Wednesday, September 25, 2013

Penyusuan Eksklusif: Sokongan Keluarga

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones"

Lama sungguh saya membiarkan siri terakhir tentang penyusuan eksklusif ini tertangguh! Maafkan saya. Ayuh, kita sambung semula!

Dalam perkongsian terakhir ini, saya ingin kongsikan betapa restu & sokongan mereka yang tersayang memainkan peranan yang maha penting bagi menjayakan penyusuan eksklusif. Betapa ramai ibu-ibu yang mengorbankan cita-cita murni ini hanya kerana tidak mendapat sokongan yang sepatutnya daripada ahli keluarga sendiri & rakan-rakan.

  1. Sejak dari mula, isteri  perlu berkongsi dengan dengan suami segala azam & tekadnya untuk melaksanakan penyusuan eksklusif dan kedua-duanya harus mencari ilmu sebanyak mungkin tentangnya. Fahami sebaik mungkin segala-galanya tentang penyusuan eksklusif sebelum bayi lahir.
  2. Setelah bayi lahir, kedua-dua suami & isteri perlu memaklumkan kepada ahli keluarga mereka yang lain tentang hasrat menyusukan anak secara eksklusif dan berterusan berkongsi ilmu dengan mereka. Ingat, bukan hanya restu yang didambakan, tetapi restu yang diiringi sokongan!
  3. Suami hendaklah sentiasa menyokong isteri untuk meneruskan penyusuan eksklusif walaupun ahli keluarganya yang terdekat seperti ibunya sendiri menentangnya. Amalan penyusuan eksklusif sebenarnya adalah sesuatu yang amat janggal & dilihat sebagai tidak praktikal oleh kebanyakan orang-orang tua kerana tidak diamalkan pada zaman mereka. Tidak salah untuk mendengar bagi meraikan pengalaman mereka, tapi bukan semuanya boleh dipraktikkan jika mahu menjayakan penyusuan eksklusif.
  4. Suami isteri harus perpegang teguh pada prinsip-prinsip bagi menjayakan penyusuan eksklusif ini dan jangan mudah mengalahh kepada apa saja cabaran yang mendatang
  5. Sewaktu isteri sedang menyusukan bayi, pertolongan suami dalam melakukan kerja-kerja rumah yang tertangguh atau melayan anak-anak yang lain adalah sesuatu yang sangat menyenangkan hati si isteri.
  6. Sesekali, picitlah bahu isteri & urut lembut belakangnya ketika sesi penyusuan berlangsung. Ini memberikan kelegaan & ketenangan kepada isteri, sekaligus melancarkan & meningkatkan pengeluaran air susu ibu.
  7. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang mengamalkan penyusuan eksklusif & sertai kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan eksklusif (support group) samada secara online atau offline untuk berkongsi ilmu & pengalaman, serta saling bertukar-tukar cas positif. 
  8. Menyediakan hidangan bernutrisi & air yang mencukupi kepada si ibu sejak dari tempoh berpantang. Dapatkan makanan tambahan (supplements) untuk ibu menyusu sekiranya perlu. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318282894970482&set=a.311087805689991.1073741832.275169562615149&type=3&theater
  9. Menyediaan alat bantu penyusuan yang secukupnya terutamanya bagi ibu-ibu yang berkerjaya seperti pam susu, botol simpan susu serta cooler bag yang berkualiti. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.306232049508900.1073741831.275169562615149&type=3
  10. Dapatkan pengasuh bayi yang boleh mengendalikan susu ibu dengan baik atau bersedia untuk belajar & mempraktikkan ilmu-ilmu tentang penyususn eksklusif.
Antara ayat-ayat yang boleh mengganggu-gugat penyusuan eksklusif:
  • "Bagilah sikit air masak, baby haus tu" - Tak perlu! Susu ibu sudah mengandungi peratusan air yang cukup untuk bayi. Hampir 90% susu ibu terdiri daripada air!
  • "Awal-awal ni, susu badan tak banyak. Kena stand by juga susu tepung walaupun sikit. Takut baby lapar nanti" - Tak perlu! Bayi yang baru dilahirkan tidak memerlukan kuantiti susu yang banyak kerana saiz perutnya hanyalah sebesar biji guli. 5-7 ml kolostrum (susu awal ibu) sudah mencukupi untuknya! http://www.ameda.com.au/breastfeeding/breastfeeding-benefits/your-newborns-stomach-day-110.html Kehadiran susu formula dalam rumah boleh menghancurkan amalan penyusuan eksklusif kerana orang lain boleh sahaja memberikannya kepada bayi tanpa kita sedari.
  • "Kesian tengok anak tu..meleleh je air liurnya setiap kali tengok orang lain makan. Mak dulu dah mula suapkan nasi lecek kalau anak dah masuk 3, 4 bulan..tak pun, bagi pisang bakar lecek" - Tak perlu! Amalan sebegini hanya menambah beban kepada usus bayi yang belum matang. Usus bayi terpaksa bekerja lebih keras daripada yang sepatutnya & penghadaman tidak dapat berlaku dengan sempurna. Hanya susu ibu yang dapat dicerna dengan sempurna sebelum bayi berusia 6 bulan.
Selamat Maju Jaya!

No comments:

Post a Comment