Saturday, November 2, 2013

Tua Sebelum Usianya

"Abah malu besar semalam. Tak pernah lagi abah rasa macam tu sekali. Memang rasa malu sungguh!", abah memulakan bicaranya tatkala kami sekeluarga duduk santai di rumah.

"Kenapa pula, abah?", teruja dengan penyataan yang keluar daripada mulutnya, saya terus bertanyakan bapa mertua saya kisah yang sebenarnya.

"Malam tadi, abah ke rumah kawan lama abah. Ramai ahli keluarganya yang ada sekali pada masa itu. Ketika abah duduk berbual dengan kawan abah itu, muncullah seorang perempuan. Abah tanya kawan abah, siapa perempuan tu, mak atau mak mertua?", bersungguh-sunguh abah bercerita.

"Tau tak apa jawapan kawan abah?", abah menyoal kami.

"Siapa, abah?", soalan dijawab dengan soalan.

"Kawan abah jawab, "Kamu ni, itu isteri aku..bukan emak atau mak mertua aku"..Ya Allah, abah terus jadi serba tak kena, terus berpeluh satu badan dan tak tahu nak respon apa. Bersungguh-sungguh abah minta maaf daripada kawan abah & isterinya. Apabila sudah sampai di rumah pun, abah masih terfikir-fikir tentang kata-kata abah tadi sebabnya tekaan abah sebelum-sebelum ni selalunya betul. Tak sangka pula yang kali ini terpesong jauh", abah serius meneruskan cerita.

Saya tergamam seketika. Menurut kawan abah, mereka suami isteri sebaya sebenarnya. Usia mereka belum pun menginjak 55 tahun. Tetapi, entah kenapa rupa paras si isteri nampak jauh lebih berusia daripada umur sebenarnya.

Oh, tua sebelum usianya?
Hmm..bunyinya agak mengerikan, bukan?
Banyak kemungkinan yang boleh dijadikan asbab kepada perkara ini, antaranya:

- Kurangnya seri di wajah mungkin disebabkan kurangnya kesan wudhuk (air sembahyang). Kesan wudhuk sememangnya akan terpancar di wajah Muslim yang sentiasa mengamalkannya.

- Gaya hidup yang kurang sihat, mungkin? Hidup dalam tekanan, maka akan kurangnya senyuman terukir di wajah. Apabila otot-otot senyum kurang bergerak, maka akan kusamlah wajah. Cukup pakej kalau pemakanan pula tidak seimbang, kurang makan sayur serta buah-buahan segar, banyak makan makanan berkolesterol tinggi & kalori berlebihan serta jarang bersenam.

Selesai sahaja abah bercerita, saya dan suami saling memandang antara satu sama lain. Ya, umur  kami sebaya! Saya hanya 7 bulan lebih muda daripada suami & saya sungguh tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi jika cerita isteri kawan abah itu berlaku ke atas saya.

Apa yang terbayang di fikiran saya pada saat itu hanyalah: WUDHUK, GAYA HIDUP YANG LEBIH SIHAT dan tentunya "VIVIX"!
Dengan izin Allah jua tentunya..

No comments:

Post a Comment