Friday, November 6, 2015

Kisah Bismillah

"Mama, meh kakak bubuh sendiri susu tu", pinta Nidaaul Awatif sewaktu saya mahu membancuhkan susu untuknya.
Saya lihat mulutnya terkumat kamit menyebut lafaz Basmalah setiap kali dia memasukkan 1 sudu susu tepung ke dalam cawan yang sudah berisi air suam.
Ada sedikit susu yang tertumpah di atas lantai. Menyedari hal itu, saya lihat air mukanya berubah.
"Sikit jah tupoh ni, mama. Tadi kakak
baco Bismillah doh maso nok bubuh susu. Baco Bismillah baru la jadi mudoh, sebab tu tok banyok tupoh", ujarnya seakan membela diri.
"Betul tu, kakak. Allah tolong kakak sebab kakak baco Bismillah. Sikit jah tupoh tu. Nah, kakak amik kain ni, tolong lap hok tupoh tu deh", balas saya sambil menghulurkan sehelai kain tuala kecil kepadanya.
Saya tersentap sebenarnya.
Allah datangkan anak kecil untuk mentarbiyah mamanya yang sering lalai.
BISMILLAH..
Satu perkataan yang sangat ringkas, namun mempunyai makna yang sangat luas & mendalam. "Dengan nama Allah"; Nak buat apa-apa pun, mesti ingat Allah, dahulukan Allah..insha Allah kita takkan tersasar.

Jika Allah sentiasa "ada" di hati, kita akan malu untuk melakukan perkara mungkar.
Jika Allah sentiasa di hati, gunung api kemarahan kita takkan mudah meletus.
Jika Dia di hati, kita pasti takkan senang untuk bermalas-malasan.
Betul ke betul?

No comments:

Post a Comment