Monday, September 1, 2014

Tak Sempat..Macam Mana Ni?

RUSH HOUR = waktu puncak 

"A time during the day early in the morning or late in the afternoon when many people are traveling on roads to get to work or to get home from work"

Kalau di rumah saya, waktu puncak pada setiap pagi hari bekerja merupakan waktu yang sangat kritikal. Pada masa inilah semua orang tengah kalut ribut terutamanya kalau anak-anak lambat bangun daripada tidur & berlengah-lengah untuk bersiap. Bertambah haru kalau ada yang nak buang air besar apabila semua orang sudah pun berada dalam kereta. Allah, memang menguji kesabaran sungguh!


Pun begitu, perkara WAJIB yang tak boleh ditinggalkan pada waktu puncak ini ialah SARAPAN. Teringat masa zaman kecil dahulu, setiap pagi ummi & abah wajibkan anak-anaknya bersarapan sebelum melangkah ke sekolah. Lewat macam mana sekali pun, tekak tak boleh nak telan makanan ke, kami adik beradik sekurang-kurangnya wajib minum segelas susu. Apa yang segelas susu boleh bekalkan? Kalsium, protein, vitamin-vitamin dan garam-garam mineral yang pelbagai. Semua tu sangat penting untuk tumbesaran & pembelajaran. 

Kalau perut terlalu lapar, apa yang cikgu ajar kita akan susah nak tangkap. Badan pun lemau semacam je walaupun tidur dah cukup. Sarapan boleh meningkatkan kadar metabolisma badan seseorang, seterusnya membantu mengekalkan berat badan ideal. Sebaik-baiknya, pilihlah hidangan yang kaya dengan protein semasa bersarapan. 


Sekarang ni, ada cara yang lebih mudah untuk bersarapan. Hanya "cedok" & "goncang"! Nak minum di rumah boleh, nak minum dalam kenderaan pun boleh. Alasan "Tak sempat nak sarapan" dah tak boleh pakai dengan adanya 3 pilihan minuman berprotein tinggi yang Shaklee tawarkan ini:
  • Cinch Shake Mix* (perasa coklat/vanilla/cafe latte) - untuk mereka yang sedang mengurangkan berat badan
  • Meal Shakes (perasa vanilla) - PROMOSI beli 3 PERCUMA 1 sepanjang bulan ini!!
  • ESP (perasa vanilla)
*Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang Cinch Shake Mix dalam entry yang akan datang, in sha Allah..

Sibuk macam mana sekalipun, kita masih punyai pilihan untuk mulakan hari kita dengan sarapan bernutrisi daripada Shaklee yang bukan sekadar susu!

Untuk tempahan/pertanyaan lanjut, sila hubungi Asiyah (0139739455 - SMS/Call/WhatsApp) atau pm di Fb page: Super Parents' Choice.


P/S:
Ada satu lagi RUSH HOUR yang paling, paling mendebarkan iaitu apabila KIAMAT tiba. Itulah saat di mana kita akan menjadi terlalu sibuk dan tidak menghiraukan lagi akan orang lain. Pada waktu tersebut, baik Cinch Shake Mix, ESP atau Meal Shakes tak dapat membantu kita. Hanya iman & amal soleh di dunia yang bakal menjadi pembantu setia.

No comments:

Post a Comment