Sunday, January 12, 2014

Promosi Harga Runtuh Shaklee Januari 2014: Alfalfa Complex!

Bismillahirrahmanirrahim..
Promosi tahun baru 2014 ini dimulakan dengan Alfalfa Complex; produk hebat yang diformulasikan khas oleh Dr. Shaklee buat semua!


Berbanding herba-herba popular yang lain seperti kacip fatimah & tongkat ali, "Alfalfa" mungkin kedengaran begitu asing di telinga kita orang Asia. Alfalfa: perkataan Sepanyol yang diambil daripada perkataan arab 'alfasfasah'. Tempat asal herba hebat yang sudah beribu tahun digunakan oleh umat manusia ini ialah di Iran & alfalfa mula digunakan oleh masyarakat empayar Parsi. Alfalfa masuk ke Spain sewaktu umat Islam Bani Umayyah menakluki bumi Spain. Seterusnya, ia dibawa pula ke Amerika oleh orang-orang Spain yang menakluki Amerika Barat. Kini, USA merupakan pengeluar terbesar alfalfa di dunia!




Keistimewaan Shaklee Alfalfa Complex:
  • Ditanam secara semulajadi di California, USA dalam skala yang besar tanpa menggunakan sebarang racun serangga perosak, racun pembunuh bakteria, hormon sintetik, penggalak pertumbuhan atau bahan kimia.
  • Akarnya yang boleh menjangkau sehingga 20 kaki ke dalam tanah & daunnya yang aktif berfotosintesis menyebabkan alfalfa kaya dengan pelbagai jenis nutrien & garam mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium, klorofil, bioflavonoid, dan lain-lain.
Kegunaan alfalfa:  
  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Mengawal asthma (lelah), resdung, eczema
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu dalam merawat radang sendi (arthritis)
  • Menyingkirkan toksin daripada badan (detoksifikasi), mengurangkan bau badan, membantu mengatasi sembelit
  • Meningkatkan kesihatan dalaman wanita (berfungsi seperti kacip fatimah, mengatasi masalah keputihan)
Set combo jimat sempena promosi ini: 
  1. Set Menyusu = Alfalfa + ESP
  2. Set Kesihatan Wanita / Kesuburan = Alfalfa + GLA
  3. Set Langsing = Alfalfa + OmegaGuard
  4. Set Kesihatan & Kecantikan Kulit = Alfalfa + Vitamin C
  5. Set Asthma / Resdung / Eczema = Alfalfa + OmegaGuard
  6. Set Kesihatan Jantung = Alfalfa + CoQHealth
  7. Set Kesihatan Sendi = Alfalfa + Advanced Joint Health Tablet
Tak kisah anda mahu berapa botol, yang pastinya Alfalfa dijual dengan harga paling jimat di Super Parents' Choice sempena promosi yang akan berakhir pada 31 Januari 2014!

Tempah segera sebelum kehabisan stok!

PM di Fb fanpage: Super Parents' Choice atau SMS/WhatsApp +60146301876 (Asiyah)

Monday, December 30, 2013

Promosi Harga Runtuh Disember 2013: Shaklee OmegaGuard


Hari ini merupakan hari terakhir promosi ini!
Apa yang akan anda dapat sekiranya membeli 6 botol OmegGuard (90 biji sebotol)?
  1. Percuma 1 botol OmegaGuard
  2. Keahlian Shaklee Percuma (Jimat RM65)
  3. Rebat Tunai (bernilai >RM200)
Mari lihat apakah kebaikan-kebaikan OmegaGuard..











Kombinasi set jimat terbaik yang mengandungi OmegaGuard:
  • Set Kesihatan Jantung: OmegaGuard + CoQHealth Plus
  • Set Kesihatan Sendi: OmegaGuard + Advanced Joint Health Tablet
  • Set Kehamilan Sihat: OmegaGuard + VitaLea
  • Set Kesuburan: OmegaGuard + GLA
  • Set Eczema/Asthma: OmegaGuard  + Nutriferon
  • Set Slimming: OmegaGuard + HerbLax
  • Set Kesihatan Kanak-kanak: OmegaGuard + Meal Shakes
SMS/WhatsApp sekarang untuk tempahan!
+60146301876

Thursday, November 14, 2013

PROMOSI HARGA RUNTUH SHAKLEE NOVEMBER 2013: VIVIX

Ini kali kedua Shaklee mengadakan promosi beli 6 percuma 1 untuk Vivix pada tahun ini. Kali pertama pada bulan Mei yang lepas. Memang sangat menarik! 


Entri saya sebelum (http://superparentschoice.blogspot.com/2013/05/promosi-harga-runtuh-mei-2013-vivix.html) ini sudah banyak menerangkan segala-galanya tentang 'tonik ajaib' Vivix. Jadi, pada kali ini saya akan menambah apa yang belum saya kongsikan. 

Ada yang bertanya, adakah Vivix sekadar untuk anti-penuaan? 
Oh, tidak sama sekali! Bahkan, manfaat Vivix yang sangat kaya dengan antioksidan ini sebenarnya lebih daripada itu. Antara lain ialah: 


Vivix juga sangat sesuai untuk mengawal paras gula dan ini tentunya merupakan berita gembira buat para penghidap penyakit kencing manis yang semakin bertambah bilangannya di Malaysia. Kencing manis yang tak terkawal boleh menyebabkan penghidapnya mengalami komplikasi mikrovaskular dan makrovaskular yang sangat memudaratkan seperti neuropathy (masalah saraf), nephropathy (masalah buah pinggang), retinopathy (masalah mata), masalah jantung & strok.

Selain itu, Vivix terbukti dapat membantu para perokok untuk berhenti merokok. Dengan tekad yang kuat dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh, tak mustahil si perokok tegar akan mula membenci rokok! Bagus kan, kalau tiada lagi asap rokok yang membahayakan di sekeliling kita? Ia dapat membantu menyelamatkan nyawa ramai orang terutamanya nyawa perokok pasif.

Ramuan Vivix sangat unik. Diadun daripada 4 bahan utama yang terbaik, anda hanya perlu meminum 1 sudu teh sahaja (5ml) setiap hari untuk memastikan kesihatan anda di tahap yang optimum. Jangan tak tahu, ada pesakit strok yang diizinkan Allah untuk kembali pulih selepas mengamalkan Vivix! Yang selalu sakit-sakit lutut pun, Alhamdulillah dah boleh berjalan dengan lebih baik..tentunya dengan izin Allah jua.


Alhamdulillah, setakat ini semua pelanggan Super Parents' Choice sangat meyukai Vivix termasuklah saya dan keluarga. Bukan sekadar dibeli untuk kegunaan diri sendiri, malah ada juga anak-anak soleh solehah yang menghadiahkan Vivix kepada orang tua mereka! Ma sha Allah, ini satu pelaburan yang sangat mulia! Semoga semuanya beroleh manfaat daripada Vivix..biiznillah.. 

Ayuh, rebut peluang keemasan ini!

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi kami melalui salah satu medium berikut:
1) Fb page: Super Parents' Choice
2) Call/SMS/WhatsApp: +60146301876

Saturday, November 2, 2013

Tua Sebelum Usianya

"Abah malu besar semalam. Tak pernah lagi abah rasa macam tu sekali. Memang rasa malu sungguh!", abah memulakan bicaranya tatkala kami sekeluarga duduk santai di rumah.

"Kenapa pula, abah?", teruja dengan penyataan yang keluar daripada mulutnya, saya terus bertanyakan bapa mertua saya kisah yang sebenarnya.

"Malam tadi, abah ke rumah kawan lama abah. Ramai ahli keluarganya yang ada sekali pada masa itu. Ketika abah duduk berbual dengan kawan abah itu, muncullah seorang perempuan. Abah tanya kawan abah, siapa perempuan tu, mak atau mak mertua?", bersungguh-sunguh abah bercerita.

"Tau tak apa jawapan kawan abah?", abah menyoal kami.

"Siapa, abah?", soalan dijawab dengan soalan.

"Kawan abah jawab, "Kamu ni, itu isteri aku..bukan emak atau mak mertua aku"..Ya Allah, abah terus jadi serba tak kena, terus berpeluh satu badan dan tak tahu nak respon apa. Bersungguh-sungguh abah minta maaf daripada kawan abah & isterinya. Apabila sudah sampai di rumah pun, abah masih terfikir-fikir tentang kata-kata abah tadi sebabnya tekaan abah sebelum-sebelum ni selalunya betul. Tak sangka pula yang kali ini terpesong jauh", abah serius meneruskan cerita.

Saya tergamam seketika. Menurut kawan abah, mereka suami isteri sebaya sebenarnya. Usia mereka belum pun menginjak 55 tahun. Tetapi, entah kenapa rupa paras si isteri nampak jauh lebih berusia daripada umur sebenarnya.

Oh, tua sebelum usianya?
Hmm..bunyinya agak mengerikan, bukan?
Banyak kemungkinan yang boleh dijadikan asbab kepada perkara ini, antaranya:

- Kurangnya seri di wajah mungkin disebabkan kurangnya kesan wudhuk (air sembahyang). Kesan wudhuk sememangnya akan terpancar di wajah Muslim yang sentiasa mengamalkannya.

- Gaya hidup yang kurang sihat, mungkin? Hidup dalam tekanan, maka akan kurangnya senyuman terukir di wajah. Apabila otot-otot senyum kurang bergerak, maka akan kusamlah wajah. Cukup pakej kalau pemakanan pula tidak seimbang, kurang makan sayur serta buah-buahan segar, banyak makan makanan berkolesterol tinggi & kalori berlebihan serta jarang bersenam.

Selesai sahaja abah bercerita, saya dan suami saling memandang antara satu sama lain. Ya, umur  kami sebaya! Saya hanya 7 bulan lebih muda daripada suami & saya sungguh tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi jika cerita isteri kawan abah itu berlaku ke atas saya.

Apa yang terbayang di fikiran saya pada saat itu hanyalah: WUDHUK, GAYA HIDUP YANG LEBIH SIHAT dan tentunya "VIVIX"!
Dengan izin Allah jua tentunya..

Friday, November 1, 2013

R.E.Z.E.K.I.

Niat asal hanya untuk makan sendiri. Tak pernah terfikir untuk terjebak dalam bisnes multi-level marketing (MLM), apatah lagi membina empayar sendiri. Namun, setelah genap 8 bulan berdaftar sebagai pengedar sah Shaklee, Allah mentakdirkan bahawa saya mampu menolong lebih ramai orang dengan cara ini di samping menjana pendapatan sampingan yang kini berjumlah 4 angka dengan anak-anak buah melebihi 10 orang. Alhamdulillah!


Berada dalam dunia Shaklee telah menyedarkan saya erti rezeki yang sebenar. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit yang akan kita peroleh setiap kali kita memasukkan kad bank ke dalam mesin ATM. Kesihatan yang lebih baik itu juga dinamakan rezeki. Kebahagiaan yang dirasai oleh hati itu juga dinamakan  rezeki. Ilmu yang bertambah serta kenalan yang ramai itu juga rezeki. Yang paling penting, rezeki tidak akan datang bergolek! Perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Saya pernah berkeyakinan bahawa sebanyak mana yang diusahakan, sebanyak itulah yang akan diganjarkan. Hampir saja saya meninggalkan elemen tawakkal dalam pencarian rezeki saya. Mujur saya disedarkan oleh sifu-sifu saya bahawa tugas kita hanyalah berusaha, kemudian bertawakkal kepadaNya. 

"Just keep on sharing the benefits and then leave everything to Allah for He who controls the human hearts". 

Hanya Dia yang bisa menggerakkan hati-hati manusia samada untuk membeli produk daripada kita atau sebaliknya. Betapa rezeki itu milik Allah, jika Dia tidak mengizinkannya untuk kita, maka tiada siapa yang boleh membawanya kepada kita. Namun, Dia jualah Ar-Razzaaq & Al-Wahhaab, Yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya.

"Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain"

Bonus 4 angka itu milik saya seorangkah? Secara lahirnya, memang nampak begitu. Duit bonus itulah yang dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Namun, padanya ada hak orang lain yang kita kenal, juga ada hak orang yang kita tidak kenal. Para sifu Shaklee saya selalu berpesan agar menginfakkan sebahagian daripada bonus tersebut kepada mereka yang memerlukan kerana takkan miskin orang yang bersedekah. Yakinlah bahawa semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang Allah akan kembalikan kepada kita!

Saya tidak pasti adakah saya akan menyedari hakikat rezeki ini jika saya tidak dipertemukan dengan Shaklee. Apa yang saya pasti, saya tidak pernah menyesal melaburkan RM65 dalam Shaklee. Itulah modal permulaan saya untuk mendalami ilmu Allah tentang REZEKI! 

Subhaanallahil 'azeem, subhaanallahi wa bihamdih..

Monday, October 7, 2013

Promosi Harga Runtuh Oktober 2013: SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Oh, macam tak percaya, Shaklee mengadakan promosi harga runtuh Shaklee Collagen Powder (SPC) pada bulan ini! Beli 6 percuma 1..Inilah masa yang dinanti-natikan kerana peluang sebegini sangat jarang Shaklee beri untuk kita.


Apa itu kolagen & mengapa kolagen sangat penting untuk kita?

Kolagen = sejenis protein semulajadi yang dijumpai dalam badan manusia dan haiwan terutamanya pada daging & tisu penyambung (connective tissues) seperti tendon, ligamen, kulit, kornea, sendi, tulang, rawan, salur darah, usus dan salur pencernaan. 25-35% daripada protein dalam tubuh terdiri daripada kolagen. Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen secara semulajadi. Kolagen dalam tubuh akan berkurang seiring dengan peningkatan usia.

Sila klik gambar di bawah untuk mengetahui kebaikan-kebaikan kolagen. 


Apakah keistimewaan Shaklee Collagen Powder (SCP)?

Menggunakan bahan asas iaitu kolagen berjisim molekul rendah (1000 Dalton) daripada sisik ikan merah (Red Snapper Scales) yang hidup di laut dalam serta mampu menahan tekanan tinggi sehingga 5000m ke bawah dasar laut, SCP dihasilkan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan

 Selain itu, SCP juga mengandungi:
  • Ekstrak glukosamina sebagai pelincir sendi dan mata
  • Bakteria baik Lactobacillus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan kolagen
  • ekstrak biji Camellia japonica yang menghidrat & membekal nutrisi kepada sel
  • Ekstrak Pfaffia yang sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat, penghasilan hormon & untuk kekuatan dalaman
  • Vitamin C debagai penggalak penghasilan kolagen dalam tubuh
  • Vitamin B yang berfungsi menukarkan karbohidrat & lemak kepada tenaga sekaligus meningkatkan kadar metabolisma badan untuk menghasilkan kolagen

Keberkesanan SCP

Berdasarkan kajian yang dilakukan, SCP terbukti berkesan untuk memperbaiki tektur kulit dan menghilangkan kedutan!


Harga SCP

Harga pasaran:RM 298 sekotak
Harga biasa Super Parents' Choice: RM23_ sekotak
Harga PROMOSI Super Parents' Choice: RM20_ sekotak

MEMANG TERSANGAT JIMAT!!

Untuk tempahan / pertanyaan, sila tinggalkan di ruang komen atau pm kami di Fb page: Super Parents' Choice atau hubungi 014-6301876 (call/SMS/WhatsApp)

Wednesday, October 2, 2013

Shaklee Vita-Lea & B-Complex

Vita-Lea & B-Complex; kedua-duanya tergolong dalam nutrisi penting untuk kesihatan manusia.


Baru-baru ini, telah dimuatkan beberapa soalan kuiz berkenaan Vita-Lea & B-Complex dalam Fb page Super Parents' Choice. Berikut ialah jawapan kepada persoalan-persoalan yang diutarakan:

1) Siapakah pengeluar multivitamin yang pertama di dunia & pada tahun berapakah ia dipasarkan?


  • Shaklee ialah pengeluar multivitamin yang pertama di dunia. 
  • Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee, pengasas syarikat Shaklee telah membangunkan mutivitamin yang pertama di dunia yang diberi nama Shaklee's Vitalized Minerals. 
  • Seiring dengan peredaran zaman serta kecanggihan teknologi perubatan dan farmaseutikal, produk pertama Shaklee ini telah mengalami pelbagai penambahbaikan. 
  • Kini, Vitalized Minerals dikenali dengan nama Vita-Lea dan dilengkapi dengan formula zat besi.

 2) Apakah perbezaan antara multivitamin Shaklee berbanding multivitamin syarikat lain?


  • Vita-Lea; multivitamin & multimineral yang mampu dimiliki  
  • makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee
  • diformulasikan khusus dengan 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa
  • disokong oleh 7 kajian klinikal
  • dibangunkan melalui teknologi 'folic acid micro-coating' yang berpaten - membenarkan pembebasan segera (immediate release) folic acid sebaik sahaja Vita-Lea memasuki perut bagi meningkatkan penyerapannya ke dalam darah
  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang & sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • sangat sesuai untuk ibu yang mengandung kerana mengandungi zat besi (ferrous fumarate) untuk mengelakkan anemia, meningkatkan paras hemoglobin (Hb) dalam darah & membantu perkembangan fetus. Asid folik (Folic acid) dalam Vita-Lea pula memainkan peranan yang penting bagi membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru serta mengelakkan terjadinya kecacatan kepada bayi.

3) Apakah keistimewaan vitamin B complex Shaklee berbanding vitamin B complex syarikat lain?

  • mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang
  •  mempunyai sistem penyerapan bioaktif berpaten untuk meningkatkan penyerapan
    asid folik
  • jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita bermula dari 3 bulan sebelum hamil, terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah saraf tunjang seperti spina bifida
  • membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain
  • meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan
  • penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik termasuklah sintesis DNA, menguruskan tekanan serta membina tenaga metabolisme
  • membantu memberikan tenaga & meningkatkan selera makan

Semoga pencerahan di atas dapat membantu menambahkan pengetahuan & menambahkan keyakinan kepada produk-produk asas Shaklee. 

Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi 0146301876 (Asiyah) atau pm di Fb page: Super Parents' Choice. Terima kasih!