Friday, November 1, 2013

R.E.Z.E.K.I.

Niat asal hanya untuk makan sendiri. Tak pernah terfikir untuk terjebak dalam bisnes multi-level marketing (MLM), apatah lagi membina empayar sendiri. Namun, setelah genap 8 bulan berdaftar sebagai pengedar sah Shaklee, Allah mentakdirkan bahawa saya mampu menolong lebih ramai orang dengan cara ini di samping menjana pendapatan sampingan yang kini berjumlah 4 angka dengan anak-anak buah melebihi 10 orang. Alhamdulillah!


Berada dalam dunia Shaklee telah menyedarkan saya erti rezeki yang sebenar. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit yang akan kita peroleh setiap kali kita memasukkan kad bank ke dalam mesin ATM. Kesihatan yang lebih baik itu juga dinamakan rezeki. Kebahagiaan yang dirasai oleh hati itu juga dinamakan  rezeki. Ilmu yang bertambah serta kenalan yang ramai itu juga rezeki. Yang paling penting, rezeki tidak akan datang bergolek! Perlu berusaha keras untuk mendapatkannya. Saya pernah berkeyakinan bahawa sebanyak mana yang diusahakan, sebanyak itulah yang akan diganjarkan. Hampir saja saya meninggalkan elemen tawakkal dalam pencarian rezeki saya. Mujur saya disedarkan oleh sifu-sifu saya bahawa tugas kita hanyalah berusaha, kemudian bertawakkal kepadaNya. 

"Just keep on sharing the benefits and then leave everything to Allah for He who controls the human hearts". 

Hanya Dia yang bisa menggerakkan hati-hati manusia samada untuk membeli produk daripada kita atau sebaliknya. Betapa rezeki itu milik Allah, jika Dia tidak mengizinkannya untuk kita, maka tiada siapa yang boleh membawanya kepada kita. Namun, Dia jualah Ar-Razzaaq & Al-Wahhaab, Yang Maha Memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya.

"Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain"

Bonus 4 angka itu milik saya seorangkah? Secara lahirnya, memang nampak begitu. Duit bonus itulah yang dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Namun, padanya ada hak orang lain yang kita kenal, juga ada hak orang yang kita tidak kenal. Para sifu Shaklee saya selalu berpesan agar menginfakkan sebahagian daripada bonus tersebut kepada mereka yang memerlukan kerana takkan miskin orang yang bersedekah. Yakinlah bahawa semakin banyak kita memberi, semakin banyak yang Allah akan kembalikan kepada kita!

Saya tidak pasti adakah saya akan menyedari hakikat rezeki ini jika saya tidak dipertemukan dengan Shaklee. Apa yang saya pasti, saya tidak pernah menyesal melaburkan RM65 dalam Shaklee. Itulah modal permulaan saya untuk mendalami ilmu Allah tentang REZEKI! 

Subhaanallahil 'azeem, subhaanallahi wa bihamdih..

No comments:

Post a Comment