Wednesday, September 24, 2014

Magis Di Dapurku!

Saya ada sebuah kuali kecil kesayangan yang dibeli 2 tahun lepas sempena menduduki rumah baru. Saya suka sangat guna kuali ni sebab saiznya yang ngam-ngam dengan hidangan yang dimasak. Sekali masak biasanya untuk 3 orang makan je.

Saya sangat enjoy memasak. Cuma, bahagian mencuci tu yang kurang sikit. Lagi-lagi kalau nak menyental bontot kuali yang dah kehitaman. Saya rela surrender kalau 2, 3 kali sental dengan pencuci pinggan biasa pun tak hilang. Akhirnya, makin bertambah hitam legamlah bontot kuali saya, huhu.. Bersih tu memanglah bersih tapi mata ni tak sedap nak menengoknya.

Baru-baru ni, saya terpanggil untuk membuat eksperimen di dapur. Saya nak cuci kuali kesayangan saya tu dengan menggunakan Basic-H yang sudah lama dibeli tapi hanya digunakan untuk mengemop lantai sahaja.

Saya letakkan beberapa titik cecair Basic-H ke dalam sebekas kecil air & saya gunakannya untuk menyental kuali saya yang sudah legam itu dengan sedikit kudrat yang ada. Hasilnya, silalah perhatikan gambar di bawah ni. Macam tak percaya je itu kuali kecil kesayangan saya. Dia sudah bertukar wajah! Magic!!


Tiba-tiba saya berkata dalam hati, "Ruginya, kenapalah baru hari ni aku guna Basic-H untuk cuci kuali ni? Kalau dari dulu lagi aku guna, taklah membazir masa & tenaga asyik duk menyental tak sudah-sudah"

Basic-H memang pencuci serbaguna yang organik & selamat digunakan. Sebotol Basic-H boleh digunakan untuk mencuci pelbagai jenis barang seperti yang tertera di dalam gambar di bawah ni.  



Jadi, lepas ni, tak payah semakkan kepala untuk pilih nak beli pencuci lantai jenama apa, pencuci tandas jenama apa, pencuci dapur jenama apa, pencuci pinggan mangkuk jenama apa. Kita guna Basic-H je! Nak cuci bekas karat di baju pun boleh tau..


Jimat wang, jimat masa, jimat tenaga..kan?
Basic-H terbukti sangat membantu para surirumah. I like!! 
Habislah..lepas ni semua jadi LIKE-NEW gituu..suami & anak-anak pun mesti tercengang!




Hubungi saya segera untuk pertanyaan lanjut/tempahan:

0139739455
Fb page: Super Parents' Choice

[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]

1 comment:

  1. Memang untung sungguh sape yg memilikinya...
    Bertindak segera, pasti anda dapat rasai perbezaannya...

    ReplyDelete