Sunday, November 1, 2015

Rumah atau Muzium?

Happiness is baking choc chip muffins together with 3 cute little helpers in your own kitchen & enjoying the freshly baked ones when it is raining cats & dogs outside ðŸ˜ŠðŸ˜Š

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah



Sudah 3, 4 hari Awatif & Abeed minta mama buatkan muffin.Permintaan sebegini agak mustahil untuk mama tunaikan pada hari bekerja. Jadi, mama berjanji untuk baking pada hujung minggu. Nak tak nak, janji wajiblah ditepati! Celik mata je, terus minta muffin..hehe..

Masa kita dengan anak-anak sangatlah berharga. Jadi, cubalah sedaya mungkin untuk libatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti kita terutamanya jika kita ibu bapa yang bekerja di luar rumah. 

Memasak bersama-sama.
Jemur pakaian bersama-sama. 
Lipat baju bersama-sama. 
Main bersama-sama.
Mengemas bersama-sama.

Walaupun hasil kerja mereka tak sesempurna yang kita nak, tak apa, asalkan semuanya gembira! Secara tak langsung kita mengajar anak-anak kita erti tanggungjawab. 

Rumah bersepah sikit-sikit tu buat tak tahu je la..pejam sebelah mata & LET IT GO! 
Cakap dalam hati: "Inilah rumah, bukannya muzium!"

No comments:

Post a Comment