Friday, September 19, 2014

Tangan Yang Di Atas

"Tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah"


Bagaimana nak jatuhkan ego? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menarik rezeki? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menyelesaikan masalah hidup yang datang bertimpa-timpa? Bersedekah / infaq.

Bagi mereka yang masih belum menjadikan bersedekah sebagai rutin harian, bersedekah mungkin satu perkara yang amat berat untuk dilaksanakan. Apa kata, mulakan dengan memberi sesuatu yang menggembirakan kepada ahli keluarga sendiri dahulu. Takkan kita tak nak tengok ahli keluarga sendiri gembira, kan?

Kemudian, panjangkan jangkauan kepada orang di sekeliling yang memerlukan dan seterusnya kepada mereka yang lebih jauh. Sekalipun kita tak dapat keluar bertemu mata dengan "pemilik tangan di bawah", kita masih boleh menggunakan kemudahan serta kecanggihan teknologi yang ada sebagai pengganti tangan kita, misalnya bersedekah melalui SMS & online transfer.

Kelebihan bersedekah sangat banyak. Namun, bersedekahlah ikhlas kerana mengharapkan redha Allah, bukan kerana fadhilat bersedekah semata-mata. Saya sangat menyukai frasa ini; "Erti hidup pada memberi" kerana dengan memberi kita akan menerima. Sifirnya mudah, kita tolong orang lain dan Allah akan tolong kita. Memang rugilah sesiapa yang menolak pertolongan Raja Segala Raja!

Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Kenapa? Sebab sedekah bukan dinilai pada besarnya jumlah yang diberikan tapi nilaiannya bergantung kepada keikhlasan amalan. Bahkan, takkan miskin orang yang bersedekah!


Berikut dikongsikan beberapa cara untuk bersekah:

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH:-
  1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid Mekah & Madinah). 
  2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
  3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk dsumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
  4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
  6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang-orang yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dll).
  7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
  8. Belilah mushaf (Al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
  10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
  12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.
  13. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya.


 Selamat bersedekah!

No comments:

Post a Comment