Friday, November 27, 2015

DUIT vs. EMAS Sebagai Simpanan

Apabila memperoleh duit gaji, bab menabunglah yang paling ramai orang kita tak buat. Bukan tak tahu kepentingan menabung, bukan juga sebab tak mampu nak buat. Tapi, kebanyakannya TIDAK BERDISIPLIN dengan diri sendiri. 

Pakar ekonomi menyarankan kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan kita. Contohnya, jika gaji kita RM 2000, maka jumlah yang wajib kita simpan ialah RM200. Ingat, jangan diusik duit simpanan ini! 

Sebelum ini, saya membiarkan saja duit simpanan berada dalam bank. Tapi betulkah ia tersimpan rapi? Oh, tidak sama sekali!

Silap haribulan, duit itulah yang digunakan untuk membeli beg tangan berjenama, kasut import, aksesori kereta atau apa sahaja yang diklasifikasikan kepada KEMAHUAN, bukannya KEPERLUAN. 

Tak tahu kenapa,2 bulan lepas, saya dilorongkan oleh Allah untuk mula membuat simpanan dalam bentuk EMAS. Saya rasa bersyukur tak terkira. Kalaulah saya tahu tentang perkara ini sejak dari dulu lagi, tentulah simpanan emas saya sudah membukit! 

Orang kalau betul-betul terdesak barulah akan gadaikan atau jual emas, setuju? Tak macam simpan duit di bank, bila-bila masa sahaja boleh keluarkan duit tersebut melalui mesin ATM yang sekarang ada di merata tempat. Oh ya, tak perlu ke mesin ATM pun, bukankah "internet banking" ada di hujung jari? Tengah-tengah browse Fb atau Instagram, tiba ternampak ada barang yang berkenan di hati, Terus saja klik, klik dan klik, "Tahniah, transaksi anda berjaya!"

Adoi, kalau macam tu, sikit-sikit lama-lama habislah!
Itu yang tak best tu..
Sekarang, kalau tiba-tiba rasa nak shopping yang entah apa-apa, saya mesti terfikir, "baik aku tukar duit ini kepada emas!"

Ting! Macam cerita dongeng Raja Midas gitu!

Jom, tukar simpanan duit kita kepada emas!

Nak tahu lebih lanjut tentang simpanan emas?

Hubungi saya, 
Asiyah
013 9739455
Stokis Sah Powergold

No comments:

Post a Comment