Thursday, August 21, 2014

Bersalin & Berpantang

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2014 yang lepas, saya dianugerahkan Allah seorang lagi puteri solehah yang bakal memberi manfaat kepada ummah. Nisreen Aisyah nama diberi. Sepanjang mengandungkan Aisyah, Set Kehamilan Sihat Shaklee menjadi peneman saya. Alhamdulillah, melalui uneventful pregnancy, mama & si kecil sihat walafiat. 

Tersenyum sendirian saya dibuatnya apabila mengenangkan pengalaman berpantang anak sulung & kedua yang lalu. Mana taknya, umur anak dah masuk setahun pun, jamunya masih belum berjaya dihabiskan. Ada yang "panas", tak sesuai dengan perut bayi. Setiap kali mama makan, anak mesti cirit. Jadi, terpaksalah tangguh dulu pengambilannya sehingga anak besar sikit. Ada juga yang dikhuatiri dapat menyebabkan jaundis atau memburukkan keadaan. Sekali lagi, terpaksa tangguh walaupun anak sihat. 

Merasai sendiri kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan supplement Shaklee, saya nekad untuk meneruskan pengambilan produk-produk ini selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee pula menjadi  set berpantang pilihan pada kali ini. Yang ini confirm saya dapat habiskan! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca sehingga habis..

Sebelum kita tengok apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee & mengapa set ini menjadi pilihan ibu-ibu masa kini, jom kita teliti semula mengapa ibu-ibu yang baru bersalin perlu berpantang serta apa yang mahu dicapai semasa berpantang.
  1. Kembali bertenaga & sihat fizikal dan mental
  2. Luka luaran & dalaman cepat sembuh
  3. Bayi sihat & tidak meragam
  4. Ibu ceria, tidak murung
  5. Susu badan banyak
  6. Mendapatkan semula bentuk badan idaman
  7. Ibu & anak membuang air besar & kecil dengan baik
Cara berpantang orang Melayu misalnya, tak sah kalau tak ada ikan bakar, tak boleh makan sayur / buah-buahan yang bersifat "sejuk/angin". Ada sesetengahnya terpaksa menghadap menu yang sama setiap hari, tiada kepelbagaian. Agak-agaknya, kalau cara berpantang macam ni, dari mana badan si ibu mahu mendapatkan segala jenis zat untuk mencapai objektif-objektif di atas dengan jayanya? Mujurlah ada Set Bersalin Shaklee




Jom, kita tengok apa kebaikan-kebaikan yang Set Bersalin Shaklee ini tawarkan kepada ibu-ibu yang sedang berpantang!

PRODUK
KEBAIKAN
VitaLea
·         Multivitamin yang mengandungi 28 nutrien untuk memulihara & memelihara kesihatan tubuh.
·         Dilengkapi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
B-Complex
·         Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
·         Dilengkapi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
·         Memberikan tenaga (energy booster)
·         Membantu mengatasi kemurungan (depression)
SR Vita-C
·         Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
·         Memperkukuh sistem pertahanan badan
·         Membantu dalam pembentukan kolagen bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat & cantik
Zinc
·         Mempercepat penyembuhan luka luaran & dalaman
Energizing Soy Protein (ESP)
·         Memberikan tenaga segera (energy booster) yang berpanjangan
·         Sumber protein yang berkualiti – penting dalam penghasilan sel-sel baru
·         Meningkatkan kesihatan & kecantikan kulit serta rambut
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
OsteMatrix
·         Menyediakan nutrien harian termasuklah kalsium yang diperlukan untuk pembentukan & kesihatan tulang dan gigi.
·         Membantu menghilangkan lenguh-lenguh, sakit urat & sengal sendi
·         Memudahkan proses pembuangan air besar (ibu lebih lawas)
Alfalfa
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
·         Untuk kesihatan dalaman wanita


Set Bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas melahirkan (kecuali Alfalfa) & pengambilannya sangat digalakkan untuk diteruskan sebagai makanan tambahan harian walaupun tempoh berpantang sudah pun tamat. Kenapa? Kerana kebaikan-kebaikan yang diberikannya cukup banyak kepada ibu & bayi!

Tujuan ibu-ibu berpantang akan dapat dicapai dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang konsisten & dengan cara yang betul, insha Allah..tentunya dengan izin Allah jua. 

Berpantanglah dengan sihat, wahai ibu-ibu semua!
Cepatlah pulih..suami & anak-anak memerlukan perhatianmu!

Ikuti kupasan khas Dr. Zubaidi tentang Set Bersalin Shaklee di sini..

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan Set Bersalin Shaklee, sila SMS/WhatsApp 0139739455 (Asiyah) atau pm kami di Fb page: Super Parents' Choice. 

Jaminan harga terendah untuk semua!

No comments:

Post a Comment