Tuesday, April 23, 2013

Penyusuan Eksklusif: 'Persenjataan' Terbaik

"Breastfeeding is about fighting. To win the battle, you need the best weapon, the best state of mind, the most up-to-date tactical & technical knowledge and blessings from the beloved ones" (Nur Asiyah Mustapha Kamil, 2013).

Sebaik-baiknya, susu ibu diberikan secara langsung kepada bayi. Namun, keadaan menjadi agak sukar bagi ibu-ibu yang berkerjaya kerana mereka terpaksa meninggalkan anak mereka kepada pengasuh. Justeru, ibu yang bijak perlu memiliki 'persenjataan yang terbaik' untuk terus membekalkan anak mereka khasiat susu ibu sepenuhnya walaupun dia tidak berada di sisi. Di sinilah pentingnya kewujudan peralatan-peralatan yang boleh membantu ibu mengumpul stok susu perahan seperti pam payudara (breast pump), botol/plastik untuk menyimpan susu dan botol yang sesuai untuk kegunaan bayi, serta deep-freezer sekiranya perlu. Jika ibu selesa dengan kaedah marmet, teruskan sahaja dengan mengepam menggunakan tangan sendiri. Pilih alat bantu yang terbaik, sesuai dengan keperluan & tahap kewangan masing-masing.

Berikut merupakan antara senjata-senjata penting Mama yang banyak membantu dalam menjayakan penyusuan eksklusif kepada kepada kedua-dua anakanda tercinta:


Keperluan nutrisi yang seimbang bagi ibu juga tidak kurang pentingnya. Apabila ibu kekal segar & sihat, 'pertempuran' akan lebih mudah dikuasai walaupun di saat ibu masih berada dalam pantang. Jangan tak percaya, pengambilan air yang mencukupi & makanan tambahan yang betul (supplements) semasa berpantang telah terbukti dapat mempercepat proses penyembuhan luka bersalin, mengurangkan lenguh-lenguh badan, mengatasi rasa cepat lapar, memberikan tenaga berterusan dan membantu menambah pengeluaran air susu ibu.

Ini pula antara kemestian dalam pemakanan Mama setiap hari: 


Jadi, usah berlengah untuk melaburkan sedikit wang demi membeli peralatan & pemakanan yang terbaik kerana anda tidak akan rugi satu sen pun. Malah, dengan berbuat demikian, si ibu sebenarnya sedang menunaikan hak terhadap dirinya sendiri & pada masa yang sama menunaikan hak anaknya. Ya, anak anda berhak menerima susu ibunya! Maka, tunaikanlah hak anak anda dengan sebaik-baiknya!

No comments:

Post a Comment