Thursday, September 5, 2013

Promosi Harga Runtuh September 2013: Shaklee CoQHealth Plus


Promosi beli 6 percuma 1 datang lagi!

Kali ini dengan produk terbaru Shaklee, CoQHealth Plus yang mengandungi campuran 28mg Co-Enzyme Q10 (CoQ10) dan Vitamin E serta ekstrak teh hijau.



CoQ10 & kepentingannya:


 Ya, kajian saintifik telah membuktikan bahawa CoQ10 yang bersifat sebagai antioksidan ini dapat:
  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak & melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah - kulit turut menjadi lebih sihat, cerah berseri!
  • Membantu menambah & mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
Selain itu, ada juga kajian yang menunjukkan CoQ10 boleh membantu:
  • Menurunkan tekanan darah tinggi & paras gula dalam darah
  • Menyembuhkan gusi yang bermasalah dengan lebih cepat
  • Meningkatkan pergerakan sperma & kesuburan lelaki
  • Memperbaiki fungsi imun badan 
  • Mengelakkan serangan migraine 

Semakin  meningkat usia kita, paras CoQ10 dalam darah semakin menurun. Jadi untuk mengekalkan CoQ10 di tahap yang normal, 30-200mg CoQ10 perlu diperolehi daripada pemakanan harian seperti ikan salmon, tuna, organ dalaman seperti hati, serta bijirin penuh dll.

Sebagai perbandingan,
28mg CoQ10 di dalam 1 kapsul CoQHealth Plus = 1.7kg ayam = 28 cawan brokoli


Tanya diri kita sendiri, adakah corak pemakanan kita pada hari ini mampu membekalkan keperluan CoQ10 yang secukupnya kepada badan? Jika jawapannya tidak, sudah tentu kita memerlukan supplement bagi menampung keperluan harian yang masih belum mencukupi kerana itu hak tubuh kita yang perlu kita penuhi.

Perbezaan CoQHealth Plus berbanding produk lain yang mengandungi CoQ10: 
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E (10mg/kapsul) dipercayai dapat mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel tubuh. 
  • Ekstrak teh hijau (10mg/kapsul) mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium. 
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini. Sumbernya telah diuji & diyakini ramai secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa gluten.
  • Didatangkan dalam kapsul dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum & penyerapan yang lebih baik.
Usah fikir panjang-panjang sangat, rebutlah peluang yang ada ini untuk memborong CoQHealth Plus!

Harga biasa: >RM100
Harga promosi: <RM90

1 biji sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan!

Komen untuk tempahan / sebarang pertanyaan atau hubungi saya segera di talian; 0146301876 atau pm sy di Fb Page: Super Parents' Choice.

KESIHATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA


Sunday, August 25, 2013

Keahlian Shaklee Percuma!

TAWARAN KEAHLIAN PERCUMA!!

Ya, betul! KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA untuk mereka yang membuat pembelian produk-produk yang terpilih seperti berikut, hanya di Super Parents' Choice:

1) 2 botol Vivix, atau
2) 3 kotak Collagen Powder, atau
3) Double Shape Up (Slimming) Set, atau
4) Double Confinement/Breastfeeding Set (berpantang/menyusu), atau
5) Double Men Health Set + ESP, atau
6) Double Women Health Set + ESP, atau
7) Double Children Health Set + Nutriferon, atau
8) Double Family Wellness Set + Nutriferon.

Beli satu set & anda layak menyertai empayar besar Shaklee tanpa yuran keahlian. Menjana pendapatan 4, 5, atau 6 angka kini bukanlah satu perkara yang mustahil dalam Shaklee.

Jom, sertai kami sekarang untuk kesihatan & ekonomi keluarga yang lebih baik!

KESIHATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Pm segera
0146301876

Saturday, August 24, 2013

Shaklee: Sentiasa Berkesan

"Awak jual Shaklee memang sebab barang-barang dia bagus & dah dicuba sendiri ke?", seorang kawan bertanya saya.

Ya, saya dah cuba sendiri produk-produk Shaklee & memang sgt bagus!

Dulu, sebelum kenal Shaklee, saya & suami ada beli macam-macam jenis supplement juga tapi kami mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskannya. Dah dekat nk expired barulah kalut nak habiskan. Susah ke sebenarnya nak istiqamah makan supplement?

Selepas kenal Shaklee, tak jadi macam tu la pula. Elok je kami dapat habiskan satu-satu botol produk tu. Yang memang kami tak tinggal ialah item-item kegemaran ni: Energizing Soy Protein (ESP) pada setiap pagi, OsteMatrix pada setiap pagi & malam, serta Meal Shakes & Vitamin C untuk anak-anak pada setiap hari.

Apa yg menyebabkan kami begitu konsisten makan supplement pada kali ni? Tentulah sebab kami dah rasa sendiri kesannya yang sangat bagus! Tak susah pun utk istiqamah sebenarnya kerana Shaklee sentiasa berkesan.

Alhamdulillah dengan izinNya, sekarang ni dah tak selalu sakit-sakit badan macam dulu, dah tak abaikan sarapan disebabkam asyik terkejar-kejar je pada setiap pagi, dah makin cergas kat tempat kerja & yg paling menarik, apabila pulang ke rumah taklah terus tumbang atas katil dek kepenatan sampai tak sempat bermain dgn anak-anak.  Hidup kini dirasakan lebih berkualiti.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.


Jom, sihat bersama Shaklee!


Pm segera jika berminat untuk menyertai kami :-)

Saturday, August 3, 2013

Promosi Harga Runtuh Ogos 2013: Shaklee Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Selalu kita dengar orang-orang tua kita mengeluh sakit sendi, tak boleh nak luruskan dan bengkokkan kaki dengan baik, tak boleh nak qiam dan duduk dengan sempurna sewaktu solat. Mana taknya, asal bergerak sikit, dah sakit..asal sakit je, nak menjerit. Itulah sebenarnya salah satu proses penuaan yang setiap  daripada kita akan lalui.

Bagi mereka yang mengalami masalah sendi sebegini, mereka tidak mempunyai harapan yang lain kecuali dapat bergerak dengan lebih baik. Ya, mereka mahukan hidup yang berkualiti seperti dahulu. Bagi membantu mereka mencapai impian, Shaklee menghasilkan satu produk khas yang dapat memberikan kelegaan kepada mereka. Dengan hanya 2 biji sehari, kesannya dapat dirasai seawal 5 hari penggunaan!

Shaklee Advanced Joint Health Tablet:
  • satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat
  • dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi
  • mengandungi:
    • ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda
    • ekstrak Jagung
    • nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - memainkan peranan yang penting untuk membina kolagen penghubung & rawan, untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan
  • dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%
  • mempunyai kepekatan glucosamine yang tinggi. Glucosamine terbukti secara klinikal dapat:
    • membantu pergerakan
    • meningkatkan fleksibiliti (mudah lentur)
    • membaiki fungsi sendi
    • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
  • bebas chondroitin - glucosamine dapat diserap dengan lebih baik


Penyelesaian sudah ada di depan mata. Jadi, mari dapatkan AJHT sekarang sempena promosi hebat yang sedang berlangsung! Gembirakan orang tua kita dengan AJHT supaya mereka dapat menjalani ibadah di 10 akhir Ramadhan ini dengan lebih bermakna & beraya dengan lebih ceria.
    - Beli 1, harga istimewa
    - Beli 2, harga lebih istimewa
    - Beli 3, harga super istimewa
    - Beli 4, harga super duper istimewa
    - Beli 5, harga berganda-ganda super duper istimewa
    - Borong 6, percuma 1 dengan harga yang memang tak masuk akal! 


    Mahukan kesan berganda?
    Beli terus satu Set Kesihatan Sendi & Tulang dengan penghantaran percuma!

    Untuk tempahan:
    1. Pm kami di Fb page: https://www.facebook.com/pages/Super-Parents-Choice/275169562615149 atau
    2. Hubungi 0146301876 (Call/SMS/WhatsApp)

    Tuesday, July 30, 2013

    Promosi Harga Runtuh Julai 2013: Shaklee Gamma Linoleic Acid (GLA) Complex

    Gamma Linoleic Acid (GLA):
    • sejenis asid lemak omega-6 yang penting untuk kesihatan tubuh manusia 
    • GLA digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin, sejenis bahan anti-radang yang terlibat dalam pelbagai fungsi badan
    • Orang muda yang sihat boleh menghasilkan GLA daripada linoleic acid. Namun, sebilangan besar daripada kita tidak mampu untuk menghasilkan GLA dengan berkesan disebabkan kekurangan zat-zat tertentu dalam pemakanan, kesan merokok, jangkitan virus, menghidap penyakit-penyakit tertentu dan juga kerana proses penuaan
    • Pengambilan GLA sebagai makanan tambahan dapat memastikan kewujudan rantaian asid lemak omega-6 dalam badan manusia mencukupi & dapat berfungsi dengan baik

     Kebaikan-kebaikan GLA untuk kesihatan:
    1. Kolesterol: 
      • merendahkan paras 'kolesterol jahat' (LDL)
      • berupaya mengurangkan paras kolesterol 170 kali ganda lebih efektif berbanding omega-6 itu sendiri
    2. Hormon: 
      • menangani sindrom pra-haid (PMS) terasuklah kemurungan, mudah meradang, sakit pada payudara dan rentensi cecair dalam badan
      • mengurangkan simptom menopaus seperti "hot flashes", brpeluh pada waktu mala, kekeringan faraj & "mood" yang berubah-ubah
    3. Eczema:
      • pesakit eczema yang dirawat dengan GLA kurang mengalami kerengsaan / kekeringan / kegatalan kulit, kulit bersisik
      • pelembap anti-penuaan: melembapkan & memberi nutrisi kepada lapisan epidemis sekaligus meningkatkan keupayaan menghasilkan sel-sel kulit yang baru
    4. Kesihatan sendi:
      • menyokong kesihatan sendi 
      • mengurangkan simptom Rheumatoid Arthritis
    5. Kencing manis:
      • meningkatkan pengaliran darah & halaju konduksi saraf 
      • mengurangkan risiko mendapat komplikasi kencing manis pada sistem saraf
    6. Kesuburan: 
      • meningkatkan kualiti mukus pada serviks pada waktu subur (ovulasi)
      • menjadikan faraj sebagai persekitaran yang lebih sesuai untuk sperma
      • meningkatkan peluang untuk mendapat zuriat
    Kandungan Shaklee GLA Complex: 
    1. Minyak borage:
      •  mengandungi kandungan GLA yang tinggi (20% GLA) berbanding minyak evening primrose (EPO) yang hanya mengandungi 8-10% GLA
      • mudah diserap
    2. Minyak bunga matahari
    3. Vitamin E


    Dapatkan Shaklee GLA Complex sekarang!
    1. Pm kami di facebook: https://www.facebook.com/pages/Super-Parents-Choice/275169562615149 atau
    2. Hubungi kami di talian: 0146301876
    Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan!
    Semoga amalan kita diterima Allah s.w.t.. ameen

    Wednesday, July 24, 2013

    Set Berpuasa Istimewa

    Apabila ada orang menyebut "Ramadhan Kareem (Ramadhan yang mulia)!", maka jawablah "Allahu Akram (Allah yang lebih mulia)!"

    Hari ini, sudah masuk 12 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Apa khabar puasa kita? Apa khabar kerja-kerja harian kita? Apa khabar ibadah-ibadah khusus kita? Semoga semuanya lebih baik berbanding bulan-bulan sebelumnya. Ada antara kita mengeluh apabila ditanya mengapakah kerja menjadi tidak produktif. Mudah sahaja jawapan yang diberikan: "Puasa! Tak boleh nak buat kerja kerana terlalu lapar & letih". Tidak malukah kita ke[ada Nabi Muhammad & para sahabat? Mereka bukan sekadar beribadah, malah berjuang di medan perang pada bulan puasa!

    Ada baiknya jika kita mempersiapkan diri dengan bekalan yang secukupnya supaya kita tidak terlalu keletihan sewaktu berpuasa. Untuk itu, Super Parents' Choice (SPC) bersedia membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih cergas & bertenaga dengan adanya "SET ISTIMEWA RAMADHAN" ini!

    Dikenali juga dengan gelaran "Mighty 3 Gems Set", set ini terdiri daripada:

    1- Shaklee Meal Shakes
    2- Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)
    3- Shaklee Performance Pure Hydration

    Meal Shakes: 

    Minuman berperisa vanila yang kaya dengan kalsium, protein serta 19 jenis vitamin & mineral penting
    serta kandungan lemak & indeks glisemik yang rendah. Sila rujuk post SPC berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang Meal Shakes: http://superparentschoice.blogspot.com/2013/06/promosi-harga-runtuh-jun-2013-shaklee.html

    ESP: 

    Minuman yang dihasilkan daripada soya bukan GMO ini mengandungi kandungan protein tinggi, rendah lemak, tiada kolesterol & mempunyai indeks glisemik yang rendah (sangat sesuai untuk pesakit diabetes). Selain membuatkan kita cepat berasa kenyang, lambat lapar & membekalkan tenaga yang berpanjangan, ESP juga membantu dalam membina otot, kulit & hormon, menyokong sistem pertahanan tubuh, mengekalkan paras kolesterol yang normal dalam darah, serta menjaga kesihatan jantung, prostat dan payudara. Bukan itu sahaja, ESP memberikan bonus kepada ibu-ibu menyusu dengan mambantu menghasilkan lebih banyak susu ibu yang bernutrisi tinggi bagi memenuhi keperluan bayi. Jadi, tiada sebab untuk si ibu tidak dapat menyusukan anaknya kerana penghasilan susu ibu yang merudum!

    Performance:

    Minuman isotonik tidak berkarbonat yang berperisa oren ini dicipta khas untuk para atlet demi memastikan badan kekal terhidrat & bertenaga. Tak hairanlah jika para atlet yang ditaja oleh Shaklee ini merangkul pelbagai kejayaan dalam setiap acara yang disertai. Campuran unik elektrolit Opti-Lyte & karbohidrat membantu muslimin muslimat berpuasa dengan lebih sihat. Boleh diminum sewaktu sahur atau berbuka.

    Sebarang tempahan, boleh hubungi kami di talian 0146301876 (call/SMS/WhatsApp) atau pm di Facebook Fan Page: Super Parents' Choice.

    Harga teristimewa untuk anda disertai dengan khidmat nasihat percuma!

    Monday, June 3, 2013

    Promosi Harga Runtuh Jun 2013: Shaklee Meal Shakes

    Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif & serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang. Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak & rendah glisemik.

    Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan ini yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

    • Sarapan segera yang berkhasiat - mengandungi 19 jenis vitamin & mineral penting terutamanya untuk kanak-kanak & remaja yang sedang membesar agar terus kuat dan sihat

    • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli - tak perlu susah-susah cari air panas untuk bancuh, hanya gunakan air sejuk sahaja untuk menyediakannya. Meal Shakes berperisa vanila asli, anak-anak pasti menggemarinya!

    • Hidangan segera untuk para atlet - membekalkan tenaga berpanjangan kerana mempunyai indeks glisemik rendah

    • Kudapan menarik pada bila-bila masa - boleh dibancuh bersama-sama minuman sejuk kegemaran, dimasukkan dalam smoothies, dan boleh juga dibuat aiskrim!

    • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium - "meal-replacement" yang sangat sihat. Sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengawal diet.

    • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein - cepat kenyang, lambat lapar & sangat membantu menyelesaikan masalah sembelit.

    Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

    Apa lagi yang BEST tentang Meal Shakes ini?

    1) Membantu meningkatkan selera makan & berat badan.
    Saya pernah berada dalam situasi 'perang' yang dilancarkan oleh anakanda kerana tidak mahu makan. Oh, sungguh dahsyat & saya hampir berputus asa! Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan dengan Meal Shakes. Jangan tak tahu, Meal Shakes ialah produk Shaklee pertama yang saya beli sebaik mendaftar sebagai ahli Shaklee. & saya terus jatuh cinta dengannya! Sekarang, anakanda semakin berselera untuk makan. Berat badan juga meningkat dengan cepat berbanding sebelumnya. Alhamdulillah!

    2) Membantu mengatasi masalah sembelit.
    Berdasarkan pengalaman, saya tahu bagaimana seksanya melihat seorang anak sedang 'bertungkus lumus untuk membuang' sehingga mengeluarkan air mata kesakitan, terpaksa mengambil masa yang lama & kadang-kadang melekat darah pada najis yang dikeluarkan kerana geserannya pada dinding salur najis. Ya, sungguh menyeksakan! Alhamdulillah, dengan izinNya, anak saya sudah tidak mengalami sembelit setelah mengamalkan Meal Shakes yang berserat tinggi ini.

    3) Membantu sistem pertahanan tubuh.
    Tidak dapat dinafikan, sistem pertahanan tubuh akan menjadi lemah jika tubuh itu kekurangan zat-zat yang boleh melindunginya. Sebagai ibu bapa, kita pastinya sentiasa menginginkan supaya anak-anak terus membesar dengan sihat, jarang demam atau terkena jangkitan terutamanya apabila berada di kalangan kanak-kanak lain di pusat asuhan atau tadika. Pertumbuhan juga sedikit sebanyak akan terbantut jika anak sering sakit. Meal Shakes boleh membantu anda mencapai impian ini! Ramai sekali ibu bapa yang memberi respon bahawa anak mereka sudah kurang mendapat demam, selsema & serangan asthma setelah mengamalkan Meal Shakes. Anak sihat, ibu bapa gembira..Alhamdulillah!

    Sungguh banyak kelebihan & khasiat Meal Shakes ni, bukan? Belum masuk testimoni-testimoni lagi tu. Jadi, nak tunggu apa lagi? Jom, borong Meal Shakes sekarang sempena promosi harga runtuh sepanjang Jun 2013! Sangat jarang Shaklee bagi harga ISTIMEWA macam ni, tau.. Setahun setengah sekali baru dapat jumpa.

    Beli 6 percuma 1

    (Boleh berpakat dengan office-mates, saudara mara untuk kumpul order. Tapi, kalau tak jumpa geng & nak beli 1 canister sahaja pun, tiada masalah.. Anda masih boleh dapatkan harga yang sangat rendah, hanya di Super Parents' Choice!)

    Untuk order, boleh hubungi kami melalui salah satu daripada cara-cara berikut:
    1) Tinggalkan pesanan dalam ruangan komen post ini, atau
    2) Facebook Page: Super Parents' Choice; komen atau pm, atau
    2) Emel: doubleAs83@gmail.com