Saturday, March 9, 2013

Hadiah Buat Nenek

Petang semalam, usai menghadiri ceramah perkongsian di Shaklee Cawangan Kota Bharu, kami sekeluarga balik ke kampung untuk menziarahi nenda tercinta. Kalau merujuk kepada tarikh lahir dalam kad pengenalan, nenek sebelah abah yang kami panggil sebagai "Mok" ini sudah pun berusia 84 tahun. Alhamdulillah, Mok masih sihat, tiada penyakit 3 serangkai yang sangat popular sekarang. Cuma, Mok mengalami sedikit masalah pendengaran & sakit lutut yang membataskan pergerakannya. Meskipun menghadapi limitasi sebegini, kebanyakan solatnya masih dikerjakan di masjid yang berhampiran dan untuk sampai ke masjid, Mok perlu menyeberangi jalanraya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus. Aduh, ini sudah cukup untuk menjadi muhasabah buat kita yang masih muda ini!

Mok seolah-olah dapat menghidu kedatangan cucu cicitnya ini. Ketibaan kami disambut dengan hidangan nasi dagang berlaukkan gulai udang & ikan tongkol yang super sedap! Alhamdulillah. Inilah yang orang katakan sebagai langkah kanan sungguh. Terima kasih, Mok. Lain kali nak lagi :-) Sebelum terlupa, kami serahkan kepada Mok buah tangan istimewa daripada kami, khas untuk Mok yang memang memerlukannya..Shaklee OsteMatrix. Dengan izin Allah, semoga supplement ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup Mok ke arah yang lebih baik.

Adakah OsteMatrix hanya untuk warga tua yang mempunyai masalah tulang? Oh, tidak. Anda perlukan OsteMatrix jika:
  • selalu keletihan, cepat penat
  • lenguh-lenguh, sakit pinggang
  • kurang makan sayur hijau & produk tenusu
  • mengandung / menyusukan bayi
  • kejang otot (cramp)
  • ada gejala-gejala PMS - senggugut, kembung perut, mudah meradang
2 biji OsteMatrix yang diambil selepas sarapan pagi & 2 biji selepas makan malam sebenarnya dapat memenuhi keperluan kalsium harian anda. Penyerapan kalsium daripada OsteMatrix ke dalam darah adalah lebih cepat berbanding jika anda mengambil sebiji tablet kalsium semata-mata kerana OsteMatrix juga mengandungi Magnesium, Vitamin D dan zat-zat galian lain yang diperlukan dalam proses penyerapan. Kajian Shaklee menunjukkan, kalsium OsteMatrix tadi akan kekal berada dalam darah selama lebih kurang 12 jam.

Ayuh, masih belum terlambat untuk memperbaiki kesihatan diri kita & ahli keluarga kita sekarang! Pilihan yang kita ambil pada hari ini akan menentukan kondisi kita pada 10 tahun akan datang.

Promosi hebat daripada Shaklee untuk bulan Mac 2013:

Beli 6 botol OsteMatrix, Percuma 1 botol Ostematrix

Berminat?

Hubungi kami segera di;
Fb: Super Parents' Choice, atau
E-mel: doubleAs83@gmail.com

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment