Thursday, September 11, 2014

Rambutku Mahkotaku..

Pernah tak alami keguguran rambut yang teruk hingga menyebabkan anda berdoa, "Tolonglah jangan botak"?

Tak payah angkat tangan. Sila simpan jawapan sendiri ya.

Saya nak mengaku yang saya pernah alaminya. Seriously, masa tu memang macam dah tak ada harapan. Rambut makin menipis. Sekali sikat, hampir penuh segenggam rambut. Yang jatuh atas lantai tak usah kira la..

Macam-macam jenis syampu saya dah cuba tapi tak berhasil. Mungkin Yun Nam je yang saya belum try lagi. Pernah juga terdetik, moga-moga ini bukan kesan disihir. Nauzubillahi min zalik..

 
Rambut memang akan gugur dengan sendiri selepas mencapai tempoh matangnya. Namun, jika lebih 100 helai rambut yang gugur dalam masa sehari, ia bukan sesuatu yang normal. Rawatan diperlukan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

Alhamdulillah, episod yang mengerikan buat saya itu sudah berlalu hasil ikhtiar rawatan luar & dalam menggunakan produk-produk Shaklee, tentunya dengan izin Allah jua. Sebagaimana badan memerlukan makanan untuk terus berfungsi dengan baik, rambut juga begitu. 

Apa yang rambut perlukan untuk tampil sihat & menawan?

Rawatan Dalaman:
  1. Vitamin - multivitamin termasuklah vitamin B6, B12, zat besi dan asid folik (boleh didapati dalam VitaLea & B-Complex)
  2. Mineral - termasuklah zinc, magnesium & biotin (boleh didapati dalam Zinc Complex, VitaLea & B-Complex)
  3. Protein - terutamanya kolagen dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cantik & kuat (Shaklee Collagen Powder & Energizing Soy Protein)
  4. GLA untuk menyeimbangkan hormon sekiranya hormon tidak seimbang terutamanya bagi perempuan.
Rawatan Luaran:
  1. Cuci rambut dengan syampu & perapi yang sesuai - Rangkaian Set Penjagaan Rambut ProSante mengandungi ekstrak herba-herba terpilih, tidak toksik dan dapat membantu memberikan rambut yang lebih sihat & cantik!
  2. Biarkan ia kekal asli - kurangkan penggunaan bahan kimia seperti pewarna rambut & teknik-teknik rebonding dll.
  3. Sikat dengan betul - Menyikat rambut merupakan salah satu sunnah Rasulullah yang patut diamalkan oleh semua umat Islam. Elakkan menyikat rambut sewaktu rambut basah kerana pada waktu tersebut akar rambut dalam keadaan lema.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua. Semua orang pun boleh dapat rambut sihat yang cantik menawan..macam model gituu (sila Google sendiri ya kalau nak tengok gambar rambut cantik! Hehe..)

Jika anda/pasangan/kenalan/saudara mara anda mengalami masalah yang sama, saya sedia membantu!

Pm saja..nk wassap/sms pun boleh:

Nur Asiyah Mustapha Kamil
0139739455
[Penghantaran ke seluruh negara & COD area Kota Bharu, Kelantan]

Rujukan:
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/eating-right-keep-hair-healthy
  •  http://www.medicinenet.com/hair_loss/page10.htm#what_vitamins_are_good_for_hair_loss
  •  http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/313.html

No comments:

Post a Comment