Tuesday, May 6, 2014

Thought & Destiny

Dalam Seminar Ibu Bapa Penyayang yang kami hadiri baru-baru ini, Prof. Dr. Rozieta Shaary telah berkongsi tentang sesuatu yang sangat penting bagi semua orang terutamanya IBU BAPA:

"THOUGHT leads to word
Word leads to action
Action leads to habit
Habit leads to character
Character leads to destiny
Destiny is either HAPPINESS or MISERY"

Thus, mind our thought!


Contohnya, kalau kita mempunyai seorang anak yang tak reti nak duduk diam, apa yang kita akan kita kata? Nakal? Buas? Tidak! Usah sebut lagi perkataan negatif begitu. Jika ia diulang-ulang, ia akan menjadi DOA & secara tak langsung si anak juga terpaksa menerima hakikat bahawa dia seorang budak yang nakal. Sebaliknya, gantikan dengan perkataan positif, tukarkan "nakal" kepada "aktif". Bukankah keaktifan itu bermaksud dia mempunyai stamina fizikal yang tinggi? Bukankah keaktifannya itu juga bermakna dia mempunyai minda yang kreatif berfikir?

Dalam Islam pun, kita diajar tentang betapa pentingnya NIAT.

Hanya dengan niat, sesuatu amal baik boleh dikira sebagai IBADAH dengan syarat ia dilakukan dengan betul.

Justeru, ibu bapa hebat sekalian,
Mari kita niatkan yang baik-baik sahaja untuk anak kita..

Fikirkan yang positif-positif sahaja tentang pasangan & rumahtangga kita..

Fokuskan kepada usaha-usaha murni sahaja dalam merencanakan kehidupan kita, usah bazirkan masa memikirkan hasilnya kerana itu di luar kuasa kita..

Insya Allah, kesudahan yang terbaik Allah akan aturkan untuk kita, jika tidak di sini pun, tentunya akan ada habuannya di akhirat nanti..

No comments:

Post a Comment