.

Hujung minggu ini, beliau akan pulang ke Kelantan bersama bayi kecilnya dengan menaiki kapal terbang untuk bersama dengan ahli keluarga lain yang amat dirindui. Dah 2 bulan tak jumpa, rindu sangat, katanya. Kuatnya Puan Mawaddah! Huuu, kita kalau dua hari tak jumpa dengan anak-anak atau pasangan pun dah tak keruan..inikan pula kalau dua bulan. 

Minggu lepas, Puan Mawaddah berhubung dengan Kak AC melalui WhatsApp untuk merisik baby carrier yang sesuai buat bayi comelnya. Risau nak nak travel jauh berdua dengan bayi, luahnya. Apatah lagi ini kali pertama beliau perlu melakukan semuanya sendirian, dari turun tangga rumah hingga ke lapangan terbang dengan bagasi dan beg di kiri kanan tangan. Itu belum ditambah lagi dengan ragam bayi yang di luar jangkaan di sepanjang perjalanan.

Di akhir konsultasi, ibu muda ini memilih SSC Tugeda Air Ladybug 2 seperti gambar di bawah. Ohsem sangat, kan?
Disebabkan ini kali pertama beliau menggunakan SSC, jadi Kak AC memberikan panduan & tips-tips penting tentang penggunaan SSC. Tak lupa juga, pesanan dititipkan supaya beliau praktis memakai SSC beberapa kali di rumah sebelum tibanya hari yang dinanti-nantikan.

Jom, lihat apa pula feedback yang beliau berikan setelah mengharungi perjalanan jarak jauh dari Negeri Sembilan ke Kelantan:

''Alhamdulillah, OK Kak AC. Nasif pun behave. Tak nangis. Memang terus tidur dlm Tugeda tu je..Haha.. Alhamdulillah puas hati sangat"

Puan Mawaddah & baby Hasif yang bambam

Allah, leganya rasa! Alhamdulillah, syukur. Kerisauan terubat jua. Semoga SSC yang dibeli ini terus berjasa kepada tuannya dan menjadi satu pelaburan yang menguntungkan. Aameen. 

Tuesday, September 12, 2017

Jalan-Jalan Makan Angin di Putrajaya

Penghujung bulan Ogos yang lepas, Kak AC sekeluarga bermusafir dengan kereta ke Klang untuk menghadiri walimah sepupu. Walimahnya pada hari Ahad, namun kami bertolak 2 hari lebih awal dari Kota Bharu kerana niat di hati ingin membawa ahli keluarga bersiar-siar di ibu kota. 

Beberapa minggu sebelum bertolak, encik suami Kak AC sudah menempah 2 buah studio apartment di Vertex Tower, Cybersquare, Cyberjaya. Oh, jauhnya! Kenduri di Klang tapi menginap di Cyberjaya? Alasan kami, sebab nak makan angin di sekitar Putrajaya. 

Dari Kota Bharu, kami bertolak pada jam 8 pagi dengan harapan supaya dapat sampai di KL sebelum orang kota keluar dari pejabat. Sekali, ada kesesakan lalulintas pula di Lurah Bilut. Allahu, lama sungguh kami terperangkap di situ menyebabkan kami sampai di Cyberjaya beberapa minit sebelum pukul 7 petang. 

Perancangan asal untuk bawa anak-anak mandi kolam, berendam dalam jacuzzi & bersauna di apartment pada petang Jumaat tidak menjadi kerana lewatnya tiba di tempat penginapan. Nasib baiklah apartment yang ditempah memenuhi citarasa kami. Alhamdulillah, sewanya bagi kami lebih murah berbanding hotel. RM120 sahaja untuk penginapan 1 hari 1 malam, apartment ini dilengkapi dengan mesin basuh, peti sejuk, dapur, katil queen, set sofa, set meja makan dan ruangnya agak luas untuk anak-anak kami bergerak aktif. Berbaloi sangatlah, kan?

Malam itu, selesai solat maghrib & isyak, kami hanya makan malam & berehat di apartment sahaja kerana masing-masing sudah keletihan mengharungi perjalanan yang agak lama di siang hari tadi.

Pagi esoknya, suami keluar belikan roti canai & nasi lemak untuk kami bersarapan di apartment sebelum menunaikan hajat yang tergendala petang semalam. Yeay, yang penting FREE jacuzzi & sauna!


Jam 12.30 tengah hari, kami check out. Kami kemudiannya pusing-pusing sekitar Putrajaya, sky ride naik tethered balloon, kemudian berhenti di Ayer@8 untuk makan tengah hari di Restoran Tom Yam Thai & santai di tepi tasik. 



Kali pertama naik belon, semua orang pun happy je. Alhamdulillah, dapat juga menikmati keindahan Putrajaya dari atas. Yang penting, si kecil Nazneen Arifah selesa dalam SSC Tugeda Air Dino (limited edition) ni. Memang terbaik! Baby langsung tak meragam. Kedua-dua tangan kita pula bebas nak buat apa sahaja. Nak pimpin tangan anak yang lain ke, nak ambil gambar selfie ke, nak pegang beg ke..bebas! Paling best, pinggang & belakang pun tak sakit. Syok sangat kan?


Turun sahaja dari belon, Muhammad Abeed pula beria-ia nak naik kereta kecil ini. Tapi, naik sekejap sambil posing ambil gambar sahajalah sebab duit tunai tak berapa banyak ada dalam tangan kalau nak sewa kereta ni untuk pusing satu tasik. Khidmat sewa basikal juga ada disediakan di sini. 


Sedang semua orang tengah tenang bersantai, eh, eh...tiba-tiba anak nombor 3 meragam pula! Nak mama gendong dia dalam SSC juga. Maka, si adik terpaksalah mengalah sekejap, bagi dia praktis berjalan dulu sementara mama back-carry kak Nisreen Aisyah yang tengah moody tu.


Mujurlah si adik ni dah kenyang, gembira & ceria je. Seronok sangatlah dia, mama lepaskan dia atas tanah macam tu. Baru 'dapat kaki'lah katakaaan..Hehe



Kakak sulung, Nidaaul Awatif pula sibuk melompat sana sini bersama-sama dengan anak teruna nan seorang. Kami layankan aje! Janji, tak memudaratkan & anak gembira.



Dari Putrajaya, kami menghala ke Cheras untuk menginap semalaman di rumah adik sebelum pagi Ahadnya bertolak ke rumah bapa saudara di Klang.

Selamat pengantin baru buat sepupuku, Ahmad Najmi & Dr. Ima! Baarakallahu lakuma wa baaraka รกlaikuma wa jamaรก bainakuma fii khair. Semoga kekal bahagia hingga ke syurgaNya. Aameen.


Monday, January 23, 2017

Cinta Makin Mekar

Dulu, waktu anak baru ada seorang, kami suami isteri tak pernah terfikir pun nak beli baby carrier. Kalau nak bawa anak pergi ke mana-mana Kak AC boleh dukung sendiri. Saiz baby pun tak la besar mana. Kalau Kak AC dah lenguh, boleh pass baby kepada suami untuk dia dukung. 

Sekarang, alhamdulillah, anak dah 4 orang; 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun & 4 bulan. Kalau nak keluar ke mana-mana, agak mencabar juga nak pantau anak-anak kecil ni terutamanya yang tengah aktif nak explore semua benda. 

Syukur alhamdulillah, 3 tahun lepas, kami diberi kesedaran untuk mula menggendong. Kami ke kelas berbayar yang dianjurkan oleh babywearing consultant, Puan Siti Asmawati untuk belajar menggunakan "wrap" dan "ring sling". Waktu itu, Kak AC sedang cuti bersalin anak ketiga. Dari situ, kami mula faham tentang kepentingan babywearing & cinta terhadap dunia babywearing mula berputik (chewahh, ayatku!). Sebelum pulang ke rumah, kami rembat sehelai wrap. Kemudian, selepas itu, kami melabur pula untuk sebuah SSC. 

Cinta kepada babywearing semakin mekar. 

Mana taknya, babywearing memang memudahkan kerja kami! Bayi selamat dalam dakapan. Tangan anak-anak yang lain pula selamat dalam genggaman kami. Ya, isu keselamatan itulah yang lebih penting sekarang ni kalau kita keluar bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya, risiko untuk kes buruk berlaku telah kami kecilkan. 

Lagi satu, anak kurang meragam & mudah lena jika digendong. Tang ni, mama nak shopping berjam-jam pun tak ada masalah. Tangan kiri & kanan masih free untuk pilih & bimbit barang-barang. Syoknya! Weeee!!

Banyak lagi sebenarnya manfaat menggendong ni. Nanti, Kak AC kongsi lagi di lain entry ya.Tak larat kalau baca je. Kena rasa sendiri ke"best"an menggendong ni, barulah korang dapat menikmatinya. Peace!

SMS/WhatsApp Kak AC untuk sebarang pertanyaan / tempahan SSC: 
0139739455

Pengedar Sah SSC Tugeda