Saturday, December 20, 2014

Year End Sale 2014: Bulan Cantik

Bulan Disember, bulan yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan orang. Disember juga bulan jimat kerana di sana sini ada promosi Year End Sale (YES). Shaklee pun tak terkecuali. Kami menamakan Disember 2014 ini dengan nama "BULAN CANTIK" sempena promosi harga runtuh:
  1. Shaklee Collagen Powder (SCP)....beli 3 PERCUMA 1 + PERCUMA keahlian Shaklee + rebat tunai
  2. Sustained Release Vita-C 500mg....beli 6 PERCUMA 1 & beli 2 dapat diskaun 5%
  3. Vita-E Complex....beli 6 PERCUMA 1 + PERCUMA keahlian Shaklee + rebat tunai & beli 2 dapat diskaun 5%


Bermula dari 1 Januari 2015, SCP akan out of stock selama hampir setahun. Memang berbaloi sangat-sangatlah kalau rembat sekarang untuk stok sendiri. Dahlah harga menjunam, penjimatan lebih RM500 & siap dapat bonus lagi. Shaklee pula memang nak bagi peluang untuk kita jana ekonomi sendiri. Almaklumlah, harga barang sekarang pun dah makin naik harga walaupun GST belum lagi dilaksanakan. 

Ayuh!
Kualiti terbaik dengan harga kaw-kaw!


NUR ASIYAH
013-9739455

Wednesday, October 8, 2014

Walaupun Naik 20 Sen..

Hairan sungguh..

Walaupun dah 5, 6 kali harga minyak naik (oops, tersilap..bukan harga minyak naik tapi subsidi dikurangkan..hehe) produk-produk Shaklee tak pernah pula dinaikkan harga. Makin turun harga ada la! Pelik betul dengan Shaklee ni, kan? Terbalik pula. Setiap bulan mesti ada promosi harga jimat.

Macam si Energizing Soy Protein atau nama manjanya ESP ni, dalam tahun 2014 saja dah 2 kali Shaklee buat promosi Beli 6 PERCUMA 1. Sebelum ni, tak pernah-pernah ada 2 kali promosi produk yang sama dalam masa setahun. Siapa yang suka berjimat cermat & suka yang FREE free tu, memang sah-sahlah akan rebut peluang memborong ESP MURAH ini!


Mari saya tunjukkan, betapa JIMATnya kalau beli ESP sekarang..
  • Harga pasaran biasa RM150 setong 
  • Harga ahli biasa RM121
Promosi sepanjang bulan Oktober ni, BUY 6 FREE 1. Jadi, kalau beli 6 tong, terus boleh dapat:
  • 1 tong ESP PERCUMA (jimat > RM300 sebab dapat beli dengan harga ahli) 
  • keahlian Shaklee PERCUMA (jimat RM65...peluang untuk jana pendapatan, free trips & car subsidy) 
  • REBAT TUNAI bernilai RM36
JUMLAH PENJIMATAN = > RM400

Wow, terangat, sangat, sangat JIMAT, ok!


Aaa, 7 tong ESP tu macam banyak sangat?

Tak banyak pun sebenarnya. Di rumah saya, setong ESP tahan untuk penggunaan 2 bulan. 6, 7 tong tu boleh buat stok untuk setahun tau. Tak pun, jual saja kepada orang-orang terdekat. Mesti cepat je licin. Biar semua orang rasai sendiri kelazatan ESP & manfaat-manfaatnya. Tak payah risau, expiry date lambat lagi..tahun 2016 baru expired. Lagi pun, ESP boleh diminum sepanjang masa; mengandung ke tak mengandung ke, menyusu ke tak menyusu ke, tua atau muda..semua pun boleh minum ESP kerana semua orang perlukan protein, semua orang perlukan tenaga!


Dahlah jimat lebih RM400, boleh pula peluang untuk jana pendapatan dengan Shaklee tatkala kos sara hidup makin meningkat ni. Dapat kulit, rambut & badan yang cantik tu tak payah cakaplah sebabnya semua orang tahu itu antara 'side effects' minum ESP ni selain sentiasa bertenaga. 

Ermm, saya tak tahu dah nak kata apa. Cuma, memang rugi teramatlah kalau tak beli sekarang. Kalau nak setong dua pun boleh, roger je saya, ok?

Klik di sini untuk berkenalan lebih lanjut dengan ESP yang sentiasa HOT ni :-)

Selamat berESP semua!
Semoga sentiasa sihat untuk terus beribadah!!

PM saya di Fb:
Nur Asiyah Mustapha Kamil
atau hubungi 0139739455 (call/SMS/whatsapp/telegram)
 
[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]


Wednesday, September 24, 2014

Magis Di Dapurku!

Saya ada sebuah kuali kecil kesayangan yang dibeli 2 tahun lepas sempena menduduki rumah baru. Saya suka sangat guna kuali ni sebab saiznya yang ngam-ngam dengan hidangan yang dimasak. Sekali masak biasanya untuk 3 orang makan je.

Saya sangat enjoy memasak. Cuma, bahagian mencuci tu yang kurang sikit. Lagi-lagi kalau nak menyental bontot kuali yang dah kehitaman. Saya rela surrender kalau 2, 3 kali sental dengan pencuci pinggan biasa pun tak hilang. Akhirnya, makin bertambah hitam legamlah bontot kuali saya, huhu.. Bersih tu memanglah bersih tapi mata ni tak sedap nak menengoknya.

Baru-baru ni, saya terpanggil untuk membuat eksperimen di dapur. Saya nak cuci kuali kesayangan saya tu dengan menggunakan Basic-H yang sudah lama dibeli tapi hanya digunakan untuk mengemop lantai sahaja.

Saya letakkan beberapa titik cecair Basic-H ke dalam sebekas kecil air & saya gunakannya untuk menyental kuali saya yang sudah legam itu dengan sedikit kudrat yang ada. Hasilnya, silalah perhatikan gambar di bawah ni. Macam tak percaya je itu kuali kecil kesayangan saya. Dia sudah bertukar wajah! Magic!!


Tiba-tiba saya berkata dalam hati, "Ruginya, kenapalah baru hari ni aku guna Basic-H untuk cuci kuali ni? Kalau dari dulu lagi aku guna, taklah membazir masa & tenaga asyik duk menyental tak sudah-sudah"

Basic-H memang pencuci serbaguna yang organik & selamat digunakan. Sebotol Basic-H boleh digunakan untuk mencuci pelbagai jenis barang seperti yang tertera di dalam gambar di bawah ni.  



Jadi, lepas ni, tak payah semakkan kepala untuk pilih nak beli pencuci lantai jenama apa, pencuci tandas jenama apa, pencuci dapur jenama apa, pencuci pinggan mangkuk jenama apa. Kita guna Basic-H je! Nak cuci bekas karat di baju pun boleh tau..


Jimat wang, jimat masa, jimat tenaga..kan?
Basic-H terbukti sangat membantu para surirumah. I like!! 
Habislah..lepas ni semua jadi LIKE-NEW gituu..suami & anak-anak pun mesti tercengang!




Hubungi saya segera untuk pertanyaan lanjut/tempahan:

0139739455
Fb page: Super Parents' Choice

[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]

Monday, September 22, 2014

Perut Nasi Nak Berdiet

Saya baru sahaja menghabiskan segelas Cinch Shake Mix (CSM) perisa coklat kegemaran sebagai hidangan sarapan pada pagi ini, Alhamdulillah..terasa nikmat ianya berkaitan dengan coklat. Almaklumlah, saya hantu coklat! Suami pula minat CSM perisa cafe latte. Bau kopinya memang menyegarkan! 

Selalunya saya, kalau pagi-pagi dah ber"Cinch", sampai pukul 1-2 petang pun masih belum rasa lapar. Rasa nak minum air je, tak rasa pun nak makan. Kalau 1 liter air tu sekejap je saya boleh habiskan. Hatta perut juga tak bagi signal lapar.. berkeroncong ke, marhaban ke apa.


Ramai pelanggan yang merungut kepada saya:
  1. "Tak boleh nak diet la macam ni..kalau aku tak makan nasi, nanti nak makan apa? Boleh mati kebulur aku macam ni!"
  2. "Makanan lain bagi aku tak mengenyangkan. Almaklumlah, makan nasi je dari kecik. Kalau makan makanan lain pun mesti nak nasi juga lepas tu"
Dah namanya orang Melayu, memang nasi jadi makanan ruji. Nak nak orang Kelantan macam saya ni, celik mata terus cari nasi berlauk. Bukan salah nasi pun kalau kita gemuk. Salah kita yang ambil melebihi kadarnya, terlebih ikut rasa! 

Tapi tak apa, dengan CSM perisa kegemaran anda, anda takkan kelaparan walaupun tak menjamah nasi. Bukan itu sahaja, bonusnya, inci ukur lilit akan berkurang & badan tak menggeleber! Best kan? Haa, inilah sebabnya mengapa saya jatuh cinta dengan CSM!


Jadi, kalau ada yang berdiet tanpa rasa lapar untuk mengawal / menurunkan berat badan, saya takkan ragu-ragu untuk syorkan pengganti hidangan yang sangat hebat ini; Cinch Shake Mix, the BEST meal-replacement ever!

Sebaik-baiknya, ambillah set yang lengkap untuk membantu menurunkan berat badan & kekal langsing iaitu yang mematuhi prinsip 3B: Bakar, Buang, Bina 



Cinch Tea Mix (CTM) pula diambil sebagai snek sebagai penggalak metabolisma (metabolism booster). Ye lah, daripada makan jajan yang tinggi lemak & kolesterol tu, jauh lebih baik bersnek dengan CTM! Bonusnya, kalori akan dibakar dan dalam masa yang sama kita kekal bertenaga. Sebab itulah di kalangan pengedar Shaklee, CTM juga dikenali sebagai "ubat untuk elakkan mengantuk". 


Ok, macam biasa, roger-roger lah saya kalau tuan puan perlukan maklumat tambahan / nak buat tempahan. Semestinya harga & konsultasi yang terbaik daripada saya, insha Allah!


0139739455
Fb page: Super Parents' Choice

[Penghantaran ke seluruh negara & COD sekitar Kota Bharu, Kelantan]

Friday, September 19, 2014

Tangan Yang Di Atas

"Tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah"


Bagaimana nak jatuhkan ego? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menarik rezeki? Bersedekah / infaq.
Bagaimana nak menyelesaikan masalah hidup yang datang bertimpa-timpa? Bersedekah / infaq.

Bagi mereka yang masih belum menjadikan bersedekah sebagai rutin harian, bersedekah mungkin satu perkara yang amat berat untuk dilaksanakan. Apa kata, mulakan dengan memberi sesuatu yang menggembirakan kepada ahli keluarga sendiri dahulu. Takkan kita tak nak tengok ahli keluarga sendiri gembira, kan?

Kemudian, panjangkan jangkauan kepada orang di sekeliling yang memerlukan dan seterusnya kepada mereka yang lebih jauh. Sekalipun kita tak dapat keluar bertemu mata dengan "pemilik tangan di bawah", kita masih boleh menggunakan kemudahan serta kecanggihan teknologi yang ada sebagai pengganti tangan kita, misalnya bersedekah melalui SMS & online transfer.

Kelebihan bersedekah sangat banyak. Namun, bersedekahlah ikhlas kerana mengharapkan redha Allah, bukan kerana fadhilat bersedekah semata-mata. Saya sangat menyukai frasa ini; "Erti hidup pada memberi" kerana dengan memberi kita akan menerima. Sifirnya mudah, kita tolong orang lain dan Allah akan tolong kita. Memang rugilah sesiapa yang menolak pertolongan Raja Segala Raja!

Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Kenapa? Sebab sedekah bukan dinilai pada besarnya jumlah yang diberikan tapi nilaiannya bergantung kepada keikhlasan amalan. Bahkan, takkan miskin orang yang bersedekah!


Berikut dikongsikan beberapa cara untuk bersekah:

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH:-
  1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid Mekah & Madinah). 
  2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
  3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk dsumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
  4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
  6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang-orang yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dll).
  7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
  8. Belilah mushaf (Al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
  10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
  12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.
  13. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya.


 Selamat bersedekah!

Thursday, September 11, 2014

Rambutku Mahkotaku..

Pernah tak alami keguguran rambut yang teruk hingga menyebabkan anda berdoa, "Tolonglah jangan botak"?

Tak payah angkat tangan. Sila simpan jawapan sendiri ya.

Saya nak mengaku yang saya pernah alaminya. Seriously, masa tu memang macam dah tak ada harapan. Rambut makin menipis. Sekali sikat, hampir penuh segenggam rambut. Yang jatuh atas lantai tak usah kira la..

Macam-macam jenis syampu saya dah cuba tapi tak berhasil. Mungkin Yun Nam je yang saya belum try lagi. Pernah juga terdetik, moga-moga ini bukan kesan disihir. Nauzubillahi min zalik..

 
Rambut memang akan gugur dengan sendiri selepas mencapai tempoh matangnya. Namun, jika lebih 100 helai rambut yang gugur dalam masa sehari, ia bukan sesuatu yang normal. Rawatan diperlukan dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

Alhamdulillah, episod yang mengerikan buat saya itu sudah berlalu hasil ikhtiar rawatan luar & dalam menggunakan produk-produk Shaklee, tentunya dengan izin Allah jua. Sebagaimana badan memerlukan makanan untuk terus berfungsi dengan baik, rambut juga begitu. 

Apa yang rambut perlukan untuk tampil sihat & menawan?

Rawatan Dalaman:
  1. Vitamin - multivitamin termasuklah vitamin B6, B12, zat besi dan asid folik (boleh didapati dalam VitaLea & B-Complex)
  2. Mineral - termasuklah zinc, magnesium & biotin (boleh didapati dalam Zinc Complex, VitaLea & B-Complex)
  3. Protein - terutamanya kolagen dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih cantik & kuat (Shaklee Collagen Powder & Energizing Soy Protein)
  4. GLA untuk menyeimbangkan hormon sekiranya hormon tidak seimbang terutamanya bagi perempuan.
Rawatan Luaran:
  1. Cuci rambut dengan syampu & perapi yang sesuai - Rangkaian Set Penjagaan Rambut ProSante mengandungi ekstrak herba-herba terpilih, tidak toksik dan dapat membantu memberikan rambut yang lebih sihat & cantik!
  2. Biarkan ia kekal asli - kurangkan penggunaan bahan kimia seperti pewarna rambut & teknik-teknik rebonding dll.
  3. Sikat dengan betul - Menyikat rambut merupakan salah satu sunnah Rasulullah yang patut diamalkan oleh semua umat Islam. Elakkan menyikat rambut sewaktu rambut basah kerana pada waktu tersebut akar rambut dalam keadaan lema.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua. Semua orang pun boleh dapat rambut sihat yang cantik menawan..macam model gituu (sila Google sendiri ya kalau nak tengok gambar rambut cantik! Hehe..)

Jika anda/pasangan/kenalan/saudara mara anda mengalami masalah yang sama, saya sedia membantu!

Pm saja..nk wassap/sms pun boleh:

Nur Asiyah Mustapha Kamil
0139739455
[Penghantaran ke seluruh negara & COD area Kota Bharu, Kelantan]

Rujukan:
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/hair-loss/eating-right-keep-hair-healthy
  •  http://www.medicinenet.com/hair_loss/page10.htm#what_vitamins_are_good_for_hair_loss
  •  http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/natural/313.html

Wednesday, September 10, 2014

Kerana Sayangkan Anak

Kerana sayangkan anak, 
KIta belikannya gajet-gajet canggih ratusan ribu ringgit,
Hingga terlupa yang setiap hari anak ke sekolah tanpa sarapan.


Kerana sayangkan anak, 
Kita hadiahkannya baju-baju berjenama setiap bulan,
Hingga terlupa tubuh & otaknya perlukan khasiat tambahan.


Kerana sayangkan anak, 
Kita berikannya barang permainan berkotak-kotak banyaknya,
Hingga terlupa segala penyakit yang dideritainya saban masa.



Ya, kita semua sayangkan anak-anak kita.
Mereka zuriat kita, bakal pewaris masa depan negara.
Jika benar kita sayangkan anak, kita takkan teragak-agak membelanjakan secukupnya supaya mereka membesar dengan sihat.


Setin Meal Shakes yang kaya dengan vitamin, mineral & serat ini tentunya jauh lebih rendah harganya berbanding gajet-gajet, baju berjenama & segala macam permainan yang ada. 


Kenapa murah?
  1. Murah sebab setin tak sampai RM100 pun untuk penggunaan 2 bulan!
  2. Murah sebab selepas ni anak-anak akan lebih cerdas & cergas!
  3. Murah sebab bulan ni ada promosi BELI 3 PERCUMA 1 & KOS PENGHANTARAN PERCUMA!
  4. Murah sebab KESIHATAN anak-anak itu lebih mahal harganya!
Siapa yang GEMBIRA apabila anak berselera makan, asthma & eczema terkawal, sembelit dah tak ada & otak makin bijak?

Tentulah kita!

Nak Meal Shakes murah untuk anda seisi keluarga?

SMS/Whatsapp saya sekarang (kalau betul-betul sayangkan anak laaa..):
ASIYAH 0139739455
Pengedar Sah Shaklee Anda :-)

[Penghantaran ke seluruh negara]
[COD area Kota Bharu, Kelantan]

Monday, September 1, 2014

Tak Sempat..Macam Mana Ni?

RUSH HOUR = waktu puncak 

"A time during the day early in the morning or late in the afternoon when many people are traveling on roads to get to work or to get home from work"

Kalau di rumah saya, waktu puncak pada setiap pagi hari bekerja merupakan waktu yang sangat kritikal. Pada masa inilah semua orang tengah kalut ribut terutamanya kalau anak-anak lambat bangun daripada tidur & berlengah-lengah untuk bersiap. Bertambah haru kalau ada yang nak buang air besar apabila semua orang sudah pun berada dalam kereta. Allah, memang menguji kesabaran sungguh!


Pun begitu, perkara WAJIB yang tak boleh ditinggalkan pada waktu puncak ini ialah SARAPAN. Teringat masa zaman kecil dahulu, setiap pagi ummi & abah wajibkan anak-anaknya bersarapan sebelum melangkah ke sekolah. Lewat macam mana sekali pun, tekak tak boleh nak telan makanan ke, kami adik beradik sekurang-kurangnya wajib minum segelas susu. Apa yang segelas susu boleh bekalkan? Kalsium, protein, vitamin-vitamin dan garam-garam mineral yang pelbagai. Semua tu sangat penting untuk tumbesaran & pembelajaran. 

Kalau perut terlalu lapar, apa yang cikgu ajar kita akan susah nak tangkap. Badan pun lemau semacam je walaupun tidur dah cukup. Sarapan boleh meningkatkan kadar metabolisma badan seseorang, seterusnya membantu mengekalkan berat badan ideal. Sebaik-baiknya, pilihlah hidangan yang kaya dengan protein semasa bersarapan. 


Sekarang ni, ada cara yang lebih mudah untuk bersarapan. Hanya "cedok" & "goncang"! Nak minum di rumah boleh, nak minum dalam kenderaan pun boleh. Alasan "Tak sempat nak sarapan" dah tak boleh pakai dengan adanya 3 pilihan minuman berprotein tinggi yang Shaklee tawarkan ini:
  • Cinch Shake Mix* (perasa coklat/vanilla/cafe latte) - untuk mereka yang sedang mengurangkan berat badan
  • Meal Shakes (perasa vanilla) - PROMOSI beli 3 PERCUMA 1 sepanjang bulan ini!!
  • ESP (perasa vanilla)
*Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang Cinch Shake Mix dalam entry yang akan datang, in sha Allah..

Sibuk macam mana sekalipun, kita masih punyai pilihan untuk mulakan hari kita dengan sarapan bernutrisi daripada Shaklee yang bukan sekadar susu!

Untuk tempahan/pertanyaan lanjut, sila hubungi Asiyah (0139739455 - SMS/Call/WhatsApp) atau pm di Fb page: Super Parents' Choice.


P/S:
Ada satu lagi RUSH HOUR yang paling, paling mendebarkan iaitu apabila KIAMAT tiba. Itulah saat di mana kita akan menjadi terlalu sibuk dan tidak menghiraukan lagi akan orang lain. Pada waktu tersebut, baik Cinch Shake Mix, ESP atau Meal Shakes tak dapat membantu kita. Hanya iman & amal soleh di dunia yang bakal menjadi pembantu setia.

Tuesday, August 26, 2014

Small Office Home Office

Entah kenapa, perkataan S.O.H.O. sentiasa berlegar-legar di minda sepanjang hari ini. SOHO = small office home office. Ringkasnya, SOHO ialah bisnes yang dijalankan dari rumah oleh minimum seorang individu. 

Saya membayangkan akan ada satu sudut di rumah kami bertukar wajah menjadi SOHO saya. Di situlah akan saya parkir sebuah komputer beserta printer, fail-fail Shaklee saya, buku log & buku-buku nota kesayangan. Saya akan hias dinding SOHO saya ini dengan Vision-Board dan potret wajah-wajah kesayangan saya sebagai sumber inspirasi. Segala kerja mengemaskini blog, update sharing & promosi secara online, menerima & menguruskan tempahan pelanggan akan dilakukan di situ. Oh, heaven!

Agaknya, boleh jadi macam ni tak? Hehe..

Saya ibu bekerjaya yang sedang dalam mode berpantang bersama-sama dengan 3 orang anak-anak kecil. Semakin hari, saya semakin suka berkongsi tentang Shaklee & semakin hari, desakan untuk mengembangkan bisnes Shaklee juga semakin besar, lagi-lagilah sekarang ni tengah bercuti. Ada satu perasaan sangat tenang dalam hati apabila dapat menolong orang lain menjadi lebih sihat & lebih bahagia. Kita buat kerja pun tak stress sebab kita buat apa yang kita suka.

Antara produk-produk Shaklee yang siap dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan pada hari ini (tak termasuk produk-produk yang dihantar terus oleh Shaklee ke rumah pelanggan).

Mudahnya bershaklee...kalau kita betul-betul nak buat!
Mudahnya menjana pendapatan dari rumah...kalau kita betul-betul nak buat!
Buktinya, ramai jutawan-jutawan Shaklee di Malaysia yang bergelar surirumah. Bukan sembarangan surirumah, tapi surirumah yang jutawan lagi dermawan. 

Kata kuncinya: NAK!!

Jom, siapa NAK sertai kami?
Berpendapatan 4,5,6 angka adalah tidak mustahil walaupun dari rumah!

Nur Asiyah,
Pengedar Shaklee Anda
Yang ingin menjadikan SOHO itu satu realiti..wink wink! ;-)
013-9739455

Thursday, August 21, 2014

Bersalin & Berpantang

Alhamdulillah, pada 5 Ogos 2014 yang lepas, saya dianugerahkan Allah seorang lagi puteri solehah yang bakal memberi manfaat kepada ummah. Nisreen Aisyah nama diberi. Sepanjang mengandungkan Aisyah, Set Kehamilan Sihat Shaklee menjadi peneman saya. Alhamdulillah, melalui uneventful pregnancy, mama & si kecil sihat walafiat. 

Tersenyum sendirian saya dibuatnya apabila mengenangkan pengalaman berpantang anak sulung & kedua yang lalu. Mana taknya, umur anak dah masuk setahun pun, jamunya masih belum berjaya dihabiskan. Ada yang "panas", tak sesuai dengan perut bayi. Setiap kali mama makan, anak mesti cirit. Jadi, terpaksalah tangguh dulu pengambilannya sehingga anak besar sikit. Ada juga yang dikhuatiri dapat menyebabkan jaundis atau memburukkan keadaan. Sekali lagi, terpaksa tangguh walaupun anak sihat. 

Merasai sendiri kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan supplement Shaklee, saya nekad untuk meneruskan pengambilan produk-produk ini selepas bersalin. Set Bersalin Shaklee pula menjadi  set berpantang pilihan pada kali ini. Yang ini confirm saya dapat habiskan! Nak tahu kenapa? Teruskan membaca sehingga habis..

Sebelum kita tengok apa yang ada dalam Set Bersalin Shaklee & mengapa set ini menjadi pilihan ibu-ibu masa kini, jom kita teliti semula mengapa ibu-ibu yang baru bersalin perlu berpantang serta apa yang mahu dicapai semasa berpantang.
  1. Kembali bertenaga & sihat fizikal dan mental
  2. Luka luaran & dalaman cepat sembuh
  3. Bayi sihat & tidak meragam
  4. Ibu ceria, tidak murung
  5. Susu badan banyak
  6. Mendapatkan semula bentuk badan idaman
  7. Ibu & anak membuang air besar & kecil dengan baik
Cara berpantang orang Melayu misalnya, tak sah kalau tak ada ikan bakar, tak boleh makan sayur / buah-buahan yang bersifat "sejuk/angin". Ada sesetengahnya terpaksa menghadap menu yang sama setiap hari, tiada kepelbagaian. Agak-agaknya, kalau cara berpantang macam ni, dari mana badan si ibu mahu mendapatkan segala jenis zat untuk mencapai objektif-objektif di atas dengan jayanya? Mujurlah ada Set Bersalin Shaklee




Jom, kita tengok apa kebaikan-kebaikan yang Set Bersalin Shaklee ini tawarkan kepada ibu-ibu yang sedang berpantang!

PRODUK
KEBAIKAN
VitaLea
·         Multivitamin yang mengandungi 28 nutrien untuk memulihara & memelihara kesihatan tubuh.
·         Dilengkapi zat besi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
B-Complex
·         Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
·         Dilengkapi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah
·         Memberikan tenaga (energy booster)
·         Membantu mengatasi kemurungan (depression)
SR Vita-C
·         Memperbaiki tisu-tisu yang rosak
·         Memperkukuh sistem pertahanan badan
·         Membantu dalam pembentukan kolagen bagi menghasilkan kulit yang lebih sihat & cantik
Zinc
·         Mempercepat penyembuhan luka luaran & dalaman
Energizing Soy Protein (ESP)
·         Memberikan tenaga segera (energy booster) yang berpanjangan
·         Sumber protein yang berkualiti – penting dalam penghasilan sel-sel baru
·         Meningkatkan kesihatan & kecantikan kulit serta rambut
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
OsteMatrix
·         Menyediakan nutrien harian termasuklah kalsium yang diperlukan untuk pembentukan & kesihatan tulang dan gigi.
·         Membantu menghilangkan lenguh-lenguh, sakit urat & sengal sendi
·         Memudahkan proses pembuangan air besar (ibu lebih lawas)
Alfalfa
·         Menggalakkan penghasilan susu ibu (milk booster)
·         Untuk kesihatan dalaman wanita


Set Bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas melahirkan (kecuali Alfalfa) & pengambilannya sangat digalakkan untuk diteruskan sebagai makanan tambahan harian walaupun tempoh berpantang sudah pun tamat. Kenapa? Kerana kebaikan-kebaikan yang diberikannya cukup banyak kepada ibu & bayi!

Tujuan ibu-ibu berpantang akan dapat dicapai dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee yang konsisten & dengan cara yang betul, insha Allah..tentunya dengan izin Allah jua. 

Berpantanglah dengan sihat, wahai ibu-ibu semua!
Cepatlah pulih..suami & anak-anak memerlukan perhatianmu!

Ikuti kupasan khas Dr. Zubaidi tentang Set Bersalin Shaklee di sini..

Untuk sebarang pertanyaan / tempahan Set Bersalin Shaklee, sila SMS/WhatsApp 0139739455 (Asiyah) atau pm kami di Fb page: Super Parents' Choice. 

Jaminan harga terendah untuk semua!

Monday, August 18, 2014

Luar dan Dalam

Saya percaya kita semua pernah dengar kata-kata ini: 
..WE ARE WHAT WE EAT..

Di pasaran sekarang, terlalu banyak produk kesihatan & kecantikan yang berstatus syubhah & haram. ada yang terang-terang bersumberkan plasenta/uri (uri apa yang digunakan pun tidak dinyatakan secara terperinci). Ada juga serum berasaskan haiwan (haiwan apa yang terlibat juga tidak dinyatakan). Malah, terlalu banyak produk yang hanya memaparkan wajah cantik sang model tanpa menyatakan intipati kandungannya. Halalkah ia? Baikkah ia?

Ingat, kita adalah apa yang kita makan!

Dalam Islam, kita diajar untuk makan apa yang halal & baik sahaja (halalan toyyiba). Halal sahaja juga tidak memadai. Ia perlu seiringan dengan baik iaitu bermanfaat untuk kita. Mujurlah produk-produk yang dipasarkan oleh Shaklee Malaysia memenuhi kedua-dua kriteria ini selain menjalani ujian-ujian makmal & dibuktikan keberkesanannya secara klinikal. Apa yang lebih menarik ialah, ada antara produk-produk ini yang bukan sahaja boleh dimakan/diminum, tetapi boleh juga digunakan secara luaran. 

Sebagai contoh, kita biasa temui bahan-bahan berikut dalam produk-produk kecantikan untuk kegunaan luaran (krim/pencuci muka/pelembap dll):
  • Vitamin A
  • Vitamin B
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • CoQ10
  • Antioksida
  • Agen pemutih 
  • Kolagen

Sapuan luaran boleh memberikan kesan positif yang diinginkan. Namun, kesannya mungkin hanya pada tempat-tempat yang dirawat sahaja serta bersifat sementara. 

Tahukah anda, Set Kesihatan & Kecantikan Kulit Shaklee juga mengandungi semua bahan yang tersebut di atas? 

Bezanya, produk-produk Shaklee bukan hanya boleh digunakan secara luaran, tetapi boleh merawat dari dalam juga. Ya, makan & sapu! Kesannya tentulah lebih "awesome" kerana menghasilkan "inner-beauty"..bersinar dari dalam untuk jangka masa yang lebih lama.

Jangan tak tahu, ramai yang dah menikmati kesan positif sapuan masker yang dibancuh sendiri daripada ESP, Vita-C, Vita E, Vivix & Collagen Powder kami. Tona kulit lebih cerah sekata, teksturnya lebih lembut..kecut & hilang sudah segala jerawat & jeragat! Sekarang, tak perlu bermekap tebal-tebal dah. Cukup sekadar berbedak nipis kerana natural beauty hasil rawatan luar & dalam. Dengan izin Allah jua, in sha Allah!

Pm untuk keterangan lanjut/tempahan..
Kata nak natural beauty, kan?

Nur Asiyah Mustapha Kamil, 
Pengedar Shaklee Anda [COD area Kota Bharu]
SMS/WA: 0139739455